CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Monday, November 17, 2008

Blog

Salam..

Baru-baru ni, sempat tengok 'blog', salah satu rancangan tv. Rancangan yang lebih membincangkan tentang kewujudan blog dan kupasan isu-isu yang berkaitan dengan blog. Kebetulan menunggu adik, tengok sekejap. Tapi tak lama mana tonton (dalam 15 minit je). Antara perbincangan dan pendapat mereka...

Blog ni macam diari. Kalau dulu, orang suka diari. Macam-macam boleh tulis dalam diari. Tapi sekarang dah up sikit. Beralih ke dunia teknologi, maka jadilah blog. Ada sesetengah orang, menjadikan blog, tempat untuk meluahkan perasaan, pendapat, maklumat, dan lain-lain. Malah forum pun dah semakin popular, kat situ lagi ramai orang berbincang, mengutarakan masalah dan pendapat.

Blog boleh diibaratkan seperti pisau. Dalam konteks penggunaannya dan kesan. PISAU. Sesiapa pun boleh beli, boleh miliki. Fungsinya pun banyak. Kena lihat pada individu terbabit, bagaimana niat dan cara gunanya. Ada orang gunakannya untuk memotong sayur, untuk jadikan lauk, beri makan pada orang lain. Ada juga yang gunakannya untuk perkara-perkara yang tak berfaedah, mendatangkan mudharat pd orang lain. Pendek kata, niat utama itu penting.

Begitulah dengan blog. Niat mewujudkannya penting. Sama ada, untuk kepentingan diri, kepentingan orang lain, atau pun untuk memberikan mudharat pada orang lain. Yang utama, blogger itu sendiri. Bagaimana cara dia handle. Mudah-mudahan berada di landasan yang betul dan dapat memberi manfaat pada orang lain. InsyaAllah..

Kita bagaimana..??