CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Monday, March 23, 2009

Sahabat itu anugerah dr Allah


Sahabat antara orang2 yg paling penting dalam hidup kita. Semua orang mesti ada sahabat, walaupun seorang, kan..?? ^____^

cuba kt try imbas smula waktu awal perkenalan kita dgn salah sorang antra shbt2 kita yg ade skrg. pling kurang, kita ingat satu dua perkenalan. mcm mane kita bleh kenal die, kat mane, sbb ape, dan sbgainya.. dan bila dkenang2kan smula, mmg tak sangka kan, pertemuan yg indah yg Allah aturkan tu, membuahkn satu ikatan silaturrahim yg berpnjang shingga sekarang.. Tapi, memang lumrah alam. stiap pertemuan, pasti ada perpisahan. stiap orang akn alami bnda yg sama..

~semalam, sy diwakilkan seseorg utk pergi ke majlis mkn malam. wlaupun penat sbb satu hari kena dengr ceramah, tp gagahkn diri jg ke sana. motif utama mkn malam tu sbb nk raikan student2 yg dah final sem. sbb dorang2 dah tade utk sem depan.. so, adik2 dorang buat mjlis khas utk menghrgai.. so far, mjlis mkn malam tu ok. cuma sy trsentuh sgt2 bila ucapan pengarah program yg sgt2 sedih sbb akak2 dorang dah tade utk akan dtg. sgl sokongan & bntuan yg akak2 tu bagi, mmg tak ternilai. pngarah terdiam dua tiga mnit, tahan sebak. trmasuk sy w/pun hakikatnya, sy hanyalah wakil jmputan utk mjlis tu. disbbkn sy jg antra mereka2 yg akn diiktiraf dah tade utk sem depan,lagi la terasa kesedihannya.. huhu..

mengenali seseorg itu kdangkala mbuatkan kita ketawa
mengenali seseorg itu kdangkala mbuatkan kita mengalirkan airmata
sesngguhnya mengenali seseorg itu mmpu mmberikan kita 1juta rasa
marah, sedih, gembira, sayang & rindu
tapi sedarkah kita?
mengenali seseorang itu sbnarnya adalah satu anugerah dari Allah
biarpun hadirnya hnya seketika & sekadar teman smentara
Bersyukurlah dgn kehadiran seseorng
krn barangkali melaluinya kita mngerti apa itu erti PERSAHABATAN..


*** sekian utk entry pendek utk pagi yg dingin ***

Friday, March 20, 2009

Mengapa Anda Perlu Menyertai iLuvislam.com?

miminapis
editor : Imran Koyube

Artikel di bawah bertujuan untuk memperkenalkan iLuvislam.com kepada orang lain. Anda boleh 'copy paste' dalam blog, friendster dan lain-lain yang sesuai. Semoga kita dapat sama-sama mempromosikan iLuvislam.com kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang islamik mahupun yang kurang islamik (pada kiraan anda).

"Tak kenal maka tak cinta." Ungkapan yang dianggap klise oleh masyarakat kini. Mana tidaknya, ungkapan ini sering kali di dengari dan keluar dari mulut pelakon-pelakon drama Melayu. Bahkan dalam perbualan seharian juga, ungkapan ini sering berlegar di bibir penutur. Dalam ruangan ini penulis berminat untuk menggunakan pepatah ini dalam usaha untuk mengetengahkan sebuah laman web yang semakin mendapat tempat di hati para pelayar internet. Laman web yang dimaksudkan ialah iLuvislam.com.

Laman web ilmiah yang telah diasaskan oleh 5 orang anak muda tempatan ini, membawa objektif yang murni dalam usaha menyampai dan menyebarkan ilmu kepada yang memerlukan. Ia juga boleh disebut sebagai ‘dakwah'. Pendekatan cara moden yang cuba dibawa oleh mereka, selari dengan minat anak-anak muda pada zaman ini, iaitu menggunakan perkhidmatan internet. Perkhidmatan internet yang telah menjadikan ‘dunia tanpa sempadan' ini, benar-benar telah dimanfaatkan oleh mereka sebagai salah satu cara untuk mendukung usaha menyampaikan islam kepada masyarakat sekeliling. Seperti yang diketahui umum, penggunaan internet membolehkan pelayar-pelayar mendapatkan ilmu dengan mudah. Hanya perlu taip kata kunci di enjin pencari (seperti Yahoo, dan Google), nah, beratus-ratus laman yang mempunyai kaitan dengan kata kunci itu akan dipaparkan. Mudah bukan?

Pengenalan

Sekarang molek lah sekiranya jika kita berkenalan dengan laman web iLuvislam.com ini. Laman ini secara kasarnya akan dilihat sebagai sebuah laman web yang akan menyajikan pengguna dengan ilmu-ilmu berkaitan islam. Lihatlah saja pada namanya, ‘iLuvislam'. Tapi, apa kata para pembaca cuba dahulu untuk melayari laman web ini dan baca apa yang terkandung di dalamnya. Bukankah pihak kerajaan kini sedang menggalakkan masyarakat untuk membaca? Membaca juga boleh diluaskan skopnya dengan tidak hanya meletakkan buku, sebagai bahan bacaan. Penulis teringat tentang sebuah lagu yang pernah disiarkan di kaca televisyen pada masa dahulu. Antara liriknya, ‘let makes reading, a life of wawasan'. Ayuh kita melayarinya, mengenalinya dan membaca kandungannya!

Umpama seorang yang berada di tengah padang pasir dan kehausan. Orang ini mengembara untuk mendapatkan air. Selangkah demi selangkah, akhirnya dengan kuasa Tuhan, dia ditemukan dengan oasis. Rugi, jika tidak dimanfaatkan, kerana 70% daripada badan manusia ialah air. Maka, jika oasis itu dibiarkan sahaja dan orang tersebut berlalu tanpa ada inisiatf untuk pergi minum, kemungkinan, akan terhidrasilah badannya, yang akhirnya akan membawa kepada maut. Begitulah yang boleh penulis ibaratkan semasa pertama kali berjumpa dengan laman ini. Tatkala diri terlalu sibuk dengan hal pelajaran yang pada masa itu dianggap seperti membebankan; pertemuan dengan laman ini sama sekali telah menjadi ‘turning point' kepada diri. Mencari tujuan hidup yang sebenar, mempelajari semula apa yang telah dipelajari serta memanfaatkan koleksi artikel yang ada untuk dijadikan makanan rohani.

Variasi Ilmu & Isi Kandungan

Apa yang terkandung di dalam laman ini? Apa yang dapat penulis tulis, ialah ‘variasi ilmu'. Terkandung di dalamnya artikel-artikel keagamaan, seperti, bulan islam, perbandingan agama, dakwah, Quran & hadis, sains dan islam, serta tazkirah. Selain itu, terdapat juga koleksi artikel mengenai kepimpinan, kewangan, lirik & lagu, kesihatan dan tokoh. Yang paling mendapat sambutan,terutama bagi golongan remaja, ialah remaja & cinta. Belajarlah untuk mengetahui kebenaran supaya tidak menyesal di kemudian hari. Perbaikilah diri, akhlak dan akidah kita semaksimum yang boleh!

Terdapat juga koleksi ‘motivasi' untuk pembangunan diri, ‘famili' untuk kekeluargaan dan ‘English article' untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris anda. Melalui laman web ini, sedikit sebanyak dapat dilihat bahawa islam adalah agama yang lengkap (syumul). Hal ini kerana, dewasa ini, kita dapat lihat berlakunya pengasingan diantara agama dan cara hidup. Tetapi melalui laman ini, pelayar dapat bertemukan islam yang sebenar iaitu agama DAN cara hidup. ‘Islam is the way of life'.

Forum yang Mendidik

Laman ini juga kaya dengan forum-forum perbincangan. Tidak cukup dengan itu, forum-forum perbincangan ini turut dipecahkan kepada empat slot! Slot soal jawab agama, slot diskusi umum, slot kaunseling, kerjaya dan kesihatan serta slot santai dan perkongsian pintar. Bagi membolehkan anda menyertai forum-forum ini, anda perlu mendaftar sebagai ‘user' (pengguna) terlebih dahulu. Dan ia adalah percuma! Para pengguna bebas untuk menyertai mana-mana perbincangan forum, dengan syarat mematuhi etika-etika yang telah digariskan. Sementelah itu, terdapat juga beberapa orang moderator yang telah ditugaskan untuk menjaga kelancaran dan keamanan perbincangan. Apa yang boleh dikatakan tentang bahagian forum ini ialah, pengguna akan di didik untuk mendisiplinkan diri dan belajar untuk menghormati pengguna lain.

Kaunseling Percuma

Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan jika kita berusaha untuk mengatasinya. Dalam usaha kita memotivasikan diri sendiri, iLuvislam.com juga menawarkan perkhidmatan kaunseling bagi mereka yang memerlukan. "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri yang mencuba dan berusaha untuk mengubahnya." Itulah yg telah termaktub di dalam kitab suci Al-Quran, surah Al-Anfal, ayat 53. Disamping meletakkan segala keputusan kepada Allah (tawakkal),usaha juga amat perlu, kerana rezeki juga tidak akan datang bergolek. Disebabkan keprihatinan dan kesedaran ini, iLuvislam.com telah melancarkan satu forum khas untuk membicangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna. Masalah remaja, masalah stadi, masalah keluarga, mahupun masalah kerjaya. Anda dialu-alukan untuk bertanya kepada 5 orang (pada masa ini) kaunselor rasmi iLuvislam.com. Kita berusaha dan di tangan Tuhan jugalah terletaknya penyelesaian.

'Anak-Anak'

Islam bukan sahaja sebuah agama, tetapi juga cara hidup dan ianya lengkap untuk dijadikan panduan bagi setiap manusia. Sehubungan dengan itu, iLuvislam.com turut mempamerkan ‘kelengkapan' islam ini dengan melahirkan beberapa lagi ‘anak-anak'. ‘Anak-anak', atau dalam erti kata lain nya ialah subdomain, di mana terdapat beberapa lagi laman-laman berguna yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna. Antara nya ialah testi.iluvislam.com, edu.iluvislam.com, resepi.iluvislam.com, news.iluvislam.com, tutorial.iluvislam.com, wallpaper.iluvislam.com, techguys.iluvislam.com dan topblog.iluvislam.com.

Bagi anak muda remaja, ramai antara mereka yang mempunyai akaun Friendster, dimana laman ini membolehkan mereka untuk terus berhubung dengan sahabat mereka. Adakah anda mencari komen-komen ataupun testimonial yang comel-comel? Ataupun adakah anda mahukan yang lebih ilmiah untuk dimanfaatkan oleh sahabat anda? InsyaAllah, testi.iluvislam.com ada jawapannya. Bukan itu sahaja, malah, daripada subdomain ini, anda mampu untuk mengasah bakat anda dalam bidang ‘designing'. Ya! Jika anda mempunyai bakat dalam bidang ini, anda dijemput untuk menyumbang hasil kreatif anda. Semoga hasil kreatif anda, dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para pengguna laman tersebut.

Sudah ‘penat' memberi makan kepada otak dan rohani, silalah melawat ke resepi.iluvislam.com untuk memberi makan kepada badan pula. Di laman ini, banyak resepi yang telah dikongsi oleh pengguna. Bermula daripada biskut-biskut, sampai lah kepada lauk-lauk. Semuanya boleh didapati disini. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tentang sesuatu makanan ataupun tips-tips, anda boleh memulakannya dengan membuka forum perbicangan yang baru. Bagi mereka yang merasakan bahawa anda sudah kekeringan idea untuk membuat kuih-kuih atau masakan, apa kata anda kunjungi laman ini! Ataupun jika anda merasakan anda mempunyai banyak resepi menarik untuk dikongsi bersama, perkongsian anda amat dialu-alukan. Tahukah anda, kadang-kadang perkongsian resepi anda berupaya untuk membantu pelajar-pelajar, terutama yang berada jauh daripada keluarga, untuk masuk ke dapur? Terutamanya bagi mereka yang berada di luar negara. Sekurang-kurangnya dengan perkongsian daripada anda, dapatlah juga mereka untuk memasak dan menikmati lauk pauk Malaysia; paling tidak seminggu sekali!

Lepas anda melayari resepi.iluvislam.com, apa kata anda lawati pula news.iluvislam.com. Wah, gaya selepas makan, memegang surat khabar pula. Bezanya disini, di news.iluvislam.com, terdapat video yang boleh dipilih oleh para pengguna, untuk mereka tonton, dengar dan analisis. Video ini berperanan seperti mini televisyen yang membolehkan rakyat Malaysia seantero dunia mengikuti perkembangan Malaysia. Berita-berita didalamnya dikemaskini setiap saat kerana menggunakan teknologi ‘ RSS Feed'. Antara berita-berita yang terdapat di dalamnya ialah ‘akhbar perdana Malaysia', ‘akhbar alternatif Malaysia' dan ‘islam & world'.Penulis yakin pada zaman globalisasi ini, ramai yang tidak mahu ketinggalan dalam usaha mempelajari ilmu-ilmu di bidang teknologi. Mana tidaknya, dari tahun ke tahun, bilangan pelajar yang memasuki institut pengajian tinggi dalam bidang teknologi dan maklumat, semakin bertambah. Selain itu juga, dapat dilihat pada masa ini, bilangan bloggers, juga seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Penulis juga dapat melihat perkembangan ini apabila pada masa ini, ramai antara kawan penulis yang membuka blog sendiri. Masing-masing dengan tujuan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mereka; sama ada yang sedang belajar di dalam negara, mahupun di luar negara. Penulis teringat akan satu ungkapan yang biasa kami gunakan apabila mahu berkongsi idea dengan rakan-rakan, iaitu "sharing is caring". Setiap blogger juga akan berusaha untuk mengemaskini serta menambah widget yang menarik, agar blog mereka sentiasa mendapat perhatian. Salah satu subdomain iluvislam.com, iaitu tutorial.iluvislam.com, menawarkan perkhidmatan tutorial bagi mereka yang mahu mengetahui tentang hal ini. Bukan itu sahaja, para pengguna juga boleh melanggan tutorial ini secara percuma, dan ianya akan dihantar terus ke peti masuk emel anda!

Topblog.iluvislam.com pula menghimpunkan blog-blog yang berguna kepada pengguna. Kebanyakan blog ini mempunyai matlamat untuk berkongsi idea dan pengalaman kepada pembaca. Pengguna juga boleh mendapatkan ilmu-ilmu tentang islam melalui blog-blog yang telah tersenarai dalam laman tersebut. Justeru itu, jika anda merasakan blog itu bagus untuk dilawati dan amat bermanfaat, anda boleh untuk mengundi blog tersebut sebagai blog kegemaran anda. Undian anda membawa erti kepada pengunjung selepas anda. Hal ini kerana, ia mungkin dapat memudahkan pengguna yang lain untuk memilih blog yang patut mereka kunjungi. Tapi, bergantung juga kepada penerimaan pengguna. Lain orang lain penilaiannya, bukan? Maka, apa kata, jika ada masa berlebihan, lawatilah kesemua blog tersebut, kemudian, anda letakkan ranking anda sendiri!

Subdomain lain yang turut memberi pengetahuan, terutama kepada para pelajar, ialah edu.iluvislam.com. Disini, pengunjung boleh membaca beberapa artikel yang berkaitan dengan bidang pendidikan dan pembelajaran. Terdapat juga tips untuk belajar, koleksi artikel tentang sekolah, serta universiti dalam dan luar negara. Jika terdapat sebarang kemusykilan, pengguna boleh mengajukan soalan secara terus kepada penyumbang artikel tersebut.

Sharing for Ummah

Dalam usaha kerajaan melahirkan golongan muda yang cerdik pandai, pelbagai usaha telah dibuat. Antaranya menghantar sebilangan pelajar yang berpotensi ke luar negara, agar ilmu yang bakal mereka garab di luar kelak, akan diguna pakai di Malaysia. Para pelajar sememangnya memerlukan persediaan rapi sebelum mereka memilih hala tuju hidup mereka kelak. Contohnya bidang perubatan, bidang perguruan, bidang kejuruteraan, bidang media dan komunikasi, serta lain-lain lagi. Meletakkan tugas membantu dan menyampaikan sebagai agenda utama iLuvislam.com, laman web ini telah pun membuka sebuah forum baru, iaitu ‘sharing for ummah'. Hal ini membolehkan golongan-golongan professional, berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dalam bidang tertentu, supaya dapat dijadikan pannduan oleh adik-adik.

Pada waktu ini, iluvislam.com telah pun mempunyai seorang doctor dan seorang jurutera. Doktor yang dimaksudkan ialah Dr. Aabee. Beliau merupakan seorang doktor pakar dalam bidang Otorhinolaringology-head neck surgery (ENT). Manakala, jurutera yang telah diwar-warkan pula ialah Saudara Taufiq Hussein. Beliau kini merupakan seorang network/sales engineer di Amerika Syarikat. Jadi, bagi mereka yang pada masa ini, masih menimbal balik cadangan untuk membuat pengkhususan dalam pekerjaan kelak, anda dijemput untuk melayari iluvislam.com. Begitu juga bagi mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang anda, marilah sertai slot ‘sharing for ummah'.

InsyaAllah, semoga usaha anda yang ikhlas untuk membantu adik-adik yang masih tercari-cari ini, akan diberkati dan diredhai oleh Tuhan.InsyAllah dari masa ke masa, iluvislam.com akan terus berkembang dan menambah ‘anak-anak' atau subdomainnya. Antara subdomain terbaru adalah wallpaper.iluvislam.com yang memaparkan wallpaper-wallpaer menarik dan techguys.iluvislam.com; sebuah forum untuk anda berkongsi masalah computer dan akan ada krew iluvislam.com yang akan membantu menyelesaikan masalah anda. Ya, pastinya ia percuma!

Penutup

"Tak kenal maka tak cinta, dari cinta bercambahnya ilmu." Bukankah ini sesuatu yang amat manis dan bermanfaat? Mengubah diri daripada tidak tahu kepada tahu, daripada kurang yakin kepada lebih yakin! Penulis suka untuk membawakan pepatah ini, "orang yang berjaya ialah orang hari ini lebih baik daripada semalam, esok lebih baik daripada hari ini dan hari selepas nya lebih baik daripada hari sebelumnya." Pepatah ini menunjukkan bahawa betapa perlu nya untuk kita sentiasa mengubah diri dari sehari ke sehari, iaitu daripada yang negatif ke positif, daripada positif kepada yang lebih positif!. Ilmu Allah itu luas dan perlu dicari, dan penulis melihat iluvislam.com sebagai salah sebuah medium yang boleh diguna pakai oleh semua orang dalam usaha menuntut ilmuNya, insyaAllah. "Orang memberi, kita merasa." 5 bersaudara yang telah bertanggungjawab mengasaskan iluvislam.com ini, bersama anak-anak buah nya, telah berusaha untuk menyajikan para pengguna dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat, Alhamdulillah, kerana kita dapat merasai nikmat ilmuNya!

Disediakan oleh,

Nur Syamimi Mohamad Napis

Setiausaha Media I iLuvislam.com

Thursday, March 5, 2009

Borak tak kenal tempat...

Sejak dua tiga ari ni, asyik hujan tanpa bg hint... langit nmpak elok je cerah, tetiba hujan turun.. so, setiap hari jg la kena ready payung lam beg.. supaya, tak kebasahan nanti...
mmg susah kalu kita nak kawal tabiat org lain yg suka berborak kan.. serius, sy pun penah borak2 lam kelas (tade la smpai tahap mngganggu org lain...).. tp ptg smalam, agak mencabar kesabaran diri sy.. (kan sya, kan..??)... sbab smpai kelas agak lewat (masalah hujan+bus lmbat smpai+kelas tu mmg jauh..), dpt seat yg paling last.. walhal, kt tengah2 tu ade je seat kosong (mgkin rmai student lam kelas tu dtg naek moto, so, ujan-- tak datang klas <-- agakan sy la..), tp masuk kelas cepat2, so tak perasan seat tengah tu..
tak sanpai 10 mnit lpas tu, 2 org hamba Allah di depan sy yg borak2 dr td + gelak2 mnja berterusan.. tahukah anda bhw anda sdang mengganggu org lain nk menuntut ilmu..?? mungkin thap kesabaran sy da melampau batas, sy berdehem 2 3 kali.. supaya dorang2 ni, faham.. "lecterur kat depan, tlong la diam !!" takkan sy nk jerit kt telinga mereka2 tu mcm tu kan... baek bg hint kecik dulu.. alahai, masalahnya, kefahaman utk memahami keadaan org lain tu langsung tak ada.. mgkin entry kali ni agak beremosi sket.. huhu...

nak borak, cari tmpat lain la..

** sbb tu sabar tu penting.. sabar separuh dari iman..**

Wednesday, March 4, 2009

Solat dan Penemuan Sains

pink_solehah
editOr: n13@m
Sebagai umat Islam, kita diwajibkan untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.Tetapi kenapa? Dalam surah Al-Mukminun ayat 1-2 dan 9, Allah SWT manjelaskan, "Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. (iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka....Dan mereka yang memelihara solat mereka" Ayat-ayat ini menjelaskan bahawa untuk berjaya umat Islam tidak boleh mengabaikan solat sama sekali terutamanya solat-solat fardhu. Solat merupakan satu ibadah yang amat penting sehinggakan ketika sedang berperang sekalipun ia tidak boleh ditinggalkan. Solat juga merupakan tiang agama.
Nabi pernah bersabda "Solat itu tiang agama,sesiapa yang meninggalkannya ibarat dia meruntuhkan agama". Solat dan Penemuan Sains Kajian-kajian sains menunjukkan meditasi mendatangkan banyak kebaikan kepada manusia. Mereka yang bermeditasi menggunakan oksigen 17% lebih rendah daripada biasa. Di samping itu, jantung mereka berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya. Gelombang theta ialah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada di saat yang amat menenangkan terutamanya ketika hampir terlena. Meditasi mampu meredakan stress dan menjadikan seseorang lebih tenang dan ceria. Tambahan pula, mereka yang bermeditasi didapati lebih bertenaga dan kurang mengalami sakit jantung serta masalah pada sistem penghadaman.
Solat yang dilakukan secara khusyuk boleh diibaratkan sebagai meditasi yang melebihi meditasi biasa. Maksudnya, dalam solat yang dilakukan secara khusyuk, memang terdapat unsur-unsur meditasi, tetapi ia berbeza dengan meditasi yang biasa kerana solat yang dilakukan oleh umat Islam ialah satu ibadah. Kalimah-kalimah dalam solat adalah pilihan Allah SWT dan Rasul, bukannya pilihan manusia biasa, dan ketenangan yang diperolehi adalah ketenangan kurniaan Allah SWT. Lebih daripada itu, mereka yang bersolat akan mendapat rahmat daripada Allah SWT.
Solat dan Yoga,ada orang yang mengatakan solat ialah yoga. Sebenarnya solat bukanlah senaman ataupun yoga. Bagi orang Islam, solat lebih agung daripada sebarang senaman termasuk yoga. Solat ialah zikir yang paling mulia. Berhubung dengan yoga, yoga mempunyai kedudukan serta gerak badan tertentu yang dikenali sebagai asanas. Ketika mengamalkan yoga, seseorang akan duduk pada kedudukan tertentu dengan melafazkan kalimat-kalimatmantra yang tertentu di samping bernafas secara teratur. Salah satu kedudukan yoga atau asanas yang terpenting ialah Sirshasana (headstand). Ia dikenali juga sebagai King of Yoga.
Di kedudukan ini, seorang pengamal yoga akan meletakkan kepalanya ke bumi dan diperingkat kemuncaknya akan meluruskan badan agar kakinya berada di atas. Sayangnya kedudukan sebegini tidak dapat dilakukan oleh semua orang. Jika dilihat secara menyeluruh, memang terdapat beberapa unsur yoga di dalam solat. Solat merupakan ibadah yang merangkumi "jasad, roh dan akal". Ia mempunyai kedudukan serta gerak hati yang sentiasa ikhlas kepada Allah dan ini dikaitkan dengan rukun qalbi. Ia juga mempunyai kalimat-kalimat tertentu yang perlu dilafazkan dan ini dikaitkan dengan rukun qauli serta zikir.
Salah satu kedudukan yang terpenting dalam solat ialah sujud. Di kedudukan ini seseorang akan meletakkan kepalanya di bumi dan di kedudukan ini, darah dari jantungnya akan turun ke otak dengan mudah sekali. Berbeza denagn sirshasana, sujud dapat dilakukan oleh hampir semua orang. Namun solat ialah lebih daripada yoga kerana ia ialah ibadah yang berdasarkan wahyu. Ia adalah aktiviti penyembahan kepada Yang Maha Pencipta yang memerlukan disiplin kerana ia terikat dengan waktu. Seseorang yang hendak bersolat mestilah menyucikan jiwanya terlebih dahulu. Tekanan jiwa atau stress sering melanda manusia dan solat mempunyai penawar yang mampu meredakannya. Hal ini disebabkan solat mengandungi zikir dan zikir jika diamalkan dengan khusyuk mampu mendamaikan hati.
(Artikel ini disiarkan di laman web iLuvislam.. smoga kita sama2 mendapat pengetahuan baru & manfaatkan bersama.. insyaAllah.. )

mengantuk..?

pernah mengantuk..???
pasti sume org penah ngantuk kan..em..
mengantuk dlm kelas..??
penah..??
mengantuk.. satu perkara yg tak leh nk elak.. terjadi bila tak cukup tdo ATAU terlebih tdo..
mengantuk yg mmg tak leh nak tahan, smpai tersengguk2.. hehe..



~ ngantuk dlm kelas, satu perkara normal yg biasa berlaku di klgan student.. byk cara nk hilangkan rasa ngantuk tu.. bergantung pd individu2 tertentu.. basuh muka, makan gula2, dll.. tp ari ni, sy tak ngantuk.. dan sy perhati individu2 yg mengantuk.. smpai yg terlebih angguk pd lecterur pun ade, yg terjatuh brang2 ke lantai ( sbb tak sedar..), dan macam2 ragam..

~ sy pula memperagakan highlight2 yg berwarna-warni atas kertas.. projek bersama anis dlm kelas, di waktu mata mula nk ngantuk.. highlight2 yg dikutip dr kwan2 sebelah meja, belakang kerusi, dpan, sume kutip.. dan 'klik'.. hehe.. terhasil la gmbar2 utk ready diposting kan pd entry kali ni.. hehe.. comel x..?? warna2 seindah pelangi... **

[280209] Jom Bersahabat...!


bengkel JOM BERSAHABAT..!
best.. enjoy dgn pakar motivasi yg dijemput. byk perkara yg sy dapat dr bengkel ni, lebih2 lagi ttg tips2 mencari sahabat.. nak bina rangkaian persahabatan dgn lebih meluas.. bermula pkul 9 pagi ~ 1 tgah hari.. 2 sesi ceramah motivasi + 1 simulasi ttg masalah dlm persahabatan..
byk beri input pd diri sndiri.. ^_____^








sesi simulasi antara sahabat2

Pesta IT

.
Salam..
.
minggu lepas, ada pesta it. mcm biasa la, mcm yg sebelum2 ni.. byk barang2 yg berteknologi byk jual kt situ. hrga pun bleh tahan, byk yg ade diskaun. smpaikan pendrive 4GB dijual dgn hrga rm26.90.. huhu.. murah tu.. tp bkan jenama kingston la.. jenama ape ntah, lupe.. henset rm99 pun ade.. em, kamera jenama grand vision yg 8.0 mp pun murah, tak silap 400 lebih.. seingat sy dulu, akhir tahun 2006, time tu baru beli pndrive, sbb skrg kan dah mane gune disket @ cd.. pendrive 1GB time tu, uish.. mahal.. nk smpai seratus rggit malaysia.. skrg ni, rasa2nya dlm spluh rggit da dapat.. sbb pndrive Kingston 2GB, rm20 da dapat.. (klu tak caye, tanya qila.. hehe..)
antara brg2 yg ade djual kt pesta it, em.. laptop(murah gler skrang..huhu..), printer (canon, hp., dll), cooler, earphone(haha..sy beli lagi.. tmbah koleksi earphone kt bilik..^_* ), hardisc (murah woo.. smpai kabur mata..), antivirus Kaspersky, mp3, mp4, mp5(wah, dsyat tul m p5, siap ade kamera.. agak2nya x lame lg kuar mp6 lak yg bleh anta mesej.. terus jd enset..)... dan macam2 lagi..
.
klu kate saje2 nk dtg jenguk kt pesta it ni, baek tak yah.. sbb mmg ni tmpat duit mengalir dr poket.. hehe.. pntang nmpak, ade je yg nk beli.. nex time, da tak nak pergi.. sbb ni antara dangerous place..! ^_*






tetibe sesat ade jualan komik.. youn (rumate anis, bese gemar sgt bnda alah ni.. lupe nk tnya...)