CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Saturday, June 13, 2009

[info] Bahaya berdengkur

.
.
TIDUR bukan satu pilihan. Ia satu keperluan dan sangat penting kepada kesihatan manusia. Tidak cukup tidur menjejaskan kehidupan seseorang dan ini sebabnya kita perlu memberi perhatian serius terhadap kualiti tidur.
.
Namun adakah selama ini kita mampu mengecap tidur yang nyenyak seumpama bayi tanpa gangguan?Tidak ramai tahu bahawa berdengkur, terutama dengkuran kuat, bukan petanda seseorang itu tidur nyenyak, sebaliknya ia satu bentuk gangguan yang menjejaskan kualiti tidur dan rehat seseorang.
.
Dengkuran kuat sebenarnya antara gejala utama apnea tidur (OSA) iaitu keadaan di mana nafas terhenti beberapa saat ketika tidur dan ia gangguan lazim yang dialami lebih tujuh peratus penduduk Malaysia berusia 25 hingga 45 tahun.
.
.