CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Tuesday, December 9, 2008

daun limau purut

salam.

Daun limau purut dgn kisahnya di musim cuti skolah..

"adik, tolong pergi rumah mak cik dot dot. Bagitau, mak nak daun limau purut ye.." ujar si emak pd anaknye.

"adik tak kenal daun tu.." balas si anak.

"La, senang je nk kenal. Daun tu ada bau kuat. ala bulat-bulat sket daunnya." balas si mak dari dapur.

"suruh akak la.." si kakak bersahaja dgn novel di tangan.

"Pergi je la..tanya mak cik dot dot tu, yang mane daun limau purut. Nanti adik ambik je la.." kata si emak lagi. Si anak pun terus pergi.

2 minit kemudian...

Si kakak menala pandangan di pintu, merenung si adik yang baru balik dr rumah jiran, memetik 'daun limau purut'. Si kakak merenung sesuatu yg disembunyikan di belakang si adik. Si adik terus ke dapur dengan langkah kajunya. Tiba-tiba, si emak tergelak.

"Ni daun pokok bunga la, dik.." Si kakak tersengih . Dalam hati, " dolu2 pun, aku pun tak kenal jg waktu seusia adiknya. hihi.."



Wednesday, December 3, 2008

Renungan buat semua...

Salam 'alaik..

Pernah 2 3 kali waktu sy nk study mlm2, kunun2nya nk stay up. smbil2 layan secawan nescafe 3 in 1 ( utk tahan ngantuk) & enset kt tepi. Smbil2 buat latihan, sambil2 dgar lagu & celoteh dj radio. tak ambik pusing sgt sbb mata dah ngantuk sbnarnya. tiba2 kuar satu sajak, yg sy pasti mmg selalu di keudarakan di saluran radio ni (IKIM.fm). Sya hayati kata2 dlm sajak tu. sy cuba salin, tp tak sempat mane klu baru kali pertama mendengarnya. Last2, setiap kali kuar je sajak tu, sy edit mane2 rangkap yg tertinggal. Akhirnya dpt, full satu page kertas A4. hehe.. usaha tangga kejayaan kan..

kdang2 smpai sajak tu bermain2 kt mulut. tak lama lepas tu, sy terjumpa sajak ni dlm laman web (sy lupa forum mana).. ada jg yg sy tertinggal rangkap rupa2nya.. hehe.. sy copy.. nk jadikan entry kali ni.. Untuk renungan. bait2 katanya indah, sesuai untuk kita mentarbiyyah diri sendiri. bleh jg nk jadikan pedoman utk masa akn dtg.

:: Renungan Buat Semua ::

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan

Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna
Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia...

Bersama-samalah kita renungkan..
kerana kadangkala kita lupa siapa kita sebenarnya..


p/s : salam aidiladha..

Tuesday, December 2, 2008

hujan..

Salam 'alaik...
.
Sejak dua menjak ni, jarang nak nampak matahari.. pelangi lagi la.. asyik mendung, ujan, mendung, ujan.. sejuk2 cenggini, mmg best kalu lyang msakan panas (duk umah, asyik mkn jer... adeyh..). 2 ari yg lepas, t'paksa redah ujan rintik2 nak ke suatu tmpat. Tapi biasala, dgn motor, bkanny keta. bsah ttp bsah, tp tak la kuyup. berenti kat satu simpang, sambil2 nunggu lmpu isyarat jd ijau, mata tertoleh ke sisi. ade sbuah motosikal yg dibonceng 2 orang lelaki.. remaja.. bdak skolah lg ni.. mungkin la.. ape y smpat sy perhati, dua2 tak pkai topi keledar (dsyat jg ye bdak 2 orang ni..polis tade lak nk lalu kt cni..hehe..). hamba Allah yg kt depan, duk bershaja dgn lagak muka selamba... hamba Allah yg kt blkg plak, tertunduk2, maen enset (sy agak, maen2 mesej).. isk, klu tak ujan, sy terima jg. ni dlm ujan2 rintik camni, tak bertopi keledarnya lagi, rela maen enset.. huhu.. apa nk jadi dgn dorang ni. sy tak perhati lama, bmbang dorang kate "ape tenung2 anak orang?!" , tak ke naya.. hehe.. sy menala pndangan ke depan, tgok warna lmpu isyarat. masih merah. dlm ati, tak berenti doa, moga2 ujan tak lebat. lmpu isyarat tak berubah ijau lagi, motor kt sblah sy trus meluncur laju ke depan. nsib baek, knderaan laluan sblah sane da tade. tp yg sy tmbah trkejut lg, kawannya yg kt blkang tu, xdpt isyarat dr hmba Allah kt dpan yg nk tkan minyak moto, tersentak ke blkg, trus paut baju kwan kt depan. nsib baek tak jatuh, klu tak.. bley wat drama tak berskrip kt situ.. haila, remaja zman skrg.. [-.-]'
.
**************************************************
.
sbb da lame tak ley nk buka blog. sume benda nk explore. nak cek itu, ini, begitu, begini.. mneruskan xtvt membaca blog org.. donlod lagu2.. baca artikel.. dan sebagainya.. mmg terasa kekosongan jg tnpa internet ni.. hehe.. da terbiasa dgn xtvt ber'blog'.. agak susah ni.. huhu..
terjah laman web iLuvislam.com yg da lame tak jenguk.. byk artikel, tazkirah, puisi, dll yg terbaru.. elok2 je tgh berceloteh psal remaja, terbace puisi ttg remaja... copy paste letak kt cni, skdar nk berkongsi..dituju untk remaja2 di luar sana yg hanyut leka dlm dunia msing2..
.
Dunia remaja
.
Semendung awan,
Rintikan-rintikan hujan berjatuhan,
Hatiku mendayu-dayu,
Fikiranku bercelaru,
Mengapa hingga detik ini diri ku masih di sini?
Masih bersama-sama mereka yang berhempas-pulas dengan pelajaran.
Tetapi aku?
Masih berkhayal di alam fantasi,
Masih gagal mencapai gugusan bintang di awangan,
Masih melayan nafsu yang bukan-bukan,
Leka dengan cinta di alam remaja,
Leka dengan kiriman surat-surat bunganya.
Membaca,
Tetapi fikiranku jauh melayang.
Melayang tentang si dia.
Aku masih mampu tersenyum,
walau rekodku merah-merah belaka.
Masih gembira hatiku walau dimarahi guruku.
Melayang fikiranku hanya pada si dia,
Berbunga-bunga hatiku,
Kerana ada si dia menunggu “sms” ku.
Dia meracuni fikiranku,
Hingga aku tidak mampu mencapai tahap kewarasan akalku,
Mengapa aku tidak boleh berubah?
Seperti ada tarikan magnet utara dan selatan.
Yang tidak mampu memisahkan ku.
Aku terkedu sendirian.
Hanya waktu mampu mengubahku.
.
**************************************************
.
p/s : jelesnye, org da pkai kete skrg.. hehe