CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Tuesday, May 27, 2008

~ Part 2

menjalinkan kasih sayang

Untuk mengekalkan dan meneguhkan kasih sayang, maka amalkan bacaan Basmalah sebanyak 50 kali. Ia di baca pada segelas air & diberi minum kpd org yg dikasihi itu. InsyaAllah, akan berkekalan dan bertambah kasih lagi orang itu kepadanya. Amalan ini boleh dilakukan utk dua org yg mnjalinkan hubungan silaturrahim bagi memastikan hubungan mereka terus kekal dan harmoni. Semoga keberkatan Basmalah itu akan tercapai segala hasrat dan juga impian murni itu. InsyaAllah…

~ yg ni lagi senang mgkin..sbb tade nak bace ayat2 yg susah..juz baca ‘Bismillahirrahmaanirrahiim’..simple..dgn syarat baca sbyak 50 kali…pada air..jangan tersembur air liur dah la..hehe.. [^_^]v ..slmt beramal..

Monday, May 26, 2008

Jemputan ke Majlis Perkahwinan..

huhu..kad kawen paling klakar utk abad ini.. ^_^
harap2 tade la betul2 kad2 ni wujud..
sbb blom smpat nk gi knduri, org yg dijemput dh terguling2 kt tanah..tak tahan gelak..
ape2 pun, congrate la pd org yg meng"edit" kad kawen ni..
hehe.. [^_*]v

amaran !! ~ jgn sesekali anda melakukan perkara ini..dan jgn biarkan kad kawen ni terlepas pd kanak2 berumur bawah tujuh tahun, & pastikan mereka mndapat kwalan dr ibubapa..bimbang senyap2 pegi knduri kawen..haha..


c0upLe..???

salam.. topik ni sy ambil dari salah seorang sahabat sy... . khas utk tatapan semua... maaf andainya terkasar bahasa... utk pengajaran bersama... andai ada yg terasa, maaflah.. sekadar perkongsian bersama.. saling ingat-mengingati..

~ apa perkara yg ber'manfaat' drpd ber'couple':

  1. seronok (dpt fitnah)
  2. seronok (dpt dosa)
  3. seronok (dpt geng dgn syaitan)
  4. dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada)
  5. byk habis duit (lebih baik guna utk sedekah) , sggup berhutang sbb habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung..
  6. byk risau (takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..)
  7. byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek.. kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..)
  8. lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.. lain dah tak kisah..)
  9. menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat tak takut pulak... )
  10. lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA..

~ hasil drpd pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian saya terdapat beberapa sebab yg menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;

  1. byk sek./pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg bertanggungjawab utk mengawal pencampuran ini supaya tidak bercanggah dhn syarak.
  2. perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak.. nauzubillah.. pd pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jln pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... so tak pe la.. dosa pun sikit jer.. nanti dah kahwin settle dan taubat le.. saya bab ni yg payah nak jawab.. ada je alasan dia org utk melepaskan diri. org kata kalu dah nak buat tu memang mcm2 helah. kita nasihat kot sini dia corner kot lain. byk bersabar aje le dan teruskan usaha kita insyaAllah lama2 dia sedar le..
  3. sudah menjadi naluru manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas +ve dan -ve. hasil drpd didikan/pentarbiyahan islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner.. maka terjadinya perhubungan (kawan2) sblm ada ikatan yg sah, dan ada setgh ibubapa dgn selamba kata "tak pe le.. dia org dah besor.. dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yg buruk .. bior le" . betul juga kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg mana baik dan buruk.. tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan...
  4. bertambahnya perempuan yg tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun aurat lain tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. maka ini membuka ruang pd lelaki2 utk memulakan projek mereka.. tak percaya pergi lepak (bukan lepak mcm Mat Lepakian.. lepak dgt tujuan utk mengambil iktibar..) kat KL (kat sini mcm2 jenis org boleh jumpa..) ada yg elok tutup aurat tapi bila bersembang.. tu dia, ketawa kalah lelaki.. lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu.., lelaki apa lagi.. ada chance ni..
  5. ramai perempuan semakin berani.. berani menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dpt byk boyfriend.. mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk dpt awek..
  6. ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek, kalau tak ada awek maka mcm ada satu kekosongan dlm jiwa ... lebih2 lg kalau tgk member2 lain dia ada awek. faktor sekeliling memperngaruhu suasana.
  7. lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia tu pakar dlm bab tackle/meng'ayat' awek .. lelaki ni biasa le EGO.. ego tak kena tempat...
  8. haaa... ni paling memalukan kaum lelaki.. lelaki ni cepat sgt PERASAN so dia pun naik semangat kacau awek. mula2 perasan yg awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye le dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat'/meng'tackle', awek tu pun accept le mat tu. ada juga awek yg manja (dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. maka dianjurkan pd kaum hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. pd kaum adam pula, jgn le dok perasan cepat sgt..
  9. ada kaitan dgn fakta ke-8... perempuan cepat sangat kesian bila tgk lelaki bersusah-payah utk dia. tolong nie tolong tu, tolong buat assingment ke sbg contoh. bila lelaki yg dok tolong tu 'ayat' sikit jer dgn mudah perempuan tersebut termakan kata2 manis lelaki tersebut.. yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi mcm tu...
  10. fakta yg ke-10 ni cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. tujuannya ialah utk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.. ada ngam ke tak ngam ke sebelum berjanji utk hidup semati...

alhamdulillah niat bagus... tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg haram akan tetap haram, sbgmana hadis Rasulullah yg bermaksud:

Drpd Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir ra :sabda Rasulullah S.A.W "Sesungguhnya yg halal itu nyata dan yg haram itu pun nyata dan di antara keduanya ada perkara yg kesamaran, yg tidak diketahui oleh kebykkan manusia, maka brgsiapa yg memelihara (dirinya dr) segala yg kesamaran, sesungguhnya ia memuliakan bgnya agamanya dan kehormatannya..."

(Mutfaq'alaih)

~~ begitulah kata2 dr saudara kita.. apa yg ingin ditambah oleh sy ialah...

  1. sesunguhnya perjumpaan (keluar) antara kaum adam dan hawa itu salah melainkan ditemani mahramnya... .
  2. cintailah pasangan anda kerana Allah dgn cinta yang berlandaskan keimanan dan bukannya kerana hawa nafsu...

Nauzubillahi min zalik... Wallahu'alam...

Sunday, May 25, 2008

Amalan Sebelum Tidur

Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi ) Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :

"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

  1. Sebelum khatam Al Qur'an
  2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir
  3. Sebelum para muslim meredhai kamu
  4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.... ''

Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

"Jika engkau tidur bacalah :

  • Al Ikhlas 3x seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Qur'an. "Bismillaahirrohmaanirrohiim,Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakullahuu kufuwan ahad"( 3 x )
  • Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. "Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaaMuhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad" ( 3 x )
  • Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. "Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuumwa atuubu ilaih" ( 3 x )
  • Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah. "Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaahaillalloohu alloohu akbar "(3 x )

gambar sekadar hiasan

~ Part 1

utk menambah kasih sayang

“ Ya wadud” yg bermaksud “wahai Tuhan Yang Maha Mencintai” perlu dibaca sebanyak 1000 kali pd makanan. Berikan makanan itu kepada org yg dihajatkan utk menambahkan kasih dan sayangnya. Semoga keberkatannya akan menambahkan lagi kasih sayang orang yg diharapkan kpd pengamalnya. Segalanya dgn izin Allah jua.

~ dlm idup, kita punya fmily..x kirala, family besar ke kecik ke..tp kita ttap dikelilingi dgn insan2 yg tersayang..dan dlm usaha utk mngukuhkan serta menambahkan kasih sayang, apa salahnya kalau kita mencuba dgn usaha yg baik seperti amalan di atas.. sekurang2nya ia tidak bertentangan dgn ajaran Islam..apa yg sy ingin katakan, dlm arus serba moden ini, walaupun name je moden, masih ada manusia2 yg mengamalkan amalan khurafat dan bertentangan dlm ajaran Islam semata2 ingin menakluki kasih sayang seseorang..ya, niat mereka baik..utk mendapatkan kasih sayang & perhatian..tp caranya salah..dlm Islam, tiada cara yg menghalalkan apa yg haram dan mengharamkan apa yg halal..sgalanya bergantung pd iman kita..iman dan amal amat berkaitan..berbalik pd hal tadi, kbyakkan manusia skrg lbih mempercayai bomoh atau dukun2, mngamalkan cara yg salah utk menundukkan seseorg..apa2 pun, minta2 benda itu semuanya jauh dr kita..krn syaitan x akan senang slagi kita tidak tunduk pd mereka..nauzubillahi minzalik..selamat mengamalkan bacaan “ya wadud”..insyaAllah… ^_^

Salam ceria...^_*

Assalamualaikum wbt..
Sgl pujian bg Allah Ta’ala, Tuhan yg mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Sebuah buku yg bertajuk “ 65 Amalan Pelembut Hati” dihadiahkan kpd sy sempena ulang tahun kelahiran sy baru2 ini. Syukran jazilan, sy ucapkan pd insan yg amat sy sayangi & kasihi utk hadiah itu. Amat bermakna..insan yg mngandungkan & melahirkan sy malah membsarkan sy sehingga skrg..my mother..jazakumullah khairan kathiran, emak.. waktu cuti ini, sy manfaatkan dgn mmbacanya serta mengamalkannya…insyaAllah..setiap perbuatan itu dimulakan dgn niat..So, sy mula terfikir, apa salahnye kalau kita berkongsi ilmu yg kita ada,kn..?dan itulah tujuan sy membuat blog pelangii ini..sekurang2nya, ilmu yg sy ada, dpt dikongsi dgn sahabat2 di luar sana..dn niat yg ikhlas utk kita sama2 manfaatkannya..insyaAllah..perkara yg baik2 jgn disimpan2kan..ye x..?

Sy akn bahagi2kan part2 yg spatutnya di dlm blog ini..dr smasa ke smasa, sy akan postkan part2 yg sy rasa sesuai..so, hrap2 sahabat2 di luar sana dpt manfaatkannya & mngamalkannya..insyaAllah..salam syang dr sy, nur pelangii ^_^

p/s : info berkenaan buku ini :

65 Amalan Pelembut Hati

Hanif Hj. Ghazali

Terbitan : Madrasah Zubaidiyah

Harga : RM 10.00

p/s 2 : seeloknya anda boleh membelinya sendiri krn sambil membeli ia boleh menderma krn hasil jualan buku ini akn digunakan utk membiayai pengurusan, pengajian anak2 yatim & mengisi dana pembanguanan Madrasah Zubaidiyah, Kedah.

Sekadar mengingatkan kita semua..

...dan utk diri sy sndiri jg..

1) Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak 5 kali :

  • Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
  • Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
  • Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
  • Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillahirrahmanirrahiim sebagai penawar.
  • Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan “Laa Ilahaillah, Muhammadar Rasulullah”,supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

2) 5 Jenis Racun dan 5 Penawarnya :

  • Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya.
  • Harta itu Racun, Zakat itu ubatnya.
  • Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya.
  • Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya.
  • Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

3) Ada 4 dipandang sebagai ibu, iaitu :

  • Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN
  • Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA
  • Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BERBUAT DOSA
  • Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR

4) Orang yang tidak melakukan Solat :

  • Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
  • Zohor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinyac
  • Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
  • Maghrib : Tidak dihormati oleh anak-anaknya.
  • Isya’ : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya


"Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran"

Saturday, May 24, 2008

Takdir kematian

Takdir selalu mengintai di setiap negeri
Takdir pula bersiaga menghancurkan setiap hamba
Kau pasti akan melihat nasib sebuah kaum yang kau jumpai
Sebagaimana yang menimpa kaum Tsamud dan 'Ad
Apakah kau ingat apa yang terjadi pada Bani Asfar, ahli bangunan dan penakluk gunung?
Apakah kau ingat apa yang terjadi pada Bani Sasan, yang menjadi benteng yang ganas dan hitam?
Di manakah Daud dan Sulaiman, panglima yang mempertahankan pasukan?
Di manakah Namrud dan anaknya, di manakah Qarun dan Haman yang mempunyai banyak tentera?
Semuanya tenggelam dalam pusaran takdir dan tidak pernah muncul kembali
Lupa ataukah kamu pura-pura lupa terhadap takdir kematian?
Apakah kamu lupa terhadap hari perpisahan dengan anak-anak?
Apakah kamu lupa terhadap kubur?
Yang akan menjadi tempat tinggalmu, ditemani kehinaan, kengerian dan sendirian
Di hari apakah kamu akan dijemput ajal?
Ketika itu kamu dipanggil... dan kau tidak mampu menjawab
Di hari apakah perpisahan itu terjadi, saat seluruh isi tubuhmu tergoncang?
Di hari apakah jeritan itu, ketika wajah yang ceria dan indah, kini muram
Mereka menangisi mayatmu dan berdukacita. Dengan hati dan jantung berdegup kencang
Tangis yang nyaring silih berganti. Air mata berlinang deras tiada henti
Di hari apakah, saat kita tegak berdiri di hadapan Allah?
Saat terjadi penghitungan amal dan persaksian
Di hari apakah kita nanti akan dibebaskan dari neraka, azab dan belenggu?
Berapa...berapa banyak para raja yang kini menghuni kubur?
Berapa...berapa banyak para panglima perang yang kini kaku di alam baqa'?
Berapa...berapa banyak ahli dunia yang terbujur di liang lahad?
Dan berapa banyak mereka yang zuhud kini membisu ditelan tanah?
Semuanya tenggelam dalam takdir kematian, tanpa dapat lagi keluar darinya...


~Malam Pertama Di Alam Kubur
~Darul Nu'man

How to spell....



Salam alaik..today,we learn how to spell..emm..how to spell FRIENDSHIP...how to spell FRIENDSHIP..??
It easy to us to spell it..jus say F.R.I.E.N.D.S.H.I.P..right..?then why i'm asking how to spell it..?bc0z i've one way to spelling it..here..

F ~ Forgive each other

R ~ Refresh each other

I ~ Invest each other

E ~ Encourage each other

N ~ Nurture each other

D ~ Depend each other

S ~ Share each other

H ~ Help each other

I ~ Inspire each other

P ~ Pray for each other
kdang2 tu nk spelling FRIENDSHIP senang...tp nk faham ape mksudnya yg betul2 memberi mksud yg sbenar,susah..tp tu la..kwan mmg senang nk cari..nak2 time happy..senang je dpt..tp bila time kt sedey ke..sunyi ke..jrang nk dpt kwan yg btul2 dpt teman kita kn..?Alhamdulillah,masih ada sahabat yg sudi dgar msalah sy, happy kan sy, temankan sy, and ape2 saje...thnx 4 evrythg, my fren..moga ALLAH saja yg dpat balas jasa anda..huhu..so,today i juz want 2 spelling FRIENDSHIP only..ngeh ngeh..F.R.I.E.N.D.S.H.I.P...

Wanita Solehah


"Wanita..hiasan dunia. Seindah hiasan adalah wanita solehah. Yang akan membahagiakan syurga di dalam rumah tangga.."

Diri & senyuman...


Peliharalah akhlakmu krn ia adalah KEHIDUPANmu...
Peliharalah agamamu krn ia adalah NYAWAmu...
Peliharalah budi pekertimu krn is adalah LUKISAN HIDUPmu...
Peliharalah amalanmu krn ia adalah PAKAIAN UKHRAWImu...
Peliharalah lisanmu krn ia adalah HATImu...
yang menentukan baik buruk DIRImu...


Utk santapan rohani kita...renungkanlah...


Jangan sesekali kita meremehkan sesuatu perbuatan yang baik walaupun hanya sekadar senyuman... =)

Jika aku jatuh hati...


...Bismillahirrahmaanirrahim...

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana , jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....

Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....

Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.......

Amiin.....

Friday, May 23, 2008

~ Mencari Kekasih - Zaharah Muhammad

Emak..ayah..dan keluarga yang kucintai...

Bukan salah kalian bila aku jadi yang terbuang antara yang belum hilang. Biarpun jasadku hancur, mudah-mudahan ia akan terus berlegar di muka bumi. Moga kita akan bersatu di jannah yang abadi...

Ahmad Naim,

Inilah kasih sayang yang kutulis bersama cinta dan luka. Yang tak dapat kuluah dengan kata-kata, tak dapat kuucap dengan bibir. Yang tak dapat kubuktikan dengan apa-apa selain daripada sedalam cinta yang kurasa.

Apabila dedaun senja mula berguguran di sepanjang pelabuhan malam tiba untuk menunaikan janjinya... aku tetaplah sekuntum bunga putih yang gugur di luar jendela, terbenam ke dasar bumi... biarpun telah kuserah semua rasa tanda cinta. Sebuah cinta yang tidak kesampaian di dunia, berguguran kelopaknya jatuh ke gigi air. Lalu hanyut bersama buih-buih dan tenggelam ke laut dalam. Mencipta sebuah lagi episod cinta di antara berjuta cinta manusia lara!

Ahmad Naim,

Akan kuusung jenazah cinta untuk berangkat dari pelabuhan senja, melewati batasan akhir garis wajahmu untuk menyilang di pelupuk mataku! Hingga tiba masa terakhirku... pun hatiku tetap juga ingin menantimu. Menanti rahmat Tuhan untuk hidup bersamamu...

Sebuah lagi karya Zaharah Muhammad(ZM)...selepas dua karyanya sblum ini yg pernah sy habiskan.. Kali ini, karya ZM membawa sedikit kelainan, malah lebih tebal mukasuratnya berbanding "maafkanlah.. aku" dan "hatiku milikmu"..Menanti Kekasih setebal 776 m/s, tlah sy habiskan dlm masa satu malam shj..huhu..amazing..^_* mungkin kisahnya berkenaan kehidupan sebuah keluarga yang besar dan suka duka menjadi seorang tenaga pengajar di sekolah yg mana pelajarnya kbykkannya berstatus hafiz..lebih2 lagi suka duka melayan karenah guru besar yg pelik..(mmg pelik pun..)

Tapi terlalu byk monolog sendirian berbnding perbualan.. walaupun sy tlah mmbaca buku ini akhir tahun 2006..(huhu..dah lama dah..)...tp sy masih mngingati bab2 yg pnting..apa yg sy nk ulas di cni..bg yg gemar mmbaca madah2 indah..kata-kata nasihat yg berbaurkan keindahan Islam..sy kira buku ini orite menepati citarasa anda..tp kalau yg gemarkan kisah2 cinta yg meleret2, kisah romantik..hehe..buku ini langsung tak sesuai utk ansa..kekasih di sini bukan mmbawa maksud pasangan hidup sgt...lebih kpd ketuhanan..

Diselitkan jg dgn kisah cinta yg tak kesampaian..dari bertunang,akhirnya putus...mungkin bg sy wataknya terlalu..terlalu ape ye..sy pun xtau..terlalu pendiam mgkin..diam & mnympan perasaan..hnya menanti & m'hrapkan sbelah pihak yg laen berkata2..tp ape2 pun watak Zainab yg mmbawa watak utama,ade keistimewaanny tersendiri..apa2 pun..jodoh,ajal,pertemuan...semua di tangan Allah..

Tapi apa2 pun..buku nie bgus dr susunan cerita, plotnya, sesuai dgn tajuk (bg yg menbacanya)..dan bg sy tidak rugi memilikinya.. =) drpd 5, sy beri 4… karya terbarunya,"Izinkan mimpi berulang"..dlam proses pengkhataman..insyaAllah..sy akan ulas buku Izinkan mimpi berulang next entry..wassalam.. =)



p/s : ZM smpat menyelit sedikit watak Sufi & Sufian ( dr buku maafkanlah…aku) di akhir penghujung buku ini…teringin mmiliki peribadi seindah Sufi..insyaAllah..seiring dgn usaha dan doa.. =)

sahabat..??


kawan...teman...sahabat...

"Teman yg paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya mengingatkan kamu akan mati..."


Allah swt telah mnciptakan semua makhluk di atas muka bumi ini berpasang2an... Begitu juga dgn manusia, tak de yg akn hidup bersendirian(sorang2 diri..)...setiap ord prlukan teman..ya..kawan..sahabat...dan segala perkataan yg seangkatan dgnnya...kt tak bleh lari dr hakikat berkwan dan menjadi kawan kpd sesorg...sy sndiri pun..punya kwan dan mnjadi kawan kpd kawan..agak ganjil ayat ni tp ade maksudnye..





Andai kata, wujud la sorg hamba Allah yg x ske berkwan, tak suka mencari kwan..mlah yg teruk, menghalang org lain menjadikan dirinya sbg kwan..adlah sesuatu yg dianggap pelik..dan yg pling pastinya lgsung tak memenuhi ciri2 sbg seorang manusia yg normal..anda normal atau tidak.???free punya soalan ni..hehe..jwab dlm hati je..kalau ye,alhamdulillah la,anda seorang normal..tp klu tak,saranan sy "sila dapatkan rawatan psikologi & kaunseling"..hehe..^_^..juz kdding..

Dlm Islam, faktor memilih kwan amat dititik beratkan. Hubungan p'shbatan adlah hubungan yg sgt mulia, krn kawan memainkan peranan yg penting dlm m'bentuk personaliti individu. Ada kawan yg sanggup bersusah-payah & rela berkongsi duka bersama kita, & ada jg kwan yg hnya nmpak muka waktu kita senang dan hnya sanggup kongsi hal2 gembira saje. Cuba tnya pd diri kita sndiri...dr jnis manakah kita ini dlm berkawan..?..answer it by urself.. ^_*


Pendek kata la kn..sahabat ni amat penting dlm mnentukan corak hidup kita. that's why, nk pilih kwan ni, mesti hati2..if tersalah plih kwan, buruk padahnya..ini sesuai dgn maksud hadith Rasulullah saw :


"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya"
(hadith riwayat Abu Daud)


So..conclusionnya..teman ke..sahabat ke..kawan ke..adlh something yg important in our life..lebih2 lagi kalu kita ni bergelar student..huhu..kwan penting sgt..nak2 klu bab2 stdy group nie (bg mereka2 yg ske stdy group..)..apa2 ilmu dpt dikongsi sama..tp 2 la..cari kwan biar btul2..2 je la sy pnya nasihat..Alhamdulillah, utk kwan2 yg de kt luar sane yg selama nie byk membantu sy..syukran byk2..last but not least, berhati2 la nk pilih kwan sbb kwan bleh jadi cermin peribadi seseorang..Berkawanlah kerana Allah utk mencari redha-Nya...wallahu'alam



...miss my frenzz...

Thursday, May 22, 2008

Salam Ukhuwah..

Salam alaik...

Sgl pujian bg Allah SWT, Pencipta & Pemilik skelian alam... dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..ahli keluarga bginda, shabat2 baginda...

Alhamdulillah hi rabbil 'alamiin..dgn lafaz syukur, sy pnjatkan ke hadrat Ilahi krn..coretan yg xseberapa ni lahir jg akhirnya..smg ilmu2 yg sy ada, dpt dikongsikan dgn teman2 di luar sn.. & jg komen2 yg sy kira dpt membantu sy utk menjdi lbih baik dr skrg..insyaAllah..

Sy bukanlah seorg hamba Allah yg pandai berkata2..tp hnya mampu utk meluahkan kata2 dlm cara sy sndiri... hnya mampu mncoretkan apa2 yg terdaya.. dan menegur hnya pd kekuatan yg sedia ada.. sesungguhnya tiada satu pun makhluk Allah yg sempurna melainkan DIA...

Di sini... sy titipkan sebuah puisi (dr teman..) ... hayati & fahamilah.. serta tanamkanlah keinginan utk memilikinya..insyaAllah..salam ukhuwah dr sy.. ^_^

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih AllahSusah dan senang rela bersama…

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan…

Mengalir air mataku
Dengan pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga…

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah….

Tabahlah jiwaku
Setabah ummi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar….

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah….


Sebuah puisi yg sy kira amat2 memberi makna yg besar utk diri sy & juga muslimah2 di luar sn, yg inginkan title "wanita solehah"..ya, wanita solehah..bukanny skadar title, tp memiliki keperibadian sbg seorang wanita solehah..siapa yg x mahu title itu..? wanita solehah.. impian setiap muslimah & diri sy jg.. mudah2an Allah memperkenankan doa sy utk mnjadi wanita solehah yg benar2 solehah...amiin..