CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Wednesday, August 27, 2008

Andai ini Ramadhan terakhir..

.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu siangnya engkau sibuk berzikir

Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu

Mendayu ..merayu...kepada-Nya, Tuhan yang satu

.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu

Solat yang dikerjakan... sungguh khusyuk lagi tawadhu'

Tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri

Menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji

"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"

[Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

Tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu

Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja

Di setiap kesempatan juga masa yang terluang

Alunan Al-Quran bakal kau dendang... bakal kau syairkan

.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu malammu engkau sibukkan dengan

Bertarawih... berqiamullail... bertahajjud. ..

Mengadu...merintih ...meminta belas kasih

"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-Mu tapi... aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-Mu"

.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang

Mari kita meriahkan Ramadhan

Kita buru... kita cari... suatu malam idaman

Yang lebih baik dari seribu bulan

.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir

Mempersiap diri... rohani dan jasmani

Menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan...

Lorong-lorong redha Ar-Rahman, duhai Ilahi....

.

Andai ini Ramadhan terakhir buat kami

Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti... paling berseri...

Menerangi kegelapan hati kami

Menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayang-Mu Ya Ilahi

Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

.

Namun teman...

Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui

Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya

Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah

Berusaha...bersedia. ..meminta belas-Nya

Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN

.

"MARHABAN YAA RAMADHAN "

.


~sumber : kiriman dari teman alam mayaku ~penunggu~ syukran jazilan.. andai ini Ramadhan terakhir buat ku...

Tuesday, August 26, 2008

Heart of Malaya

Salam 'alaik...

.

Bersmpena ngan bulan kemerdekaan, pihak kolej (MTM) anjurkan tayangan amal.. "Hati Malaya".. mmg xpernah tgok pun citer ni.. tadila, 1st tonton.. best jg + sedih... kalau dulu, time skolah menengah, baca buku Sejarah, nak x nak je.. baca pun sbb masuk exam.. kuar exam, terus tak ingat.. hehe.. dahlah kurang minat bab2 baca buku2 sejarah yg tebal.. teringat buku teks waktu form 2, siap ade kartun lagi dgn dialog ttg Kesultanan Melayu Melaka. Tapi, start form 3 and above, buku teks da macam kamus da.. ayat semata2.. hehe.. nasib baek, dpt ckgu sejarah yg suke bercerita+buat lawak.. tadelah ngantuk sgt time kelas sejarah. Tp xkena waktu, ngantuk jg.. hehe..
.
Filem yg berunsurkan patriotik byk.. tp seingt sy, sikit je filem2 sebegitu yg smpat sy tonton. Tu pun ingat2 lupa.. mgkin sbb byk part yg boring.. tp hati malaya ni kira best la sbb skurang2nya mengingatkan kita kembali akn perjuangan tokoh2 dulu memperjuangkan tanah air utk bebas dr cengkaman British.. hehe.. bersemangat patriotik jap..
.

Waktu yg tak leh nak tahan sedih bilamana Tunku Abdul Rahman beri ucapan pd rakyat, bagitau tak cukup duit utk tampung beliau dan rakan2nya nak ke London, utk tuntut merdeka. Terus rakyat yg dgar ucapan beliau, snggup menderma harta mereka yg ada, walaupun xbyk, tanda sokongan. Mmg terharu.. sehinggakan Tunku Abdul Rahman (dlm citer tu la...) menangis jg, terharu dgn pengorbanan rakyat2..
.
satu lg part >> Tun Hussein Onn yg mula2 tubuhkan UMNO utk perjuangkan hak org Melayu tp waktu beliau usulkan nak buka hak kpd non-Malay, ramai yg bantah dan tuduh beliau pengkhianat. Beliau terus mengumumkan perletakan jawatannya, dan ramai2 yg membantah td, memohon maaf smpai menangis.. huhu.. part ni sedih jg la.. sy cuba letakkan diri sy kat tmpat beliau bila kena tuduh pengkhianat.. byangkan perasaan sy utk menghadap org2 lain yg lemparkan tuduhan yg bkan kita nak. Mesti sedih, kan..? Tp tu lah, nak puas hatikan semua org mmg tak boleh.
.
we can't satisfied everybody with everything we've done


.
Apa2 pun, citer ni mmg memenuhi syarat filem patriotik & sesuai sgt2 utk mereka2 yg nak mendalami erti perjuangan kemerdekaan.. bak kata pepatah "yg baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan". byk yg dpt dipelajari dr filem ni. cthnya, dari segi kepimpinan..
.
Salam merdeka dr sy..^_^

Lirik OST Hati Malaya

Siti Nurhaliza - Hati

.
Janji hati suara cinta sakti

Cinta agung dari jiwa ternyala

Janji tanah lahir aku cintai

Aku rela sama membela

.

Pengorbanan jangan diluka

Khianat janji hilang jasa

Ku mencari hati mulia

Aku sanjung pencinta bangsa
.

Usah rajuk jauh hati rindu

Nafas lain haluan seketika

Aku rayu wira hati sayangku

Ini bukan mainan cinta

.
Pengorbanan jangan diluka

Khianat janji hilang jasa

Ku mencari hati mulia

Aku sanjung pencinta bangsa

.
Janji janji cinta

Pengorbanan jangan diluka

Khianat janji hilang jasa

Ku mencari hati mulia

Aku sanjung pencinta bangsa

Bila janji terlukis indah

Usah lagi kau buru cinta

Aku serahkan hati asmara ku

Kini bebas hati bersatu

Ooo hati…

.

.

p/s : suke tgok watak Tunku Abdul razak yg asyik senyum dan ketawa.. hehe..

Sunday, August 24, 2008

Erti kemerdekaan...

Assalamualaikum..
.
Niat nak jenguk blog lagi skali, tp masih tetap mcm sebelumnya.. loading je.. last2, baca entry bloggers laen.. tgah duk tunggu, tiba2 nmpak satu kertas A4 yg agak tebal la.. rupa2nya, sajak dan puisi tentang kemerdekaan... Mungkin budak2 junior yg tertinggal kt c2... tade la minat sgt bab2 nak bace puisi merdeka ni, tp sbb da tgah tggu bnda alah tu nk loading, baca lah juga... lapan puisi kemerdekaan dalam kertas A4 tu.. antaranya;
.
  • Negeri keberanian ~ Marsil N. O
  • Hidup berjasa mati berbudi ~ Mahaya Mohd Yassin
  • Ladang merdeka ~ Nasir Ali
  • Salam tekad warga merdeka ~ Chu E Liang
  • Harmonika merdeka ~ Nazim Mohd. Subari
  • Di bawah bumbung langit-Mu ~ Jariah Haji Taha
  • Terima kasih pengalaman ~ Sholihin Osman
  • Pahlawan tanah merdeka ~ Hasan Baseri Budiman
.
ada satu puisi yg menarik >> Di bawah bumbung langit-Mu ~ Jariah Haji Taha<<..teringt pd entry2 sy kat blog selama ni yg lgsung tak mnyentuh tntg kemerdekaan ni, pada hal bulan ni bulan merdeka.. sy pun salin jap kat notepad (sbb microsoft word tak install lagi lam laptop ni..)...
.
Di Bawah Bumbung Langit-Mu
Jariah Haji Taha
.
Di bawah bumbung langit-Mu tempat kita berteduh
telah tertuang ke bumi lima puluh tujuh kolah air mata
kini menjadi kolam tempat kita mencuci luka lalu
hingga tidak tersisa pun segaris kepedihannya
.
Di bawah bumbung langit-Mu tempat kita berdiri
ada pondok terhimpunnya khazanah cinta
atapnya kalimat kesetiaandindingnya keluhuran peribadi warisan
tiangnya dipacak kukuh mercu bangsa
.
Inilah negeri tempat lahirnya para pejuang kemerdekaan
suara tegar masih segar menentang penjajah
tidak rela pelabur kebohongan datang bertandang
dan peraih yang sesekali menawarkan harga dagangan
konon, menanam pepohon keamanan di halaman
sedangkan di hati bersarang kerakusan dan kedengkian
.
Dengan bekal budi bahasa pusaka bangsa
teguhkanlah pekerti anak-anak peribumi
kuasa teknologi usah dibiar bebas menyangkar
kesucian budi menakluk jati diri bangsa
kerana bimbang nanti akan menggigit jari
menjadi hamba di tempat sendiri
.
Di bawah bumbung langit-Mu tempat kita berdiri
usah dilupa bapa empunya pondok cinta
dan laluan yang masih basah jejak sejarah
di sinilah tempat kita belajar mengangkat tamadun bangsa
di sinilah tempat kita mengibar jalur gemilang
belajar dari kesilapan kepada kebenaran
.
Di bawah pohon tempat anak-anak watan menjunjung kasih
usah di biar dedalu menjalar di halaman cinta
atau layu dilanda kemarau sepanjang musim
kerana pada setiap 31 Ogos akan tumbuh subur pepohon
yang merimbun kedamaian dan kesejahteraan.
.
.
mungkin ni puisi kemerdekaan tahun lepas, kerana rangkap pertama baris kedua -- telah tertuang ke bumi lima puluh tujuh kolah air mata --.. tahun ni sudah merdeka 51 tahun.. tai, puisi bagus.. menyentuh hati sy juga.. kadang2 sy terfikir, adakah merdeka tahun ini sama srti merdeka tahun2 sebelum ni..? adakah sambutannya tetap spt sebelumnya..?
.
sedih lihat remaja sekarang yang terlalu lagha dgn khidupan duniawi. Orang laen sambut merdeka, mereka pun sambut. Orang laen angkat tangan sambil melaungkan "merdeka!", mereka jg ikut buat.. tp mereka tahu ke erti kemerdekaan yg sebenar..?
.
Tak usah pergi jauh, lihat keadaan sekeliling... di mulut, terlafaz ucapan " selamat hari merdeka! ".. tp yg laen, merdeka ke..? pengaruh budaya barat ke atas diri mereka ( sy tujukn pada mereka khususnya remaja2 yg tiada arah tujuan..) sgt kuat.. jiwa mereka masih sebegitu.. lari pada agama.. lihat pd pakaian, ketat sana ketat sini.. ikut trend negara lain.. org Barat bertindik di telinga sebelah, org Melayu (sy khususkan remaja sebangsa dgn sy) ikut jg.. kalau perkara yg +ve jadi ikutan, tak mengapa.. ini perkara2 yg kebanyakkannya meninggalkan kesan -ve yg di ambilnya..
.
tak hairanlah kalau gejala2 tak sihat makin meningkat. Lagikan batas pergaualan antara bukan muhrim tak dijaga.. mengucap kalimah syahadah hanya di mulut, tasdiq di hati, wallahu'alam.. bahkan di zahirkan dgn amalan, jauh sekali.. sungguh kasihan melihat mereka yang berbangsa Melayu & beragama Islam yang semakin jauh dgn addin. Ditegur pula, dikatakan penyibuk, jaga kain..
.
banyak yg mnjadi isu skrg. Hanya teguran scr berhikmah dpt sy berikan, dan berdoa dlm hati, mudah2an Allah memberikan mereka petunjuk dan hidayah. Merdeka pada perkataan tidak cukup. Merdeka dgn akal dan hati adalah perlu.. Org kafir tak akan duduk diam selagi tidak lihat orang Islam jatuh tersungkur di hadapan mereka. Ingat tu.. Mereka gunakan kaedah dalaman untuk rosakkan org Islam.. melemahkan akidah anak2 skrg dgn prkara yg lalai dan jauh dari mengingati Allah.. Nauzubillahi min zalik.. jauhkan benda2 itu dr kita, pelihara iman kita, jaga akidah... berfikirlah scr +ve.. merdekakan jiwa, hati dan akal kita dr perkara2 yg mendatangkan effect yg buruk ke atas kita, keluarga, masyarakat, negara dan tentunya agama Islam...
.
Merdeka tak bererti merdeka pada segala2nya.. jaga batas2 kita sbg seorang Muslim.. berusahalah utk ke arah menjadi Mukmin yang cemerlang.
.
So, apa erti kemerdekaan pada anda..??
.
wallahu'lam..
~salam merdeka dari pelangii ~
Merdekakan diri anda dgn sebenarnya!
.
.
.
.
p/s : ini luahan hati sy ttg kemerdekaan, sebarang percanggahan atau ketidakpuashatian, boleh di bincang.. hehe.."peace"

Duhai internet, duhai pc ku..

Salam.
.
.
Huhu.. sedih.. dari semalam lagi duk tunggu nak buke blog ni, tp xtau pasal ape, loading lambat giler.. sabar..sabar.. sabar.. akhirnye, tutup jg laptop... connection internet dah laju, smpai label "excellent" kuar pun tak guna, sbb laptop yg comel ni kena virus.. Huhuhu...
.
whole ari sabtu semalam, dengar ceramah utk amik lesen kereta. Hihihi.. Penceramah dia ok la, tak ngantuk sgt.. mgkin sbb lawak2 dia tu & selalu je sebut ayat "kurang ajar la tu..".. yg laen dah tngkap lentok sbb 5 jam ceramah basic psal pemanduan kreta dan motor.. Doa2kanlah lepas ni lulus ujian undang2.. amiin...
.
insyaAllah, ari rabu ni, nak balik cuti merdeka.. hehe.. rindunye kat umah.. huhu...
.


sempat amek gmbar time dgr ceramah..hehe..



Friday, August 22, 2008

Aku. Dia. Dingin

Aku melangkah masuk dengan hati resah. Dia ok ke tak ni..?? Sambil merenung tajam ke arahnya yang diam di suatu sudut. Hendak di tegur atau mahu buat endah tak endah?? Hati mula keliru. Diam seketika memikirkan tindakan seterusnya. 1minit.. 2minit.. 3minit.. masa terus berlalu. Aku tetap di sini, dia tetap di sana. Masing-masing buat donno je. Aku mengeluh kecil dan mengambil tuala yang tergantung di dinding dan melangkah keluar tanpa sepatah kata. Dia pun tetap begitu!
****************

Seusai mandi, aku terus ke bilik, tanpa melencong ke mana-mana. Dengan penuh tekad di hati, nak jadi apa pun, aku tak peduli.. Seperti tadi, dia masih di situ. Diam seribu bahasa. Bukan seribu, malah sejuta bahasa dia diam. Aku menjeling tajam. Melihat jam di atas meja, pukul 8.30 malam. Sebentar lagi, masuk waktu Isya'. Lantas, aku ambil telekung solat dan duduk di atas sejadah, menanti azan. 1minit... 2minit.. 3minit... Aku berpaling ke arahnya. Diam lagi yang aku dapat. Aku meraup muka dan tunduk, memikirkan sesuatu. Selang beberapa minit kemudian, azan berkumandang. "Allah Maha Besar.. Allah Maha Besar..".
****************

Lipatan telekung solat itu, aku gantung pada hanger. Sunyi. Aku, dia. Dingin.
****************
Alunan lagu "Di pondok kecil" berbunyi melalui telefon mudah alih. Butir-butir perkataan di skrin telefon menunjukkan orang tersayang memanggilku. Serta-merta senyum terukir di bibir, lupa seketika pada dia yang 'dingin' di situ. Salam dihulur dan aku menjawab. "Mak, kenapa..?" , intro dengan soalan kenapa dan aku bercerita tentang hari-hari aku di sini dan bertanya khabar tentang keadaan rumah. Sungguh aku rindu untuk pulang ke rumah. Rindu!
****************

Salam mengakhiri perbualan aku dengan emak. Keadaan tadi kembali lagi. Dingin. Aku fikir lagi, mahu ditegur atau tidak..? Mestikah aku dulu yang memulakannya..? Aku melangkah ke arahnya dan menarik kerusi di sisi. Duduk. Berdehem dua tiga kali, mewajarkan tindakanku ini.
****************

Aku mencuitnya. Diam lagi. "Ooo...protes ye..!" bisik hati aku yang paling dalam. Mengusiknya lagi dengan harapan dia ok.
****************

Dia mengisyaratkan aku untuk menunggu dua tiga minit, aku akur pada dudukku. Mata tetap menatapnya yang kelihatan agak sibuk.
****************

Dia kemudiannya menyuruh aku mengurut tangannya. Ada-ada sajalah dia ni...! Pantas, jari-jari aku yang tak seberapa runcing menari-nari di tangannya. Dan harapanku masih seperti tadi, berharap agar dia ok.
****************

1 minit... 2minit.. dia diam tak berkutik. Aku pun diam. Letih betul!
3 minit berlalu.. tapi mata aku tetap menghadapnya kerana harapan aku tinggi! Setinggi gunung Everest, mungkin...
****************

Tiba-tiba dia memberikan satu kotak dengan bait-bait perkataan kepada aku. "Sorry, the system of this computer has serious error! "
****************

Argghh..tidakkk! Laptopku kena virus!!! Dia masih tidak ok... Dia. Laptopku. Tetap diam. Plup! Akhirnya, aku mematikan suis. Harapan hancur berkecai. Esok, mesti kena format ni!! Titik.

p/s : byk betul dugaan minggu ni.. sabar2x..

Tuesday, August 19, 2008

Sobahunnur sahabat...

Assalamualaikum wbt...
Ohayok..!
Aneyong...!
Selamat pagi!
.....
Sobahunnur..!
Pagi yg cerah & agak sejuk... hehehe... smlm tertido trus.. tertgguh nk study.. huhuhu... ari ni last paper, tp smlm baru stat study paper ni.. haha... tgokla meja yg tgh berserabut ngan kertas2.. ok, doakan smg sydpt jwab test ari ni.. ni nk smbung wat lthan lg..
~ doa pembuka hati ~
"Allahummaftah 'alaina hikmataka wansyur 'alainamin khozha...ini rohmati kaya ar hamarrohimiin"

tibe2 smlm rindu kt fmily.. tetibe2 je teringt.. agknya adik watpe la ea..??
kpd sab, slmt berkunjung ke blog nie...
^_____^
wassalam

a

Sunday, August 17, 2008

Aquaria in memory...

Assalamualaikum wbt..

ptg td, jalan2 tgok pmndangan.. hehe.. ke KLCC... satu perkataan yg bley terjemahkn keadaan utk ari ni iaitu "BEST"... w'pun, awl pg td komuter ssak ngan org. Ye la, musim cuti skolah... budak2 u laen pun cuti... so, mane la x sesak, kn... cmpur ngan kitorg yg sibuk2 nk gi jln2 lagi.. time ni la, mase utk explore tmpt2 yg menarik di skliling kite ni... tp sy x mrdeka lg, ari selasa de satu paper.. huhu...

dlm keadaan berasak2 tu, kitorg smpai jg kt destinasi nk dituju... cr fudkot dlu, sbb perut msing2 da b'kroncong dgn plbagai lagu da... pas mkn, baru trus ke Aquaria.. hehe.. seronok tgok spesis haiwan air ni... plus ikan yg plik2 pun de.. hehe...

x sah klu x singgah kdai buku... mmg la dlm list da tade buku yg nk dibeli.. tp sbb da tertarik sgt, akhirnya, terbeli jg satu buku... hehe.. "Tunggu Tedug Dulu" ~ Faisal Tehrani... ekceli, da bace buku ni pas SPM dlu.. yg maksu punye.. terasa nk baca blik sbb byk jln citer yg da ingt2 lupe.. lgpun, buku ni sgt bagus nk di baca.. alang2 da de dpan mata, terus beli, nk jadikan koleksi peribadi.. klu nk compare ant Kinokuya dgn MPH yg kat mid valley.. em, luas mgkin hmpir sama, tp rase2nye MPH lg kot yg luas.. suasana ant dua2 balance.. damai ngan music instrument y dipsang.. tp klu kt MPH, kwasn tuk lepak bace buku lg byk b'bnding Kinokuya... ni sy punye pemerhatian la.. satu lagi, MPH lg ok sbb nk pegi c2, xyah nk naek tgkat yg pling tggi... hehe...

~nice word...

x sempat nk masuk Petrosains sbb da lewat sgt da.. insyaAllah, next time...

lupe plak, pas kuar tgok ikan2 & hidupan2 air kt Aquaria, smpt sy ke Atlantis... kdai bhgian jual cenderamata2 tuk pelawat2 yg dtg ke Aquaria... eee... sgt byk.. smpai jd rmbang mata... huhu.. dah la suke tgok ikan yg kecik... Nemo punye ikan, byk jg... huhu... harga pun bley tahan... tp bila tringatkan akn "Keperluan ke kehendak".. so, terpksa mmbatalkan hsrat yg menggila tu.. hihi... sah2 klu de duit byk lam tgn, sume abes kt c2...



jln2 smpai ptg jg la... tp x la smpai ke mlm, sbb mlm ni mlm nisfu sya'aban... so, terus balik.. on the way nk ke LRT, lalu ikut lorong2... nmpak satu kata2 kt salah satu dinding2 yg de kt lorong 2... tertarik dan "klik".. hehe.. amek gmbar... saje je, juz nmpak menarik kt mata...
"Tatkala irama dan jiwa menjadi satu"


this is the best picture, i had taken... hehe... cantik kan..?? ni tapak sulaiman.. saje je nk bgtau.. kot2 konpius ingat bintang mane la yg mncul kt Aquaria tu...

ekceli, byk gmbar yg amek, tp xley nk upload byk2 sekaligus... tenet de problem.. skjap ok, skjap de error.. ape la.. tu pun, nk tggu post entry ni pon kena tggu tgah mlm sket.. sbb time ni, jrang de gune tenet... line agak laju.. huhu... xpela, asalkan ade jg entry... hehe...

wassalam

Thursday, August 14, 2008

Dunia Rambutan...


...Salam...
^_^

smlm, laptop wat hal... tetibe shut down sndiri & x ley nk buke.. huhu.. sedih+takut giler.. ye la, bmbang rosak teruk.. nak x nak, t'pksa format lagi.. da kali ke brapa ntah nk format bnda alah nie.. dah la smlm byk bnda berlaku... nk masuk dlm blog, terpksa di tangguhkan.. alhamdulillah, mlm ni Allah beri kesempatn pd sy utk post kt blog ni... syukur sgt2... ^_^ <-- thank you Allah ~ Raihan -->
ptg smlm, after abes klas, terus gi ldang buah.... hehe... niat nk beli sket, pastu nk wat balik.. sbb da rase teringn sgt nk mkn rmbutan.. 1st, smpai masuk ldang tu, terpinga2 gak, sbb tade nmpak kelibat sorg pun org kt c2... takkan da tutup kot...?? tgok jam, masih awal, x msuk waktu Asar lg... kami ber4 pon, naek bukit dgn smgt...
sorg pcik trsenyum kt kitorg & die pelawa kitorg duduk, rehat2 kn diri sbb penat pnjt bukit... pe lg, kitorg tersngih cm kerang busuk & cari seat tuk duduk... pcik tu siap ckap.. "apa lah org2 muda skrg, cpat letih..".. hehe... sengih lagi la kiter ber4... tak gitu, qilah..??
amek plastik terus naek atas lg... cari pokok2 rmbutan yg sesuai nk amek buah.. hehe.. emm, lazatnye... cam duk lam dunia rambutan jer... kalaulah diriku ini spt batang galah, konfem dah botak sumer pokok2 kt cni...
tetibe bnyi buldozer mnarik prhatian kitorg... dr mn ntah, tetiba mncul buldozer kuning, yg xseberapa bsar mane... hahaha... yg jadi kngan manis tu, kitorg naek bnda alah tu, poton dhan2 pokok2 rmbutan... mmg dsyat giler la.. smpai lpas tu, lutut kitorg da vibrate... smpai ari ni, masih terasa... pagi td pun, rmbutan... ptg td pn rmbutan... mlm pun rambutan... da duk lam dunia rambutan dah...

.. laluan masuk ke ldang ...

..pokok rambutan kuning...

pokok durian... tp tade maknenye, buah durian x de time kitorg dtg...

yg de kt atas pokok tu...nk tlg panjat ke..??

saki-baki rambutan lam buldozer...

rambutan2 yg smpat kitorg amek..

byk x..?? hehe

... rambutan yg kitorg dah timbang ...

~sekilo seringgit~ murah tue...


mlm semalam satu program anjuran MPP ttg Program "Knowing Islam".. ape yg nk kata kt cni, mmg BEST prgram smlm... mmg tak rugi luangkan masa dtg smlm... serius, sgt2 beri ilmu... bkan nk kata, b4 ni tade prgram yg berikan ilmu... tp kdang2 ade prgram, yg hnya meriah pd nama saja, tapi, input yg dpt, tak sgt... smlm ahli panel adlh Brother Lim Jian Sooi, seorg mu'allaf.. rasa sgt rndah diri pd beliau sbb w/pun beliau baru memeluk Islam... tp pngtahuan ttg Islam & kajian ttg Islam lbih mendalam berbnding sy..

klu diikutkan tajuk dlm poster b4 ceramah tu, sptutnya tajuknya "Kenapa sy memilih Islam" ... tp Brother Lim mnukar tajuk laen iaitu "Adakah dakwah itu penting?" ... tajuk yg mnarik, & byk prkara yg tlh dikupas oleh beliau semlm.. next entry, sy akan jelaskn apa yg sy dapat & faham dr ceramah smlm.. insyaAllah, ingtkn sy klu sy lupa... yg pnting, sy nk titipkan kt cni, dakwah itu adlh satu t'jwab kpd kita... dakwah lah kpd mereka2 yg masih dlm kegelapan... spt dlm hadith Rasulullah saw.. "sampaikanlah walaupun hanya satu ayat" .. so, tade alasan yg logik klu kite nk elak dr berdkwah... cara dakwah ada 3 jenis... so, nnti sy jelaskn.. skrg da lwat... hehehe...



Brother Lim Jooi Soon



my notebook...

ana solehah...

amiin..

wassalam..

Wednesday, August 13, 2008

Ada apa dengan SELASA..

Salam alaik... ^_^

Walaupun stiap hari selasa, de kelas dua je.. tp hari selasa lah hari yg pling memenatkan berbndig hari rabu yg de 4 kelas.. dsbbkan otak da letih dgr kuliah 3jam straight (dlm 15 mnit de la rest & 1/2jam kuar awal…), pastu smbung plak kuliah laen 2jam.. huhu… fieww… [-.-‘] so, kena tabahlah sket utk ari selasa pnye kelas… <--segenggam tabah ~ Inteam-->
Singgah kt surau nk solat Zohor.. after solat tu, terpndang satu buku... buku yg sy perasan mmg tak terusik sejak dr 2nd week ari tu… mgkin tuan empunya die tertinggal time nak solat… tp yg peliknye, smpai skrg, still de kt c2… before ni, just pndang2 je, tapi ari ni tetiba rasa nk tgok buku tu… nk cek bdak course mane yg tertggal, tp pusing2 blkg depan buku tu, tade nama pemilik pon.. nk kata buku library, tade plak cop library.. huhu.. (ke nk sedekah kt surau ni..?? alhamdulillah… pahala2x… hehe..)

(gambar buku - page depan & belakang)

"Teori-teori Komunikasi"... em, cam interesting je buku ni.. konfem bdak course komunikasi pnye ni sbb da tertera kt bhgian dpan buku “bacaan wajib untuk semua pelajar komunikasi peringkat diploma dan ijazah”... terbuka halaman yg ke berapa ntah, ternampak small title.. “Prinsip komunikasi Islam untuk pemimpin organisasi
...Selingan jap...
memori memutar balik.. teringat meetg ngan orgnisasi blok smalam, bincang ttg perkembangan blok & cdangan aktiviti2 spnjang semester ni... mcm biasalah.. bdak2 2nd year akn amek alih tanggungjwab ni, & dorg kena bljr utk lead satu aktiviti.. susah jg la smlm nk undi sape yg layak pegang jwatan “Pengarah”... mmg ramai yg dicalonkan, tp kena choose plak sape yg terbaik dlm menepati syarat2 utk berorganisasi... cthnya, dari segi ketegasan sbb ketua kenalah tegas, kalau tak mcm mane nk arah anak buah buat keje kan...? dr segi pengalaman krn dr pengalamanlah yg dpt bantu dia nk arrange perjalanan program... dari segi emosional sbb dlm bab ni, tak nak lah, cari ketua yg cepat mrah... nk buat satu aktiviti, perlukan kesabaran,,, dah kalau ketua pun dah angin dr awal, mane la tak tension anak2 buah laen, kn..?? dan byk lagilah syarat2 nk pilih seorg ketua ni..
Alhamdulillah, akhirnya dpt cari jg org2 yg tertentu yg bleh dipercayai utk pegang title “Pengarah”... menerima title tu, bukan bermakna dr segi gahnye saje, tanggungjawab & amanah dah terletak kat bahu tu... so, jgn maen2 kalu kita diamanahkan utk membuat sesuatu... kalau suka2 nk trima tnpa menilai keupayaan diri & tak buat keje, kat akhirat nanti, bersedialah utk mnghadap Allah utk jawab semua tu... so, harapan sy utk adik2 2nd year, bersedialah utk menerima tanggungjwab sbb akan dtang, korang pulak yg akan lead semua org termasuk ajar dak2 junior skrg... kenalah pupuk sifat kpimpinan dlm diri masing2 sblum memimpin org laen..
Berbalik pd kisah buku yg sy jumpe kt surau td tu... hehehe.. dah terbebel pnjang pulak... ^_* ni smpt sy salin sesuatu dr buku tu, agar berguna utk sy & teman2 laen… dgn hrapan menambahkan ilmu di dada & dpt dipraktikkan dlm kehidupan kita sbg seorang Muslim
Prinsip Komunikasi Islam Untuk Memimpin Organisasi
- bercakap dgn lemah-lembut
- menggunakan perkataan2 yg baik
- menggunakan kata2 hikmah dan nasihat2 yg baik
- bercakap benar
- menggunakan bahasa dan isi percakapan dgn tingkat kecerdasan pendengar
- berdialog dgn cara yg lebih baik
- menyebut perkara2 penting dgn berulang-kali
- mengotakan apa yg di katakan
- ambil kira pandangan & fikiran org lain
nie, sikit ulasan plus komen tmbahan b'kenaan prinsip2 kt atas... mmg bagus utk kita amalkan dlm berorganisasi… bercakap ngan lembut mmg perlu, tp perlu jg disusuli dgn ketegasan, biar org nmpak kita sbg ketua & hormati kita sms kita berckap.. gunalah kata2 nasihat yg baik utk menegur anak2 buah kalu de antara mereka2 yg malas buat keje, jgn terus hentam scr melulu, sbb ini bkan ciri2 ketua yg baik… beri nasihat scr berhikmah. Guna bahasa yg mudah, bkan terlalu complicated shingga anak2 buah ternganga dgr kita ckap.. kite bkan nk tnjuk terer bab2 bercakap, so, explain scr betul, biar bkn kite sorg yg syok sndiri dgn isi perckpan… satu lg, sabar! hehe... last, ambil kira pndangn & buah fikiran org lain… itulah tujuannya kita bermesyuarat dlm buat aktiviti… masing2 beri pendapat & jgn kita (yg da jadi ketua ni..) tak pndang pndapat org lain.. berusaha utk menerima sebarang kritikan krn dgn itu, lebih menyedarkan kita ttg kesilapan.. ingat! Kita hnya manusia biasa, hamba Allah yg lemah, mmg lazim ade buat silap, dan bersedialah utk menerima teguran org lain ttg kesilapan kite tu.. “Jadikan sesuatu kesilapan itu kunci ke arah menuju kejayaan”….
^_^ chaiyok! Chaiyok

..sempat amek gmbar waktu anis pilih tudung die.. ^_*

Kdang2 nk pilih satu barang, memerlukan satu jangka masa yg agak lame kan..?? terutamanya, kaum Hawa ni.. hehehe... samelah dlm kes nk pilih tudung, konfem jd rambang mata.. hehe... not me la.. my fren.. ambil tu, ambil ni… pastu tnya… “yg ne cantik..?? ”… hehe.. lumrah org dlm nk beli sesuatu… “semua cantik… ”, “ha, yg tu orite.. ”, “ala, tak cantik mane la… ”… “uish, warna dia kelabu sgt… ”… nilah, antara komen dr sy… kalu sy mls nk fikir lebih, jwab “ala, beli je, pakai nnti, cantik la tu... ”... kikikik… tp suke tgok gelagat org yg tgh konpius nk beli, mesti muke da jadi laen… yela, dlm otak, asyik duk pikiq, nak beli ke tak, nak beli ke tak… huhu… senang citer, borong sumer.. hehehe...
So, conclusion yg dpt di buat utk ari ni adlh…. 1st, jadilah seorang yg bertanggungjwab & amanah dlm melaksanakan sesuatu tugasan yg di amanahkan pd kita… 2nd, utamakan keperluan dr kehendak (penting neyh, dah jadi perkataan glemer da..) … 3rd, study! Esok pagi de paper…! Hehehe… daaaa…

kaedah yg pelbagai kaedah nk digunakan...

gud luck utk esok..!

wassalam..

Tuesday, August 12, 2008

Where is the beautiful of a woman..??

Assalamualaikum wbt...
salam muhibbah...

tajuk entry kali ni, emm... di mana kecantikan seseorang wanita.. agak2nya di mana ye..?? mungkin pd sepasang mata yg hening, yang bundar, yg menawan, yg mana kdang2 selalu menjeling tajam atau yg kadang2 malu-malu utk memberikan kerlingan manja. atau pun.... pd bibir yg tak jemu2 memberikan senyuman manis, atau jg sesekali memberikan kucupan mesra utk ibu ayah, adik2, mngkin jg utk suami serta pipi mungil anak2... dan... boleh jadi jg pada hilai tawanya yg sesekali kedengaran gemersik dan suaranya yg manja, sekaligus boleh melembutkan hati...?
Kalau bagi sejuta perkataan ke, berbilion2 perkataan ke, belum tentu kite dpt describe kecantikan seseorang wanita itu dgn exactly correct.. malah belum tentu dpt m'berikan definisi ttg keindahan seorang perempuan dgn sebenar2nya definisi mengikut kamus dewan. Dan.... kitalah perempuan itu. Bersyukurlah pd Allah krn kita dijadikan olehNya sbg seorang perempuan... bersyukurlah jg krn kita diberikan nikmat2 keindahan yg ada pd seorang perempuan...
Namun, keindahan2 itu walaupun, di jaga, dipelihara, dibelai, dan ditatap di depan cermin saban hari, satu hari pasti akan hilang jua... wajah yg suram, mata yg kelam.. Tp satu je yg tak akan di mamah usia & tak akan hilang, iaitu sifat kewanitaan yg dipupuk dengan iman & akidah... believe it... itu lah wanita solehah...
~WANITA SOLEHAH ADALAH SEBAIK2 HIASAN DUNIAWI~

Kecantikan seorang wanita tu berdasarkan kepandaian seseorang itu menjaga maruah diri dan keluarganya... jadilah seperti mawar yg berduri...

smoga kita & muslimat2 yg ada skrg tgolong dlm klgn mreka2 yg Allah pelihara diri dan maruahnya... jagailah stiap tingkah laku kita agr seiring dgan ciri2 wanita solehah... yg baik akal dan rohaninya.. tanamlah semangat utk mnjadi penghuni jannah yg Allah janjikan pd wanita solehah... jgn hanya pada kata saje yg kita mahu jadi "wanita solehah".. tp hndaklah disusuli dgn usaha ke arah itu... InsyaAllah, niat yg baik sntiasa diredhai Allah.. mohonlah doa kepadaNya lewat solat.. amiiin..
~ ni tips2 utk kita menjadi lebih cantik dan menarik.... renung2kan & selamat beramal... ^_^
  • Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sbg "hiasan mata" kita, nescaya ia akan smakin bening & jernih.
  • Pakailah "lipstik kejujuran" pd bibir kita, insyaAllah, nescaya makin nampak manis..
  • Gunakan "pemerah pipi" pd pipi kita dgn kosmetik yg terbuat dr rasa malu yg dihasilkan dr salon Iman
  • Pakailah "sabun Istighfar" yg dpt menghilangkan semua dosa & kesalahan yg kita lakukan.
  • Rawatlah rambut kita dgn "selendang Islami" yg akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yg membahayakan.
  • Hiasilah kedua-dua tangan kita dgn "gelang Tawadhu'" dan jari2 kita dgn "cincin Ukhuwah".
  • Sebaik2nya, pakailah "kalung kesucian" pd leher kita.
  • Bedaklah wajah kita dgn "bedak air wudhu'", nescaya akan bercahaya di akhirat kelak.
InsyaAllah, tips2 kat atas ni tak memerlukan kos yg tinggi utk mendapatkannya... boleh diamalkan pd bila2 masa saja, tanpa had... malah, mudah di dapati.. kongsi2kanlah tips2 ni dgn teman2 kita... smga niat kita yg baek utk menjadi model "wanita solehah" yang unggul & yg cemerlang.... insyaAllah...

Kecantikan di pandangan manusia tak penting berbanding kecantikan & keindahan peribadi pd pandangan Allah, krn itulah yg perlu diutamakan.



Wallahu'alam
wassalam..

Antara keperluan & kehendak... ~ II

Keperluan ke kehendak..???

huhuhu...

Saturday, August 9, 2008

When my mother say about her wish...

Salam alaik...



Aku suka melihat wajah ibu. Sering kurenung wajah tenang ibu tatkala dia sering berbicara denganku walaupun aku masih belum dpt mengerti bait2 kalimahnya... Ibu tahu walaupun aku belum dpt mengerti, Ibu yakin aku dpt mengingati.. Saat ibu bercerita, aku curi2 pandang matanya… yg bersinar riang menterjemahkan kebahagiaan yg dikecapi…


Lembut wajahnya… memancarkan tawadhu’ di dlm limpahan kesyukuran. Garis2 halus wajahnya melambangkan ketabahan. Lunak suaranya penuh kasih sayang dlm ketegasan. Ibu mengungkapkan kata2nya sambil membelai2 rambutku,
"Wahai anakku, ketahuilah asal usul dirimu… Engkau lahir dari harapan seorang ibu yg pernah kuukir dahulu, sebuah harapan yg kufikir tinggal harapan, namun keindahan tawakkal telah menjadikannya suatu kenyataan.."


"Ibu tidak merasa terlalu awal untuk menitipkannya untukmu kerana ibumu ini mahu kau membesar dgn fikrah seorg wanita solehah. Kelak akan kuulangi nasihatku bila kau sudah dewasa, supaya pada ketika itu kau tidak merasa asing dengan mutiara2 nasihat ibumu ini.Dan seandainya ditaqdirkan ibumu tidak berkesempatan, diriku tidak akan mesyesal kerana telah pun menyampaikannya kepadamu, permata hatiku."

"…dlm keluarga, dirimu umpama madrasah yg akan mentarbiyyah pejuang2 Islam. Sesungguhnya Baitul Muslim soleh harus mempunyai madarasah yg solehah kerana dari Baitul Muslim yg soleh akan lahirlah masyarakat dan Negara yg soleh wal muslih.

Anakku,
Andai kau ingin memilih pendamping hidupmu,
Usahlah dilihat pd sebuah kesempurnaan krn manusia tiada sempurna. Dia perlulah seorang yg mencintai Allah dan mengasihimu kerana Allah.


Carilah dia yg menerimamu seadanya sbg seorg wanita,
Yg seikhlas hati mengasihimu sbg isteri,
Yg jujur padamu sebagai teman hidupnya,
Yg memuliakan dirimu sbg ibu kepada para zuriatnya.
Yg memahami hakikat dirimu sebagai hamba yg punya kewajipan kepada Pencipta.
Yg mengobarkan semangatmu untuk istiqomah di medan dakwah.

Siapa pun dia yg telah ditaqdirkan Allah buatmu...
Terimalah segala kelebihan dan kekurangannya,


Kekurangannya menterjemah hakikat dirinya sebagai seorang hamba.
Yg harus kau terima dgn penuh lapang dada.


Kelebihannya bermaksud Allah menginginkan kebaikan buat dirinya dan menganugerahkan ketenteraman ketika kau bersamanya.Yg harus kau terima penuh kesyukuran tanpa bangga.


Carilah dia yg memahamimu secara realiti,
Bukan menganggapmu bak bidadari,
Kelak ditakuti hatinya akan kecewa.
Hanya kepadanyalah, yg telah halal bagimu akan kau curahkan
- Kepatuhan dan penghormatan..
- Pengorbanan dan kesabaran.
- Cinta dan kasih sayang

- Senyum manis dan belaian

Hanya padanya anakku, tidak sesekali lelaki ajnabi, mujahadahlah untuk memelihara kemuliaan dirimu semata2 mengharap redha Allah.

Lalu, kau didiklah zuriatnya yg kau lahirkan dgn penuh amanah dan rasa tanggungjawab. Sejak zuriatmu di dalam kandungan lagi, perhatikanlah akhlakmu, makananmu, agar darah yg membentuk dirinya dr sumber yg suci. Perdengarkanlah dia dengan alunan zikir dan Kalam Ilahi. Agar bila lahirnya nanti perkara kebaikan adalah kebiasaaan dirinya. Isi semangat ingin tahunya dgn mengenal Allah, sunnah Rasulullah,para sahabat dan sahabiah. Lenturlah lidah lembutnya dgn sebutan zikir dan bacaan alQuran. Serikan hidupnya dgn keindahan bi’ah solehah qudwah hasanah dari ibu dan ayah. Hiasi dirinya dgn keindahan akhlak jua kecintaan pd ilmu. Susuli perbuatan baik dan kejayaannya dgn pujian diiringi rasa tawadhu’. Iringi setiap kesalahan dan silap perbuatannya dgn teguran berhikmah dan penuh kasih sayang. Doronglah dia sentiasa supaya tetap berjuang di medan dakwah, memimpin ummah menuju hidayah. Lazimi dirimu dgn taqarrub ilallah, sesungguhnya jalan menuju Allah tidak dihampari karpet merah. Malah berliku jua banyak halangannya. Walau apa jua yg kau terima dr Allah, samada yg membuatmu suka mahupun berduka, kembalikan segalanya kepada Allah. Kerana dariNya kita datang dan kepadaNya jua kita akan kembali.

Semoga kau tabah anakku menghadapi ranjau kehidupan, doa ibu akan sentiasa bersamamu walau di mana dikau berada. Carilah dan tambahkanlah ilmu dari pelbagai sumber ilmu dan pengalaman. Moga dikau menjadi penerus rantaian perjuangan ibu ayah. Semoga kau menjadi saham kebaikan buat ibu dan ayah di akhirat. Maafkan kami seandainya terdapat kekurangan pada didikan kami padamu kerana kami juga manusia biasa yg penuh kelemahan.”

Kumerasakan dingin dahiku dikucup ibu penuh kasih, hangat air matanya menitis ke wajahku… sungguh bahagianya aku memiliki insan mulia sepertimu, ibu. Alhamdulillah. Terima kasih ibu. Semoga aku dikurniakan keizinan dan kekuatan untuk memenuhi harapanmu, ibu.

Dan aku jg mengharapkan pasangan hidupku itu seorang yg menyintai Allah dan menyayangiku seadanya kerana Allah... merindui Allah dan mengasihiku jua kerana Allah.. dan dialah lelaki idamanku... dia yg ibu harapkan untukku... walaupun, aku tahu tiada lelaki yg sempurna di dunia, tapi cukuplah sempurna di mata hati keimananku jua pandangan di sisi Allah.. Seorang lelaki yang aku idamkan ialah seorang buta, bisu, bakhil dan papa




Biarlah dia seorang yang buta
Buta, kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah.
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpamanya.

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan lantang menyuarakan kebenaran.

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAA ILAA HAILLALLAH kembali megah di muka bumi.

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan tak bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada yg syahid di jalan Maha Esa.

Persoalannya..

Adakah masih ada lelaki idaman itu..??



p/s : kelebihan cinta antara manusia hanya dirasai selepas melalui ikatan perkahwinan.. itulah janji Allah (^_^)