CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Thursday, July 31, 2008

Test 1

Assalamua'alaikum wbt...

~ few.... [-.-']

minggu lepas, mggu yg memenatkan.. agak memenatkan jg la. Ni baru ada idea nk post entry kt cni. Alhamdulillah, walaupun, orientasi blok tak diberi buat, at least sy & kawan2 lain ada inisiatif sndiri utk buat prgram silaturrahim ~ lebih menjurus kpd utk eratkan hubungan ant junior & senior...

Semalam, 30 Julai 2008, ada Forum Bicara Ad-din dgn tajuk "Atas Nama Cinta". Lebih membincangkan tentang Isra' Mikraj dan cinta Rasulullah pd isterinya, Siti Khadijah Khuwailid. Best, byk input yg sy dpt. Ahli panel semalam, Ustaz Zahazan Mohamed (kat IKIM.fm, ustaz ni handle bhgn Tafsir Qura'an) & Puan Siti Fatimah.. Gambar ada sempat ambil, tp x masukkan lg lam laptop...

Pejam celik pejam celik, dah masuk minggu ke-4..nex week, dah start test 1... huhu.. sekejap je. Rasa cam baru semalam masuk kolej, start belajar.. Apa2 pun, untuk diri sendiri, smga buat yg terbaik untuk 1st test ni. & tak lupa kpd kawan2 seperjuangan yg lain, good luck & all the best. Ma'attaufiq wannajah fil imtihan.. amiin.. wassalam

.~.~.~.~.~.~.~.

p/s : gambar2 ngan kawan2..


Friday, July 18, 2008

Beautiful math...

Absolutely amazing!

Beauty of Mathematics !!!!!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1 x 8 + 1 = 9

12 x 8 + 2 = 98

123 x 8 + 3 = 987

1234 x 8 + 4 = 9876

12345 x 8 + 5 = 98765

123456 x 8 + 6 = 987654

1234567 x 8 + 7 = 9876543

12345678 x 8 + 8 = 98765432

123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654 x 9 + 2 = 8888888

9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321

1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111 = 12345678987654321

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Now, take a look at this...

101%

From a strictly mathematical viewpoint:

What Equals 100%?

What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?

What equals 100% in life?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Here's a little mathematical formula that might help answer these questions:

If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

If,

H-A-R-D-W-O- R- K
8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%

And:
K-N-O-W-L-E- D-G-E
11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%

But:
A-T-T-I-T-U- D-E
1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

THEN, look how far the love of God will take you:

L-O-V-E-O-F- G-O-D
12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%


Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:


While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will get you there, It's the Love of God that will put you over the top!


.:: Have a nice day ::.

~May Allah bless you always ~

minggu ni...


Assalamualaikum wbt...huhu..akhirnya dpt jg sy ke sini..dlm mggu ni, mcm2 dah berlaku..nak cerita pun, tak tau nak mulakan dari mana..hehe...gmbar kt atas ni, tiba2 tgn sy gatal nk ambil gambar waktu lecterur mengajar..kikik..ekceli, bukan tgah mengajar, time break nk rest jap 5minit..so, tringat akn blog yg tak terupdate lama, teringin nk letak picture dlm dewan kuliah..haha..tu my lecterur..kebetulan terdatang lambat, duk seat yg paling belakang..rupa2nya ada hikmah jg, dpt amek gmbar free..hehe...so far, subjek yg sy amik sem ni, ok..tgok 1st test nanti la camne..bru bleh komen lebih2..

ari khamis lepas, teman kawan gi jln2 kat mid, 1st pegi sana..besar jg la pasaraya tu..huhu..last2 kitorg dah jd pening, naek turun naek turun..tak tau, gi tengok papan kt bawah ni..papan petunjuk..ari tu, byk jg la beli brang..da jadi window shopping dah...

(mencari arah..hehe..)

~ni plak, gambar2 yg sempat di ambil... perbarisan pembukaan sukan interkolej kt Stadium sukan..hehe... comel2 maskot yg de kt c2... tp agak kecewa jg la, my kolej, tak menang..huhu..takpe2..nex year, ade lagi..

~apa2 pun, enjoy tgok perbarisan junior2...





ni la gmbar2 yg sempat di ambil...ekceli, dlm lptop sndiri byk lagi..tp xsmpat nk upload sume..ok, salam sayang dr sy..jumpa lagi...

Friday, July 11, 2008

orientasi..

Assalamualaikum wbt...

last2, dpt jg online and post..mggu ni amat meletihkan jg la..nex wik lg mencabar..byk aktiviti kena buat..nak2 pasal orientasi blok..huhu..alhamdulillah, nasib baek, warga blok & kawan2 beri support yg baek..skurang2nya, kita tade la terbeban sgt..apa yg sy ingin katakan ialah, if kita diberi satu tanggungjawab, tak kira la dlm bentuk apa sekalipun...yg penting
kita mesti pastikan yg diri kita dpat terima amanah ni dgn ikhlas..niat pun mesti betul..bukannya suka2 nk terima..nak2 dlm kehidupan kita skrg ni..byk cabaran & dugaan yg perlu kita tempuh..lebih2 lagi, kita sbg student..

semalam tiba2 rindu kat adik2 skolah terasa..huhu..ingt nk contact dua tiga org budak dlm group 'sejati' tu..tp teringt kredit da nk abe..haha..kansel..last2 layan baca buku..hja, b4 terlupa..'bohemian' da jumpa...kikik..satu lg yg penting, smlm gi MPH, buku karya 'teja aufi nasrul' tu da jumpa...pasni kena message personal ngan akak tu, bgtau..kalu x, free je satu buku lg smpai kat umah..

last..but not least..jmpa nex post plak..byk nak kena citer ni spnjang kt sini..kawan kt sebelah ni asyik suh kuar cepat2..katanya, "ari ni jumaat, kang ramai org.."..bleh plak dia cakap.."bengong dot dot..."...opppsss..kalu tahu dek lembaga penapisan filem negara, perkataan "bengong" da kena potong ni..haha..tu la misah namanya..

utk sume kawan2 kat luar, & yg kat seberang negara sana, senyum selalu...betulkan setiap niat kita..moga2 Allah sentiasa merahmati dan meredhai setiap apa yg kita lakukan..


wassalam..
may Allah bless you always..

Monday, July 7, 2008

today is monday..

Assalamualaikum wbt..

Syukur ke hadrat Ilahi..sbb ari ni dpt jg jemguk blog..haha..tak leh nk lupa la..ekceli bukan niat asal nk jenguk blog..tp nak key in subjek..alang2 da de internet dpan mata, baek buke..hehe..ari ni,
so far ok..baru pas satu kuliah -- kaedah matematik -- lecterur pon ok..subjek pun orite..em...pe agi ea..?insyaAllah, pukul 10, de kuliah lagi..ni tgah ec masa lapang la ni..


semalam, da siap kemas barang..cuma,sunyi..c0z duk sorang2..huhu..org laen, bleh gak say hi & bye kt roomate dorg..tp sy..?haha..say hi & bye kat katil je la nmpak gayanye..juni0r setakat ni, baru nmpak sorg dua..tu p[on, xkenal mane lg..mgkin after orientasi blok or kolej, baru leh kenal rapat..mintak2 junior tahun ni tade la cam junior sebelum2 ni..haha..itu doaku..& smga hubungan junio-senior, tade jurang..sume cam adik-beradik..


pape pun, ingatan kt umah, masih ade...huhu..my beloved sis (adik), agak2nye tgah buat pe ek..?dik, miss u sooo much..utk my parent, "robbigh firli waliwalidayya warhamhuma kama robbayani soghiiro"..amiin.. doa buat ayahanda & ibunda yg tercinta..buat sahabat2 seperjuangan. smg berjaya di dunia & akhirat..amiin(3x)..wassalam..

~salam rindu dr pelangii~

Saturday, July 5, 2008

salam..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..dgn penuh kesyukuran, sy panjatkan ke hadrat Ilahi..& selawat serta salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad saw...
Pagi yg cerah..haha..tade la..ekceli, baru terbangun dr tidur yg pnjang..tiba2 teringat, hari ni da nk balik kmpus..huhu..miss my home, family especially my sister2 yg byk mmbuatkan diriku sntiasa tersunyum spnjang cuti ni..huhu..xnk balik!!!


sbb da nk balik, mgkin ni
last entry...opppsss, bukan last utk slama2nya ye..~last utk sepnjang sy cuti..hehe..~dlm otak sy skrg ni, byk benda nk tulis kt sini, tp bila jari-jemari da de kt keyboard, mula la buat blur..huhu..haru betul..da la pagi ni agak sejuk dr kebiasaan..org laen khusyuk layan mimpi lagi..sy..??mengadap pc..ape la..[-.-']
sume brg da siap packing..my sis yg pegi kem arik khamis ari tu, insyaAllah, balik hari ni..arap2 smpat jumpe..huhu..mlm semalam, kemas punye kemas brang, terjumpa disket2 lama yg tersorok kt stor..haha..rindu punye pasal, view sume file kt dlm disket..'INTAN NILAM'~ salah satu disket yg de dlm simpanan, 'INTAN NILAM' ni, ekceli nama majalah asrama dulu..klu nk tau, sy penah jd ajk mjalah asrama..hehe..tukang edit je..byk cerpen2 & sajak2 teman seasrama dulu dlm disket tu..rindunye..!ish, xabes2 dgn rindu..sob..sob..
hari semalam(4 julai 08) atau dlm tahun Islam, jatuhnya 1 rejab..biasa, digalakkan puasa sunat bulan rejab..
PUASA DI BULAN REJAB
Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:


"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."

Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.
Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud :

"Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan)."

Dalam hadis yang lain telah dikeluarkan oleh al-Khallal, daripada Abu Sa`id (secara marfu') bermaksud:

"Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan haram, hari-hari di dalamnya ada tertulis di pintu-pintu langit yang keenam, maka apabila seseorang berpuasa sehari daripadanya (bulan Rejab) dan menyempurnakan puasanya dengan penuh ketaqwaan kepada Allah, bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya berkata:"Tuhan ampunkan baginya (dosanya)" dan jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan kepada Allah, maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya, dan dikatakan padanya: "Kau telah ditipu oleh dirimu."

Niat puasa bulan Rejab ialah :

Maksudnya : "Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala".
Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.
~Selamat berpuasa sunat bulan Rejab..^_^

~~~~~~~~~~~~~~

Last..but not least..em..dgn azam & smngat yg baru, sy akan melangkah ke kampus esok..smg hari ini lbih baik dr semalam & hari esok lebih baik dr hari ini..wallau'alam..wassalam..

"Alangkah susahnya mendidik hati, sedangkan ia adalah pandangan Tuhan, menjadi wadah rebutan malaikat dan syaitan. Alangkah susahnya mendidik hati, bila dipuji sombong menghiasi diri, bila diuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati, bila nafsu melingkari rasa seperti perbuatan diredhai.. Didiklah hati menuju kebenaran demi mencari redha Ilahi..."

~ salam rindu dr pelangi ~

optical illusions

optical illusion..(definisi sy buat sndiri)-->bila kita lihat sesuatu gambar, mmbuatkan otak kita berfikir & berpusing2..serius, sy sndiri yg naek pening nengok gambar2 kt bawah ni..sbb sy nk org laen jg pening, so, sy letak la gambar2 kt sini..haha..wanna make you all pening too..selamat menilik gambar ya..^_*

Click here to get hot comments and graphics...

~nak naik tangga ke nak turun tangga ni..?~




Click here to get hot comments and graphics...

~nampak tak bulat2 yg laen bergerak cam pusingan roda..?tp bila kita fokus pd satu bulatan saja, bulatan lain pulak yg bergerak kan..?alih2 juling jg mata kita..so, jgn tgok lama2..takut mata terjuling pulak...~




Click here to get hot comments and graphics...

~tgok pd gmbar kapal yg pling dpan skali, mmg kapal layar yg btul..tp kapal2 yg last2 tu, kapal ke lubang jambatan ea..?konpius..konpius..huhu~


Click here to get hot comments and graphics...

~satu gambar, tp ada dua wajah, dua jantina & dua generasi..tak percaya, cuba perhati betul2...~

Click here to get hot comments and graphics...

~ni satu lagi...nak naik tangga ke nak turun tangga ke apa ni..?~

...hehe..amacam??ade pening x..??

Friday, July 4, 2008

10 wasiat...

Assalamualaikum..sekadar utk berkongsi..^_^

10 Wasiat Imam Syafie

.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah
ia mengamalkan sepuluh perkara."
  • PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

  • KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT


Iaitu: Mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

  • KETIGA : HAK KEPADA KUBUR

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

  • KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

  • KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

  • KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

  • KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

  • KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

  • KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

  • KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan. Sampaikan kepada semua mereka yang kita kenali agar ilmu ini tersebar dan kita dapat bersama-sama mengamalkannya. " Ya Allah... berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus di jalan Mu...Amin.."

10 wasiat Imam Hassan Al-Banna

.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.

  1. Dirikanlah solat tatkala mendengar azan, biarpun apa jua keadaan di waktu itu.
  2. Bacalah Al- Quran dan pelajarilah tafsirnya atau dengarkanlah orang lain membacanya atau zikirlah kapada Allah dan jangan gunakan waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.
  3. Berbicaralah dalam bahasa arab yang fasih, kerana yang demikian itu termasuk dalam syiar Islam.
  4. Jangan banyak berdebat dalam hal apa pun kerana pertengkaran itu tidak akan mendatangkan kebaikan
  5. Jangan banyak ketawa sebab hati yang berhubung dengan Allah itu adalah tenang dan mantap.
  6. Jangan suka berjenaka kerana umat yang berjuang tidak mengenal selain kesungguhan.
  7. Janganlah mendengarkan suaramu melebihi daripada yang di perlukan oleh pendengaran kerana hal itu menunjukkan kejahilan dan menyakitkan.
  8. Jauhilah mengumpat orang ,mencela organisasi dan janganlah berbicara kecuali perkara yang baik.
  9. Perkenalkanlah dirimu kepada orang yang engkau jumpai walaupun ia tidak meminta hal itu dari dirimu sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling mengenali.
  10. Kewajiban kita lebih banyak dari waktu yang ada kerana itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya, jika ada urusan , maka selesaikanlah dalam waktu yang sesingkatnya.

Thursday, July 3, 2008

Talkin buat umi

Salam alaik. Hari ni 2nd last kt umah..huhu..sdey ni..lpas ni,jrang la nk jenguk blog kesayangan neyh..ntah2 bape kali je smpat nk postkan entry..tp xpela..berjihad di jalan Allah lebih penting~belajar..apa2 pun, i'll miss my blog soo much..ptg td,on9 pnye on9,xtau nk post pe kt blog neyh..blur semacam je..last2 jumpa satu cerpen ni..'talkin buat umi'..dgar tajuk best,story pun best..apa2 pun, bg sy 4/5 stars utk cerpen karya 'tongkat jibril' ni..so,layaann..hehe..wassalam..

~~~~~~~~~~~~~~

Oleh : Tongkat Jibril

Tahu diri

ADA keringat berjatuhan saat dia menyapu sampah di halaman masjid itu. Bahang mentari yang membakar segenap epidermisnya langsung tiada dihiraukan. Bukan sehari dua dia baru melakukan kerja sebegitu. Sudah hampir berbelas tahun dia begitu. Menyapu dan membersihkan dedaunan yang berguguran dalam halaman masjid. Sekejap dia membongkok, menyapu daun di pangkal pokok. Seketika kemudian, dia ada di kolah wuduk untuk mencuci kotoran dan lumut yang melekat.

~~~~~~~~~~~~~~

Sesekali Tok Siak Wahab menghulurkan sagu hati. Mulanya dia enggan menerima, namun setelah memikirkan keadaan uminya yang lumpuh dan memerlukan pendapatan, dia menerimanya dengan seikhlas hati. Namun bukan dengan duit. Cukuplah memberinya barang-barang dapur seperti beras, gula, minyak masak dan tepung gandum. Dia lebih senang begitu.

~~~~~~~~~~~~~~

Dia cacat fizikal. Dia tahu dia begitu. Ibunya juga tahu. Orang kampung juga tahu dia dilahirkan sebegitu. Namun dia tidak kisah. Dia tidak mengacau orang, jauh sekali mengusik anak dara orang seperti Manaf, Umair, Farhan dan pemuda kampung yang lain. Uminya tidak pernah mengajar bersifat sebegitu. Berdosa, kata uminya. Dia tidak mahu membuat dosa. Mentelah dirinya begitu, tidak elok melakukan kerja tidak berfaedah. Dia sedar kekurangan dirinya.

~~~~~~~~~~~~~~

Sesekali, dia menyapu peluh dengan sapu tangan yang disangkutkan di leher. Ada dengusan kecil kedengaran daripada hujung bibirnya. Dia bukan mengeluh kerana terpaksa. Dia agak keletihan. Apa tidaknya, hampir lima pengurusan kematian terpaksa disertainya semalam. Hingga bulan merembang, barulah dia pulang.

~~~~~~~~~~~~~~

Dia senang membantu begitu. Sedikit sebanyak, masanya terisi dengan kerja-kerja yang berfaedah dan mulia. Bukan dia yang berkata begitu. Uminya yang menerangkan. Sebab itu dia bersungguh menghulurkan bantuan kepada tok imam. Suruhlah apa saja, pasti dia akan segera menunaikannya. Beli kapur barus, kain kapan, gali kubur, ambil keranda, sediakan tempat mandi mayat, semua dibuatnya tanpa membantah. Dia juga turut mengikut orang menyembahyangkan mayat. Talkin pun dia sudah mahir menghafaznya. Kalau tok imam tak sihat, dialah yang akan menggantikannya. Mula-mula memang semua orang tak yakin. Namun, setelah kematian Haji Dasuki dua bulan lepas, barulah orang tahu. Kebetulan, tok imam demam. Dialah yang membacakan talkin.

~~~~~~~~~~~~~~

Dia akan memastikan semua kerja pembersihannya selesai sejam sebelum masuk waktu solat fardu. Biasanya sesudah mentari terbit ataupun sebelum Asar. Setelah selesai, dia akan membersihkan diri. Dia akan berjalan cepat menuju ke rumahnya. Rumahnya tidak jauh, cuma beberapa puluh langkah dari masjid. Dia berjalan laju walaupun kakinya tempang. Bahu kanannya akan ke atas ke bawah, bila dia berjalan. Kata Din Udang, Yusuf jalan macam monorail di Kuala Lumpur. Langsung tidak dipedulikan kalau orang menegurnya. Itu sebelum masuk waktu. Setelah selesai solat, dia akan kembali seperti biasa. Tegurlah, pasti akan dibalasnya dengan senyuman. Senyuman yang membariskan giginya yang keputihan namun ada sedikit lompong di sana-sini. Dia ramah, tidak pernah marah jika ditegur.

~~~~~~~~~~~~~~

Dia selalu datang awal ke masjid. Duduk saf paling depan, ke kanan sedikit membelakangi imam. Jikalau kelapangan, dia akan membaca Al-Quran. Kalau orang yang baru pindah ke kampung itu, pasti dia tak akan percaya. Suaranya, merdu sekali. Boleh bertanding untuk qari Al-Quran Malaysia. Kalau Bilal Musa lambat, dialah yang akan azan dahulu. Azannya sungguh menyentuh kalbu. Dia mengumandangkannya dengan penuh khusyuk dan tangisan. Seikhlas hatinya yang suci. Pernah Imam Soleh, imam masjid itu lambat untuk mengimamkan solat kerana terlalu sedih apabila mendengar dia mengumandangkan azan. Menangis orang tua itu menemuinya.

~~~~~~~~~~~~~~

Waktu petang jika tiada tugas, dia akan membawa kedua-dua kambing biri-birinya bersiar-siar. Seekor jantan dan seekor betina. Dia akan membawanya meragut rumput di padang meragut Haji Rahman Senu. Di situ ada beberapa ekor lembu milik orang tua itu. dia tidak terus membawa kambingnya ke situ, sebaliknya meminta izin daripada Haji Rahman Senu dahulu. Jikalau haji tiada, dia akan membawa kambingnya ke hujung kampung. Di situ, ada rumput yang tumbuh meliar. Dibiarkan si kambing meragut sampai kenyang. Cukup tahun, jual. Tak pun, sembelih saja buat korban. Kalau ada anak kambing yang baru lahir, dia akan menjaganya sampai besar. Tapi, setakat ini belum ada hasil lagi. Mungkin lagi sebulan dua... semua tu kuasa Allah SWT.

~~~~~~~~~~~~~~

Malam berlabuh, dia akan berada di rumah bersama uminya. Selepas solat Isyak, dia akan menanti kumpulan anak-anak kecil mengaji di rumahnya. Dia bukanlah ustaz, namun tahu serba sedikit bab hukum tajwid. Itupun, dipelajarinya dari kelas mengaji dan tafsir al-Quran pada setiap pagi Jumaat. Syeikh Maulana Sulaiman. Orang Arab Madinah. Sudah sepuluh tahun berkampung di situ. Itupun atas ihsan pejabat agama negeri. Sudah beristeri dan mempunyai lima orang anak. Isterinya, anak saudara Tok Siak Wahab juga.

~~~~~~~~~~~~~~

Nasib badan

Uminya lumpuh separuh badan. Dari kaki sampai ke pinggang. Kemalangan lima belas tahun lepas. Ayahnya meninggal dunia dalam kemalangan itu. Waktu itu dia baru sepuluh tahun. Dialah yang menyara uminya hingga sekarang. Ambil upah menoreh getah, menebas rumput, memetik buah nyiur, semuanya jenuh dilakukan. Dia tidak kisah, asalkan dapat sesuap nasi buat uminya. Dia anak tunggal. Dia tahu semua itu. Kalau bukan dia yang menjaga uminya, siapa lagi? Nak diharapkan saudara-mara, habis semuanya lari. Kalau dulu, berharta, ada kereta besar, rumah besar, hari-hari bertandang ke rumah. Sampai tak cukup tanah datang berziarah. Pinjam duit daripada ayah dan umi. Buat bisnes itulah, meniaga di sinilah, bayar yuran anak ke universitilah. Tapi sekarang tiada lagi. Semuanya menghilangkan diri. Hutang entah ke mana. Lesap macam tu aje....

~~~~~~~~~~~~~~

Umi kata dia tak mahu mengungkit. Dia ikhlas menolong saudara-maranya. Pernah Yusuf tidak balik ke rumah kerana marahkan umi. Dia hairan kenapa umi masih sayangkan hubungan saudara walaupun mereka dah lama putuskannya? Dia marah bila umi menggadaikan rantai pusaka nenek semata-mata untuk mendapatkan duit bagi membantu sepupunya, Johan melanjutkan pelajaran ke menara gading. Alih-alih, budak tu kena tangkap sebab menghisap dadah. Dia tipu umi. Dia tipu Yusuf. Dia tipu semua orang.

~~~~~~~~~~~~~~

Yusuf tahu, namun sudah berputus asa. Dia cuba mengkhabarkan, namun uminya tetap berkeras. Kata Imam Soleh, Yusuf tidur di masjid setelah kepenatan menangis di pusara ayahnya. Bersusah-payah umi berjalan dipapah Mak Cik Hanum menuju ke masjid. Yusuf menangis, sujud di kaki umi. Dia tak sangka umi sanggup bersusah ke masjid mencarinya. Dia pegang kaki umi dan meraung sekuat hati. Semua orang termasuk Bilal Musa, Imam Soleh, Tok Siak Wahab menitis air mata bila melihat Yusuf begitu. Yusuf anak yang baik. Yusuf anak mithali. Yusuf tak pernah menyakiti orang lain.

~~~~~~~~~~~~~~

Nostalgia

Satu hari di bulan Ramadan, Yusuf diganggu Manaf, Umair, Farhan dan gengnya. Waktu itu, Yusuf baru pulang dari menebas kebun Wak Dali. Dia memikul seikat buluh untuk dibuat lemang. Puasa. Dia penat. Dia nak balik cepat. Waktu berbuka sudah hampir. Apabila dia lalu di hadapan Manaf dan teman-temannya, dia disepak pemuda kampung itu. Tersungkur menyembah bumi. Mereka mentertawakan Yusuf. Yusuf hairan, namun tidak membalas. Bersusah-payah dia bangun lalu cuba melangkah semula. Kali ini, giliran Umair pula yang menyepak. Yusuf jatuh lagi. Dia masih bersabar. Kata umi, Allah bersama orang yang bersabar. Dia bangun kembali.

~~~~~~~~~~~~~~

Bila hendak melangkah, giliran Farhan pula menendang. Namun, tendangannya tersasar. Yusuf berang, terus libas mereka dengan buluh panjang. Manaf luka di kepala, Umair terbelah lengannya, Farhan tertusuk buluh runcing di kaki. Banyak darah keluar. Yusuf naik minyak. Dia tendang perut Manaf sampai pengsan. Dia hentak Umair dengan hulu parang sampai bengkak-bengkak. Dia tolak Farhan masuk dalam tali air. Nasib baik tak lemas. Rakan-rakan mereka yang lain, habis lari lintang-pukang. "Yusuf naik minyak! Yusuf naik minyak!" Jerit mereka.

~~~~~~~~~~~~~~

Habis mengamuk, Yusuf angkat kembali buluhnya. Dia melangkah pulang tanpa memandang ketiga-tiga kutu kampung itu. Umair dan Farhan melolong kesakitan. Mereka menjerit meminta tolong, namun tiada seorang pun datang menolong.

~~~~~~~~~~~~~~

"Padan muka! Menyusahkan orang aje," kata Haji Lutfi.

"Memang patut si Yusuf buat macam tu. Budak-budak ni dah melampau!" Kata Mat Sarji ketua pemuda kampung.

~~~~~~~~~~~~~~

Yusuf pulang dalam keletihan. Dia sempat singgah di warung Pak Uda Seman, membeli juadah berbuka puasa. Bila pulang, dia hanya membisu sahaja. Umi tidak bertanya kerana memikirkan Yusuf letih. Bila Tok Penghulu Ramli datang ke rumah, barulah umi mengamuk. Tok Penghulu Ramli bawa anaknya Manaf, nak minta maaf. Belum sempat minta maaf, umi panggil Yusuf. Umi malu sangat-sangat. Umi pukul dan rotan Yusuf dengan buluh kecil depan tok penghulu. Habis berbekas seluruh badan Yusuf dengan kesan buluh. Yusuf meraung, namun umi tak hiraukan. Bila tok penghulu menghalang dan jelaskan segala-galanya, umi terkejut besar. Yusuf separuh mati dikerjakannya. Yusuf merangkak, sujud di kaki umi. Yusuf janji takkan pukul orang lagi. Yusuf tak mahu umi sedih. Yusuf tak mahu umi marah-marah. Ada darah mengalir di kaki dan tangan Yusuf. Umi lapkan dengan selendang batik. Yusuf pengsan malam itu juga.

~~~~~~~~~~~~~~

Suratan Ilahi

Hari itu, Yusuf baru hendak keluar rumah pergi ke kebun getah Haji Sahak untuk menoreh. Seperti biasa, dia mengetuk pintu bilik umi. Mahu bersalaman. Memang dia biasa begitu. Sudah diasuh sedari kecil. Lama dia mengetuk, umi langsung tidak membalas. Dia menguak pintu. Dia lihat uminya masih bersimpuh di atas sejadah. Umi masih bertafakur. Yusuf berdiri di muka pintu, menanti uminya selesai. Lama dia menanti, namun umi langsung tidak bergerak. Yusuf hairan. Dia merapati uminya. Mata umi terkatup rapat. Umi duduk bersimpuh tanpa bergerak. Yusuf merasa nafas ibu dari hidung menggunakan jemarinya. Tiada. Digerakkan tubuh umi. Umi terjelepuk di atas ribaannya. Yusuf mengerti, umi sudah tiada lagi. Umi sudah kembali menghadap Ilahi. Innalillahiwainnailaihirajiuun....

~~~~~~~~~~~~~~

Yusuf membaringkan umi di atas tilam usang. Dia melaung nama Mak Cik Hanum. Umi dah meninggal dunia, katanya. Mak Cik Hanum terperanjat. Yusuf meminta wanita itu menjaga jenazahnya sementara dia pergi memanggil tok imam. Dengan jalan yang terhincut-hincut, Yusuf menuju ke rumah Imam Soleh. Air matanya tidak menitis. Dia biasa sahaja sewaktu mengkhabarkan kematian ibunya. Lama-kelamaan, seluruh kampung mengetahui kematian uminya. Ramai orang datang, memenuhi teratak buruk Yusuf. Mereka menguruskan jenazah uminya. Yusuf hanya memerhatikan dari jauh. Dia tidak berkata apa-apa.

~~~~~~~~~~~~~~

Al-Fatihah

Di perkuburan, Yusuf masih membisu. Dia memandang wajah umi dan mengucup dahinya sebelum jenazah diusung memasuki lahad. Umi seakan tersenyum. Yusuf dapat menangkap senyuman di bibir umi. Ada bau harum semerbak hadir saat jenazah dimasukkan ke persemadian terakhir. Semua orang dapat menghidu baunya.

~~~~~~~~~~~~~~

Saat Imam Soleh mahu membacakan talkin, Yusuf mampir dan meminta untuk diizinkannya membaca talkin. Sebelum ini, dia sering membaca talkin untuk jenazah orang lain. Kali ini, biar dia yang membacakannya. Sewaktu membaca talkin buat umi, air matanya menitis. Dia tidak meronta, cuma sedikit terkilan kerana tidak berada di sisi umi sebelum nafas terakhirnya. Dia mengeraskan suara bacaannya. Semua orang menangis mendengar suaranya membaca talkin. Menusuk jiwa. Dia menyiram air mawar setelah pembacaan talkin selesai. Air mata dihapuskan serta-merta.

~~~~~~~~~~~~~~

Orang kampung mula meninggalkan tanah perkuburan setelah semuanya selesai. Cuma tinggal Yusuf, Imam Soleh, Tok Siak Wahab, Bilal Musa dan Mak Cik Hanum. Yusuf memeluk nisan batu sungai uminya. Dia mengucup nisan batu sebelum menghadiahkan al-Fatihah buat uminya. Dia bingkas bangun, menggulung tikar mengkuang sebelum menapak pergi bersama-sama mereka. Dari jauh, dia seakan terlihat lambaian terakhir uminya. Yusuf tersenyum sendiri. Selamat tinggal, umi....

.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.

Profil penulis cerpen

Muhammad Alyas Abdul Jalil

TONGKAT Jibril, nama pena bagi Muhammad Alyas Abdul Jalil yang dilahirkan pada 27 Februari 1989. Beliau terbabit dalam genre cerpen dan novel. Novel pertamanya, Nobat Kasih diterbitkan oleh Cerdik Publication Sdn Bhd pada 2006. Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, ini kini menuntut dalam Jurusan Sains Hayat di Kolej Matrikulasi Melaka.

.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.

Tuesday, July 1, 2008

....

Menghitung hari..detik demi detik...
Hehe..da nk dkat da..huhu..
byk benda nk kena settle b4 balik sana...
..twink...twink..

Keluarga saya

Karangan seorg murid ttg keluarganya..

selamat membaca..

^_*





if ade komen ke pape ke..sila la..hehe..