CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Saturday, October 31, 2009

menunggu atau mencari atau dot dot dot..?

salam...




mood saya untuk awal pagi ni, agak cerah..
secerah langit hari ni..
walaupun subuh tadi, hujan renyai2..
mungkin kerana perkara yang banyak membebankan otak saya selama ni, sedikit demi sedikit nak terungkai..
hehe..

mula2 ingat nak buat coding..
tapi, buat sikit, adda error..
buat sikit, ade error lagi..
last2, internet jua tempat terakhir berlabuh..
ehmm....

1st, cek emel..
tapi tade satu emel lagi yang masuk..
2nd, of course, cek blog neyh..
~thanx tuk my friends..- anis..rajin2 la jenguk blog ni yek..
nak jupe, dah susah dah..
mesej pun kekadang..at least, ade blog, bleh berutus khabar,kan, nis..??
special requst utk HANIS..
"buat la blog.." hehe....

pastu, aktiviti seterusnya, jenguk kawan2 penye blog..
blog skolah lama.. n lain2 blog yang terklik..
then, baru pegi laman web iluvislam..

em, so, topic ari ni..
"menunggu atau mencari atau dot dot...."

actually, terbuka thread pasal cari jodoh..
lagipun, awal pagi ni, tetiba anis tanya psal 'mr right'..
woo..MR RIGHT..??

dalam forum tu, ramai yang utarakan pendapat pasal nak cari jodoh..
ade yang juz nak tunggu je, sebab malu,segan,dll..
ade yang cakap, tak kan nak tunggu bulan jatuh ke riba..
ade jg cakap, kalau perempuan menunggu, kira situasi normal, tapi bagi lelaki, diorang mesti la kena usaha..

entahlah,saya pun susah nak jawab..
sekadar memberi pandangan, bolehla..

bagi saya, tanggungjawab nak mencari jodoh @ pasangan untuk kita memang perlu..
kalau sekadar nak tunggu, tapi tak ada ikhtiar, tak ke mana..
bergantung kepada diri masing2, macam mana nak usaha cari jodoh.

tapi, sebelum nak cari calon, kena lah fikir dulu..
kita ni dah layak ke..dah betul2 bersedia ke nak masuk alam lain..
alam yang mane, banyak tanggungjawab akan diletak atas bahu kita..
alam yang mana tak sama dengan alam yang kita berada sekarang..
iaitu alam rumah tangga..

sebenarnya, saya pun tak berapa sesuai nak bincangkan hal alam rumah tangga..sebab saya pun belum melaluinya..tetapi, apa yang saya perhatikan..sekarang, banyak masalah rumah tangga yang saya dengar..ada yang lebih parah, masjid mereka runtuh hanya beberapa bulan di bina..ada lagi teruk, tak sampai sebulan pun,dah runtuh..



so, pendapat saya, kalau da nak cari jodoh ke, persiapkan diri dulu.. biar kita betul2 dah sedia..dan untuk status saya sekarang, menuntut ilmu lebih saya utamakan..yela, soal jodoh memang saya pernah fikir, tapi biarlah dulu..susah2 sangat, saya hanya serahkan pada keluarga.. hehe..

memang tak dinafikan, kadang2, bila time family kumpul ramai2, terutamanya, waktu raya ke..usik bab2 nak kawin ni selalu je kena kat batang hidung sendiri.. asyik2 orang tanya.. "nak kawin bila..?", "dah ada calon ke..?"..mungkin atas faktor kebanyakkan cousin2 sy yang berumah tangga awal, paling awal setahu sy 19 tahun.. uish, skrg tak silap, umur dah 24 tapi, anak dah 4..jadi disebabkan itu, dorang tertanya turn saya bila..hem, nasib badan..

tension jg bila acap kali nak kena jawab soalan macam tu. pernah saya jawab "nantilah dulu, nak belajar dulu..hehe".."belajar tinggi2, nanti susah lelaki nak pinang..?"..aik, ade ea macam tu..?perempuan belajar tinggi, susah orang nak mintak ke..?lagipun,bukan ke menuntut ilmu tu sesuatu benda yang baik, malah Rasulullah saw pun penah bersabda, "tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad". takkan perkara baik boleh halang hal2 jodoh, kan...? tapi tu la, kita tak tahu pandangan orang lain pada diri kita.. nak tak nak, saya fikir secara positif, mungkin mereka2 yang bertanya tu, sayangkan saya, tak nak dapat jodoh lambat.. hehe..

apa2 pun, point utama utk entry ari ni -- pastikan diri kita sudah bersedia atau belum sebelum nak melangkah ke alam rumah tangga..kalau belum, prepare diri betul2, lagi pun, lelaki baik untuk perempuan baik, begitu juga dengan sebaliknya..



kekadang, tengok baby, terasa geram juga..hehe..comel sangat..em, bila lagi la ye..?nak dapat anak buah pun..ntah bila la..hehe..

ade satu komen dalam forum cari jodoh,
"Nak jodoh baik knela ada DUIT...
D:Doa
U:Usaha
I:Ikhtiar
T:Tawakal"


for me, memang setuju sangat2..yela, nak cari sesuatu, mestilah kena usaha..
lagikan, dalam hal belajar ni pun, nak berjaya, kena usaha+doa+ikhtiar, pastu baru tawakkal..kalau tak jangan nak mimpi nak berjaya tanpa sume tu..

kesimpulannya, dalam hidup ni, tak semuanya indah, tak semuanya apa yang kita dapat itu memenuhi kehendak kita. kadang2 apa yang kita doakan, apa yang kita usahakan, ada yang tak dapat.. tapi, itu semua rahsia ALLAH.. ALLAH beri yang terbaik kepada hamba2nya.. jadi, kita sebagai hamba ALLAH yang banyak khilaf, banyak kekurangan, kenalah banyak bersabar, redha.. tapi, tetap berusaha.. jangan cepat mengalah.

Setiap apa yang ALLAH kurniakan pada kita, sejak kita lahir hingga sekarang, hendaklah kita bersyukur.. sentiada bersyukur, selama2nya bersyukur. begitu juga dengan hal jodoh, bagi saya, menunggu @ mencari @ dot dot, bukan perkara utama.. yang utamanya, pastikan kita bersedia. perbaiki sikap, tingkah laku.. yela, tanggungjawab nak jaga hati bakal suami, hati bakal keluarga suami, hati semua orang penting.. wallahu'alam

asalnya, nak tulis pendek je, alih2 tengok, panjang jugak ye..
hahaha..
sekadar memberi pandangan yang ntah pape, dan beri peringatan kepada saya yang selalu alpa dan kepada mereka2 yang lupa..insyaALLAH..

"doakan saya dapat jodoh yang terbaik.."--amiin..


"kau minat apa" tnya Jade.
"tak pernah ada orang tanya aku soalan tu." kata Trisy.
"apa yang kau rasa suka?" tnya Jade lagi.
"kau rasa aku boleh jadi apa?" soal Trisy pada Jade.
"tukang masak?" Jade sekadar meberi pandangan.
"aku nak jadi...." Trisy terhenti.
"kau jangan gelak tau." sambung Trisy.
"kau nak jadi apa?"
"Aku nak jadi Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga." Jade hanya senyum segaris.
"it's not funny and i ain't laughing". sambung Jade.
"bila kau jadi menteri tu nanti, law apa yang kau nak buat?"
"NOBODY's allowed to have babies if they're not to love 'em".


satu perbualan yang saya ambik dari salah satu novel feveret -- Rooftop Rant by Hlovate. maaf, saya bukan nak menyalin semula ayat2 dalam buku2 ni, tapi, saya hanya nak berkongsi moral value dan saya sangat suka part ni, bila mana, seorang anak yang terasa kekurangan kasih sayang dari ibubapanya mengutarakan cita2 untuk menjadi menteri. bukan sekadar menteri untuk suka2 tetapi, penuh makna. saya setuju dengan sebab kenapa dia mahu jadi menteri tu.

actually, utk sape2 yang tak faham rangkap perbualan kat atas tu, bleh la baca karya Hlovate-Rooftop Rant. banyak benda yang boleh kita faham.. sebenarnya,saya pun tak habis lagi baca, tapi, utk pengalaman saya selama membaca karya Hlovate spt 5 tahun 5 bulan, aA+bB,tunas, shcrubate serenade, versus,dll..saya berpendapat, banyak ilmu yang saya dapat..so,kepada mereka2 yang belum pernah baca karya beliau, sila dapatkan dengan segera. hehe..

aish, tak sedar, terpanjangkan lagi entry kali ni.
ok, i wanna stop here..
wassalam..

[novel] Rooftop Rant ~ Hlovate



here its sinopsis...

lontarkan
...kalau tidak ia meracun
kongsikan
...walau hanya pada awan-awan


Mereka berbicara di atas bumbung
Episod hidup memang berbeza, tapi cerita mereka masih selari!

Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu!

Hidup tak selalunya lawa
Tak selalunya ada pelangi
Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
Kadang-kadang... bilamana ‘malapetaka’ tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
Rasa macam dah tak mampu bangkit
Rasa macam dah tak mampu hela nafas

Dengarkan HLOVATE berbicara:
tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini...
tentang Trisy dan Jade...
tentang bukit yang sayup di depan
tentang angin yang membawa salam di belakang
tentang lang sewah yang berlegar melayah di atas
tentang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di bawah
dan mereka terus bercerita...
sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa

mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?

ini cerita sebuah bicara
bicara bumbung namanya....

***


~komen dr saya ~ on the way nak habiskan baca hari ni..nanti saya post entry sal novel ni next time yek.. daa..

Friday, October 30, 2009

Akhirnya...



ALHAMDULILLAH....


akhirnya, kegelisahan + ketidakselesaan sepanjang sem ni da berakhir..
huhu..tenang sikit..setenang air dalam gambar kat atas ni.. hehe..

2jam yang lalu...

dua tiga orang naik turun naik turun tangga bangunan..
dorang pandang seseorang..
pelik sebab seseorang itu tengah mengadap tingkap
diam, tak bergerak..
hehe..that's me..

pukul 2.30pm, rasa da macam tak senang nak duduk..
last2, keluar bilik, pergi ke arah tingkap..
membuang pandangan ke luar..
mengadap bangunan biologi yang membisu di situ..

orang kat bawah pun tak ramai..
mungkin sebab baru abes solat jumaat, tak ramai kembali ke jabatan..
tapi hanya diri ini saja yang berdiri kaku kat situ..
dalam diam...
aish.. ayat nak present asyik tersasul salah sebut..ape la..

biasanya, sindrom sakit perut+ tangan sejuk memang ada setiap kali nak ke depan..
tapi ari ni, tak de pulak tanda2 sindrom tu..
harap2, sindrom tu tak kan ade..selama2nya tak akan ade..
harap2 la..



tepat pukul 3, beberapa orang foreigner dah ambik tempat dalam bilik tu..
jauh di sudut hati, lega..
sebab, kalau cakap bi ntah pape ke, dorang pun macam tu juga..
fair la kirenye..haha..

dekat2 nak pukul 3.15, my supervisor datang..
one thing saya lupa..
lupa nak jemput co-supervisor datang!!!
alamak... gabra da start..

tapi, nasib baik penyelia penyelidik datang..
bagitau, dia dah inform pada sume lecterur untuk datang..
jadi, khilaf yang saya buat tu, supervosor tak marah..
ish, free je nak kena leter..

kalau diikutkan dalam jadual present, actually turn saya dulu, baru turn sorang foreigner ni..
tapi disebabkan his supervisor nak cepat balik, ada hal..
so, i will present after him..

lama juga foreigner tu present sebab dia present result yang dia dah dapat..
alih2, bila turn saya, sekali pandang dalam bilik tu...
ngaaa...ramainye..

awal masuk tadi, tadelah ramai macam tu..
tambahan lagi, siap ada pengarah institut lagi yang datang..dato' kamel..

waaa..segannye..gabranye...
kalau tahu macam ni, awal2 present first dulu..

tapi, takpe, cool..
tenang...
sempat pandang muka supervisor...
hehe..ambik berkat katakan..
haha..

time present tu, so far okey..
"lantang giler sore ko..sampai satu bilik dengar"
~ komen ikhlas dari eani lepas saya tamat present..
ngaa.. betul ke..?
tak perasan, terover kuat suara..
actually nak cover suara yang dah nak vibrate sebenarnye..

TAPI..
"ko nampak kalut+gabra+jawapan tak memuaskan bila dato' tanya.."
~ komen ke2 ikhlas dari eani lagi..
oopss..yang tu memang tak dapat dinafikan..

ye la, ingatkan tak ade orang nak tanya..
alih2, dato' kamel yang betul2 duk barisan depan sekali, angkat tangan..
tanya 3 soalan..
mungkin sebab terlalu gabra, saya jawab apa yang terlintas di otak..
kadang2 nampak muka dia tersenyum (wallahu'alam, apa mksud senyuman die..)
kadang2 dia angguk kepala..(ni pun tak tahu, either jawapan saya betul ke tersimpang ke..wallahu'alam..)
kadang2 dia renung je slide tu tanpa ekspresi muka..
huhu..
"dato' saje nak testing tuh.."
~komen ikhlas yg ke3 dari eani..

time my supervisor tanya soalan..
alhamdulillah, saya yakin saya jawab yang menepati soalan sebab anggukan supervisor menjadi skala ukuran ke'betul'an jwapan tu..^__^
"muka you nampak takut, sampai saya takut nak tanya soalan.."
~komen ikhlas dr supervisor..
mungkin perasaan cuak lepas jawab soalan dato' kamel tu ade lg kot..


gambar sekadar hiasan


apa2 pun, semuanya dah setel..
tapi, tak bermakna berakhir kat sini..
lepas ni banyak lagi kerja..
terutamanya coding..
adeyh..
so, doakan diri ini tabah nak buat sume tu..
pada mereka2 yang telah doakan kelancara present ari ni,
syukran saya ucapkan..

wallahu'alam..


p/s :
"sekurang2nya, presentation ari ni better dari pra-presentation pagi tu.."
~komen last ikhlas dari eani..

semangat baru..

hehe..

awal pagi yang dingin..

dengan semangat baru..

nak buat yang terbaik..

insyaAllah..

amiin..

Thursday, October 29, 2009

sahabat..

Send this free eCard


dedicate to all my friends..
i miss u all so much..

a friend is a gift
a gift to share
a gift in a package marked
"handle with care"
want you to know that..
you are the best gifts i've received


uhhibbuuki fillah

salam..


rupa2nya, dah lama tak menulis..
kadang2, bila ada mood, internet buat hal..
bila internet dah okey, indea nak menulis tak ade..
so, blog ni terbiar sejak dua menjak ni..
nasib baik tak bersawang.. hehe..

so far, dalam bulan ni, banyak benda yang berlaku..
habis je minggu cuti raya, balik ke tempat belajar smula..
teruskan balik aktiviti menyelak2 buku, surfing internet cari journal..
derive formula tu, derive formula ni dalam berminggu2..
jumpa supervisor..
balik rumah, sambung tidur yang tertangguh..
dan begitulah aktiviti seterusnya sepanjang bulan ni..

DAN..

tarik nak present proposal dah nak dekat..
haih.. baru je rasa macam baru tau tarikh nak kena present..
alih2, pejam celik pejam celik..
rupe2nya, dah esok tarikh tu..

huhu..

cuak la pulak..

ALHAMDULILLAH..


nasib baik saya punya housemate sangat baik hati..
dan prihatin..
pada saya yang sememangnya..
seorang insan yang agak gugup..
bila berdepan dengan situasi nak berdiri di depan khalayak ramai..

em.. ni masalah kekurangan keyakinan diri nak duk depan..
macam mane yek..??

so, housemate sy menyarankan satu benda kpd saya iaitu..
buat pra-presentation..
pukul 1 pagi..hehe.. depan mereka2 (housemate) yg comel..
thnx to kak idi, eani & een..
dengar jg korang ye
+ thnx utk nasihat yg membina..

memang tak dinafikan,
memang banyak benda yg saya kurang..
alhamdulillah
sekurang2nya, buat pra-prsntation tu..
bleh menambah sikit sy punya 'self confident'..

dan baru tadi, coursemate(eEn) baru je selesai present..
bahagian dia dah lepas..mesti da lega kan, een..??
huhu..

apa2 pun, kepada sesiapa yg terbuka+terbaca entry ni..
diharap2kan anda2 +sahabat sy sayang ni..
doakan saya dpt buat yg terbaik utk esok..
usaha + doa.... yg selebihnya, sy tawakkal tu'alallah..

sekian utk ari ni..

p/s : dalam duk pening+cuak ngan presentation esok, sempat lagi layan "Rooftop Rant" yang dah lama beli tapi baru ade mood nak baca.. hehe


Sunday, October 25, 2009

Rambutan oh rambutan..




ohoho...siapakah dia yg bz mengutip buah ini.??


tahun lepas, dalam entry dunia rambutan, ade diri ini mencoretkan sal pegi kebun rmbutan ngn coursemate (anis,Qlah,misah,noG)..tahun ni pun, sy berkesempatan jg. Alhamdulillah, ade rezeki.. tapi kali ni gi ngan orang yang berbeza dan tmpat pun berbeza.. ^__^

ari ni, bersama ngan housemate..menjelajah dunia rambutan yang ade kat sini..pukul 10 lebih,bertolak dari rumah, bawak barang2 yang perlu..smpai kt pak guard, kitorang amek galah nak kait..memang best la..hehe..dah lame tak pegi kebun.mase kecik2 dulu,leh la jugak nak pnjat..tp sekarang, da besar pnjang, aish, tak manis lak nk panjat. tp ekceli dah ready da, klu tade org, nak je pnjat..TAPI, pokok2 tu sume tepi jalan..huhu..kete2 lalu lalang, of course nampak kitorang yg duk khusyuk kait buah..ape2pun, memang best, jatuh satu terus makan.aih, camne nak bawak balik makan kat umah ni..?


hasil yg kitorang dpt stelah kenyang makn kt situ..hehe


p/s : thanx k.idi,k.anum,een,eani..korang mmg best..haha..kenangan kena marah x psal2 ngan org umah tu, akn ku pahatkan di memori..^___*

Thursday, October 1, 2009

Ujian dari Allah

petang tadi, tengah asyik online.. em, sekitar pukul 6 -6.20 petang.. tiba2, rasa lain macam. rasa macam tergoyang-goyang.. terus sentuh lantai, diam dua tiga minit.. sah! bangunan macam da bergegar.. terus, bangun menuju ke bilik.. si Eani duk baring2 lagi rupenye tapi membelakangi sy..

"eani, rasa tak gegaran..?" berdiri di muka pintu dan eani berpaling..
"rasa.. ak ingat ko yang tolak tilam ni.."

hampeh je.. ade ke diri ini di sangka menggoyangkan tilam yg die duk baring2 tu.. hmm..

bunyi bising warga blok dari luar tingkap menarik perhatian sy & eani.. dorang pun turut rasa gegaran tu.. dari aras satu hingga aras tiga...

huhu... 1st time merasa pengalaman duk bangunan yang bergegar... hehe..

selang 20 mnit lepas tu, satu line biru kat televisyen keluar -- menandakan informasi yang terbaru di terima..

mmg betul pun, ada satu gempa bumi kat bahgian Sumatera.. dan sebahagian Malaysia terutamanya kat bhagian Klang n Johor terasa gegaran tu..

ooo..patut pun...

tapi, tade tanda amaran tsunami lagi setakat ni..

mungkin berpunca dari gempa bumi kat bahagian kecil di Amerika pagi tadi, yang mengakibatkan gelombang dari laut jadi tak stabil, dan ade laporan kerosakan yang agak teruk di bahagian negara tu.. tsunami katenye...

bukan ape, sekarang ni.. da makin banyak ujian dan dugaan Allah turunkan kat dunia ni..

gempa bumi, tsunami, h1n1, dan lain2..

sumenye mahu kita kembali ke fitrah asal kejadian kita.. sujud pada Allah..

tapi, orang2 sekarang ada juga yang masih tak insaf2 lagi..

memandang remeh dgn ujian yang Allah turunkan..

sama2 kita berdoa agar kita jauh dari bala Allah..

bulan mulia, bulan syawal ni..

sama2 kita manfaatkan sebaik2nya..

jangan jadi orang yang rugi...

"berpesan2 dengan kebenaran, berpesan2 dengan kesabaran" - Al-asr

wallahu'alam..