CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Showing posts with label ~ pena cinta ~. Show all posts
Showing posts with label ~ pena cinta ~. Show all posts

Saturday, August 9, 2008

When my mother say about her wish...

Salam alaik...



Aku suka melihat wajah ibu. Sering kurenung wajah tenang ibu tatkala dia sering berbicara denganku walaupun aku masih belum dpt mengerti bait2 kalimahnya... Ibu tahu walaupun aku belum dpt mengerti, Ibu yakin aku dpt mengingati.. Saat ibu bercerita, aku curi2 pandang matanya… yg bersinar riang menterjemahkan kebahagiaan yg dikecapi…


Lembut wajahnya… memancarkan tawadhu’ di dlm limpahan kesyukuran. Garis2 halus wajahnya melambangkan ketabahan. Lunak suaranya penuh kasih sayang dlm ketegasan. Ibu mengungkapkan kata2nya sambil membelai2 rambutku,
"Wahai anakku, ketahuilah asal usul dirimu… Engkau lahir dari harapan seorang ibu yg pernah kuukir dahulu, sebuah harapan yg kufikir tinggal harapan, namun keindahan tawakkal telah menjadikannya suatu kenyataan.."


"Ibu tidak merasa terlalu awal untuk menitipkannya untukmu kerana ibumu ini mahu kau membesar dgn fikrah seorg wanita solehah. Kelak akan kuulangi nasihatku bila kau sudah dewasa, supaya pada ketika itu kau tidak merasa asing dengan mutiara2 nasihat ibumu ini.Dan seandainya ditaqdirkan ibumu tidak berkesempatan, diriku tidak akan mesyesal kerana telah pun menyampaikannya kepadamu, permata hatiku."

"…dlm keluarga, dirimu umpama madrasah yg akan mentarbiyyah pejuang2 Islam. Sesungguhnya Baitul Muslim soleh harus mempunyai madarasah yg solehah kerana dari Baitul Muslim yg soleh akan lahirlah masyarakat dan Negara yg soleh wal muslih.

Anakku,
Andai kau ingin memilih pendamping hidupmu,
Usahlah dilihat pd sebuah kesempurnaan krn manusia tiada sempurna. Dia perlulah seorang yg mencintai Allah dan mengasihimu kerana Allah.


Carilah dia yg menerimamu seadanya sbg seorg wanita,
Yg seikhlas hati mengasihimu sbg isteri,
Yg jujur padamu sebagai teman hidupnya,
Yg memuliakan dirimu sbg ibu kepada para zuriatnya.
Yg memahami hakikat dirimu sebagai hamba yg punya kewajipan kepada Pencipta.
Yg mengobarkan semangatmu untuk istiqomah di medan dakwah.

Siapa pun dia yg telah ditaqdirkan Allah buatmu...
Terimalah segala kelebihan dan kekurangannya,


Kekurangannya menterjemah hakikat dirinya sebagai seorang hamba.
Yg harus kau terima dgn penuh lapang dada.


Kelebihannya bermaksud Allah menginginkan kebaikan buat dirinya dan menganugerahkan ketenteraman ketika kau bersamanya.Yg harus kau terima penuh kesyukuran tanpa bangga.


Carilah dia yg memahamimu secara realiti,
Bukan menganggapmu bak bidadari,
Kelak ditakuti hatinya akan kecewa.
Hanya kepadanyalah, yg telah halal bagimu akan kau curahkan
- Kepatuhan dan penghormatan..
- Pengorbanan dan kesabaran.
- Cinta dan kasih sayang

- Senyum manis dan belaian

Hanya padanya anakku, tidak sesekali lelaki ajnabi, mujahadahlah untuk memelihara kemuliaan dirimu semata2 mengharap redha Allah.

Lalu, kau didiklah zuriatnya yg kau lahirkan dgn penuh amanah dan rasa tanggungjawab. Sejak zuriatmu di dalam kandungan lagi, perhatikanlah akhlakmu, makananmu, agar darah yg membentuk dirinya dr sumber yg suci. Perdengarkanlah dia dengan alunan zikir dan Kalam Ilahi. Agar bila lahirnya nanti perkara kebaikan adalah kebiasaaan dirinya. Isi semangat ingin tahunya dgn mengenal Allah, sunnah Rasulullah,para sahabat dan sahabiah. Lenturlah lidah lembutnya dgn sebutan zikir dan bacaan alQuran. Serikan hidupnya dgn keindahan bi’ah solehah qudwah hasanah dari ibu dan ayah. Hiasi dirinya dgn keindahan akhlak jua kecintaan pd ilmu. Susuli perbuatan baik dan kejayaannya dgn pujian diiringi rasa tawadhu’. Iringi setiap kesalahan dan silap perbuatannya dgn teguran berhikmah dan penuh kasih sayang. Doronglah dia sentiasa supaya tetap berjuang di medan dakwah, memimpin ummah menuju hidayah. Lazimi dirimu dgn taqarrub ilallah, sesungguhnya jalan menuju Allah tidak dihampari karpet merah. Malah berliku jua banyak halangannya. Walau apa jua yg kau terima dr Allah, samada yg membuatmu suka mahupun berduka, kembalikan segalanya kepada Allah. Kerana dariNya kita datang dan kepadaNya jua kita akan kembali.

Semoga kau tabah anakku menghadapi ranjau kehidupan, doa ibu akan sentiasa bersamamu walau di mana dikau berada. Carilah dan tambahkanlah ilmu dari pelbagai sumber ilmu dan pengalaman. Moga dikau menjadi penerus rantaian perjuangan ibu ayah. Semoga kau menjadi saham kebaikan buat ibu dan ayah di akhirat. Maafkan kami seandainya terdapat kekurangan pada didikan kami padamu kerana kami juga manusia biasa yg penuh kelemahan.”

Kumerasakan dingin dahiku dikucup ibu penuh kasih, hangat air matanya menitis ke wajahku… sungguh bahagianya aku memiliki insan mulia sepertimu, ibu. Alhamdulillah. Terima kasih ibu. Semoga aku dikurniakan keizinan dan kekuatan untuk memenuhi harapanmu, ibu.

Dan aku jg mengharapkan pasangan hidupku itu seorang yg menyintai Allah dan menyayangiku seadanya kerana Allah... merindui Allah dan mengasihiku jua kerana Allah.. dan dialah lelaki idamanku... dia yg ibu harapkan untukku... walaupun, aku tahu tiada lelaki yg sempurna di dunia, tapi cukuplah sempurna di mata hati keimananku jua pandangan di sisi Allah.. Seorang lelaki yang aku idamkan ialah seorang buta, bisu, bakhil dan papa…




Biarlah dia seorang yang buta
Buta, kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah.
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpamanya.

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan lantang menyuarakan kebenaran.

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAA ILAA HAILLALLAH kembali megah di muka bumi.

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan tak bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada yg syahid di jalan Maha Esa.

Persoalannya..

Adakah masih ada lelaki idaman itu..??



p/s : kelebihan cinta antara manusia hanya dirasai selepas melalui ikatan perkahwinan.. itulah janji Allah (^_^)

Tuesday, June 17, 2008

Bahagia..











Renungkanlah sedalam2nye..^_^



~~~~~~~~~~



Jodoh ade kaitan dgn keturunan..??? tak. Jodoh tade kaitan dgn keturunan. Hnya blum smpai masanye. Ia bgai menanti jmbatan utk ke seberang sana. Klu pnjang jmbatannya, panjanglah masanya utk kita smpai ke sana. Ada org, jodohnya cpat sbb jmbatannya singkat. Bg sy, usia 25 tahun, masih belum terlewat. Dan usia awal 30-an, belum apa2 klau spnjang masa itu digunakan utk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan & keinginan kita itu dlm doa2 lewar solat. Allah Maha Mendengar.



_-_-_-_-_-_-_-_



Wanita baik utk lelaki yg baik, sbliknya wanita yg jahat utk lelaki sprtinya. Biar lambat jodoh, asalkan kita dpt Mr. Right & jgn biarkan diri drpd mnjadi mgsa lelaki yg x beriman kmudian nnti. Nauzubillahi minzalik..



_-_-_-_-_-_-_-_



Mmmg kita mudah silap menafsirkan sesuatu dlm khidupan ini. Kita sllu sngka, 'sy pasti bahagia kalau mendapat ini'. Hakikatnya, bila kita mndpt sesuatu yg kt inginkan itu, ia jg dtg bersama dgn masalahnya.



_-_-_-_-_-_-_-_



Kita jg sllu melihat org yg memakai kereta mewah di jalanan & terdetik dlm hati kecil kita 'alangkah bahagianya jika kita menjadi org itu & memiliki apa yg org itu miliki'. Dan tak mustahil pula org yg memandu kreta mewah itu (walaupun x mewah mane..), perlu membayar sesuatu dgn bayaran lebih waima beli durian kt tepi jalan. Org laen beli dgn hrga biasa, tp dia,hrga yg lbih dr yg biasa...



_-_-_-_-_-_-_-_



Situasi ktika terperangkap dlm kesesakan jln raya, motosikal2 dtg mencelah2 utk ke hdpan, dan kita yg berada dlm kereta xdpt nk berbuat begitu & mngeluh kecil 'alangkah bahagianya klu sy hanya menunggang mtosikal itu & cpat smpai ke tmpt yg dituju'. Padahal pd si penunggang mtosikal itu pula berfikir dlm pd masa yg sama 'bilakah dia akan dpt memandu kereta spt itu'.









Bukan semua yg anda sngka membahagiakan itu benar2 membahagiakan anda. Bahagianya mungkin ada, tetapi deritanya juga datang sama. Semua perkara ada baik & buruknya.






Demikian dgn perkahwinan. Ia perkara yg baik,dibenarkan dlm agama, sunnah nabi. Tapi, lihat pd keadaan skrg, ramai yg berkahwin kmudian tak smpai dua tiga empat bulan, da dgr citer nk bercerai. Mcm sudah jd trend. Perkahwinan aka alam rumah tangga ni satu permainan kah...?Sedih lihat situasi skrg. Kalau dulu, bukan maen berjanji bermati2an, sanggup berkorban apa saja utk berkhwin.. Jika x snggup b'gelar isteri, xusah tergesa2 utk berkhwin... Jika merasakn diri blum cukup ilmu utk bergelar ibu @ ayah, belajar2lah dulu. Jika merasa belum ada tahap kesabarn yg baek utk layan karenah anak2, belajar lah bersabar dulu.



_-_-_-_-_-_-_-_



Berkahwinlah anda demi Allah & nabi-Nya, bukan krn tuntutan nafsu, perasaan & mengikut kebiasaannya. Jodoh, usah terlalu risau, tiba masanya, ia akn dtg mnjemput, namun perlu juga utk anda m'buka lorong2nya agar jmputan itu mudah smpai & tak dihalang.



_-_-_-_-_-_-_-_



Seorg teman pernah menitipkan 1 pesan:









"Kadang2 Allah sembunyikan matahari...



Dia datangkan kilat dan petir...



Kita menangis dan tertanya2...



Ke mana hilangnya sinar..



Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi.."



_-_-_-_-_-_-_-_



~ sekadar utk renungan bersama..sbb sy de terbaca satu luahan seorg wanita yg katanya umurnya hmpir menjangkau 30-an dlm tp masih belum jumpa jodohnya..luahan dlm satu bhgian sesi soaljawab agama dlm paper..lantas, sy teringin nk tulis psal bhagia & jodoh ni..w/pun, ilmu xbyk mane, tp sy tau sikit2 jg...juz nk share pndngan..bahagia pun bgitu jg..susah kt nk anggap sesorg itu bnar2 bhagia dgn dirinya..bahagia tu terlalu susah utk digmbarkan, mlah ditulis dgn kata2..bhgia itu mgkin seindah warna2 pelangi..nmpak indah, tp nk pegang, mmg xmmpu...bhgia kita dgn bhagia org laen, tak same..msing2 ada pngrtian bhgia sndiri..itu pndpt sy la..hehe..anda bahagia..?sy bhagia..tp kdang2 ada dukanya jg..ini utk renungan bersama...






Org yg bahagia itu akan selalu menyediakan waktu utk membaca krn membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu utk tertawa krn tertawa itu muzik jiwa, menyediakan waktu utk berfikir krn berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu utk beramal krn beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu utk bersenda krn bersenda itu akan buau seseorg itu muda sentiasa dan menyediakan waktu utk beribadah krn beribadah itu ibu kpd segala ketenangan jiwa.




Wallahualam..wassalam..salam bahagia dr nurpelangii ^_^

Monday, May 26, 2008

c0upLe..???

salam.. topik ni sy ambil dari salah seorang sahabat sy... . khas utk tatapan semua... maaf andainya terkasar bahasa... utk pengajaran bersama... andai ada yg terasa, maaflah.. sekadar perkongsian bersama.. saling ingat-mengingati..

~ apa perkara yg ber'manfaat' drpd ber'couple':

  1. seronok (dpt fitnah)
  2. seronok (dpt dosa)
  3. seronok (dpt geng dgn syaitan)
  4. dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada)
  5. byk habis duit (lebih baik guna utk sedekah) , sggup berhutang sbb habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung..
  6. byk risau (takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..)
  7. byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek.. kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..)
  8. lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.. lain dah tak kisah..)
  9. menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat tak takut pulak... )
  10. lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA..

~ hasil drpd pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian saya terdapat beberapa sebab yg menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;

  1. byk sek./pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg bertanggungjawab utk mengawal pencampuran ini supaya tidak bercanggah dhn syarak.
  2. perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak.. nauzubillah.. pd pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jln pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... so tak pe la.. dosa pun sikit jer.. nanti dah kahwin settle dan taubat le.. saya bab ni yg payah nak jawab.. ada je alasan dia org utk melepaskan diri. org kata kalu dah nak buat tu memang mcm2 helah. kita nasihat kot sini dia corner kot lain. byk bersabar aje le dan teruskan usaha kita insyaAllah lama2 dia sedar le..
  3. sudah menjadi naluru manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas +ve dan -ve. hasil drpd didikan/pentarbiyahan islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner.. maka terjadinya perhubungan (kawan2) sblm ada ikatan yg sah, dan ada setgh ibubapa dgn selamba kata "tak pe le.. dia org dah besor.. dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yg buruk .. bior le" . betul juga kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg mana baik dan buruk.. tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan...
  4. bertambahnya perempuan yg tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun aurat lain tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. maka ini membuka ruang pd lelaki2 utk memulakan projek mereka.. tak percaya pergi lepak (bukan lepak mcm Mat Lepakian.. lepak dgt tujuan utk mengambil iktibar..) kat KL (kat sini mcm2 jenis org boleh jumpa..) ada yg elok tutup aurat tapi bila bersembang.. tu dia, ketawa kalah lelaki.. lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu.., lelaki apa lagi.. ada chance ni..
  5. ramai perempuan semakin berani.. berani menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dpt byk boyfriend.. mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk dpt awek..
  6. ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek, kalau tak ada awek maka mcm ada satu kekosongan dlm jiwa ... lebih2 lg kalau tgk member2 lain dia ada awek. faktor sekeliling memperngaruhu suasana.
  7. lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia tu pakar dlm bab tackle/meng'ayat' awek .. lelaki ni biasa le EGO.. ego tak kena tempat...
  8. haaa... ni paling memalukan kaum lelaki.. lelaki ni cepat sgt PERASAN so dia pun naik semangat kacau awek. mula2 perasan yg awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye le dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat'/meng'tackle', awek tu pun accept le mat tu. ada juga awek yg manja (dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. maka dianjurkan pd kaum hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. pd kaum adam pula, jgn le dok perasan cepat sgt..
  9. ada kaitan dgn fakta ke-8... perempuan cepat sangat kesian bila tgk lelaki bersusah-payah utk dia. tolong nie tolong tu, tolong buat assingment ke sbg contoh. bila lelaki yg dok tolong tu 'ayat' sikit jer dgn mudah perempuan tersebut termakan kata2 manis lelaki tersebut.. yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi mcm tu...
  10. fakta yg ke-10 ni cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. tujuannya ialah utk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.. ada ngam ke tak ngam ke sebelum berjanji utk hidup semati...

alhamdulillah niat bagus... tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg haram akan tetap haram, sbgmana hadis Rasulullah yg bermaksud:

Drpd Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir ra :sabda Rasulullah S.A.W "Sesungguhnya yg halal itu nyata dan yg haram itu pun nyata dan di antara keduanya ada perkara yg kesamaran, yg tidak diketahui oleh kebykkan manusia, maka brgsiapa yg memelihara (dirinya dr) segala yg kesamaran, sesungguhnya ia memuliakan bgnya agamanya dan kehormatannya..."

(Mutfaq'alaih)

~~ begitulah kata2 dr saudara kita.. apa yg ingin ditambah oleh sy ialah...

  1. sesunguhnya perjumpaan (keluar) antara kaum adam dan hawa itu salah melainkan ditemani mahramnya... .
  2. cintailah pasangan anda kerana Allah dgn cinta yang berlandaskan keimanan dan bukannya kerana hawa nafsu...

Nauzubillahi min zalik... Wallahu'alam...

Saturday, May 24, 2008

Jika aku jatuh hati...


...Bismillahirrahmaanirrahim...

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana , jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....

Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....

Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.......

Amiin.....