CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Saturday, October 25, 2008

Balm

Salam..


malam tu, tengah menyibukkan diri menyalin assignment.. (hehehe.. kerja jenayah yg biasa student buat ni..), tiba-tiba kawan sy bertanya...


"biasa pakai tak balm harimau..?? " Sy angkat kening double jerk (ayat famous Hlovate).
"biasa pakai balm harimau tak..? " Dia ulang sekali lagi soalan tu pd sy. mungkin dia ingt sy tak dengar. Sy dengar. tp sy tengah fikir. Balm harimau..?? Ade ke balm spesies macam tu.??


"Balm ape..? Balm harimau..? " Sy tanya semula pd dia. Mane lah tau mungkin pendengaran sy tak bagus. (mane taknya, asyik2 pakai earphone ~ siap kena komen ngan kawan2, kata mereka ~ "pakai earphone ke pakai speaker kat telinga? " muahaha.. )


Berbalik pd cerita tadi. Kawan sy angguk. "Ye, balm harimau..bukan balm hari-hari mau.. " Kikikik...dia gelak.. adus, kawan aku sorang ni. Dalam dia duk gelak2 kecik tu, sy fikir lagi. Balm harimau yang mane yer..??


"Ai, takkan tak pernah dengar..? " Dia mempersoalkan pengetahuan sy. Hehe.. mmg tak tahu pun. Tp jawab dalam hati je..

"Yang mane ea..? Kalu vicks tu penah la pakai.. " Sy memandang muka dia dgn seribu satu soalan <-- ayat hiperbola.


"La, kawan aku sorang ni.. dalam banyak2 balm.. balm harimau tak kenal..? " Dia menduga lagi. Butang ''stop'' kat mp3 ditekan, lagu 'stay the same' senyap. memberi laluan pada otak utk berfikir.


"ni apesal tetiba tanya pasal balm2 ni..? nak jual balm ker..? " Buat lawak seketika.

"bukan nak jual la.. tp nk bagitau balm tu kira bagus jg la kan..? kalau pakai, boleh menggelupas kulit.. " La... nak bagitau 'khasiat' balm jek.. ingtkan apa..


"kiranya nak promote la ni..? " Dia buat lagak biasa je.

"Mane..? " Sy bertanya.

"Apa yg mane..? " Dia menyoal. Tak faham.

"La, kata nak promote balm harimau tu. Manenye..? " Sy ketawa. Hailaa... kawan aku sorang ni..


"Tu, kat atas rak buku.. " serta-merta pandangan mata menghala ke rak buku. Mencari 'balm harimau' yang sememangnya sy tak pernah pakai. Mencari 'balm harimau' yang menurut kawanku sorang ni, bagus. mencari dan ternampak.


"La... tiger balm ker..?? " Hahaha... Sy gelak. Punyalah fikir yg mana satulah balm harimau.. rupa2nya tiger balm. Adeyh.. penguasaan bahasa inggeris yang terlampau ni.. Padahal, kalau diikutkan secara logiknya, harimau - tiger... tiger - harimau.. so, balm+ harimau == tiger balm..Sy geleng kepala.. Kawan sy dah gelak besar..


moral of d'story : Almaklumlah, bahasa rojak skrg kan dah berleluasa. Tak cakap lagi pasal bahasa sms.. so, faham2 sndiri la..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Malam berikutnya,


"integrate cosine dapat sine kan..?? " Tanpa angkat muka dari kertas, sy bertnya pd kawan.

"Ye.. integrate sine dapat negative cosine.. " tambah dia.


"ooo... differentiate cosine..?? " sy tnya dgn muka blur. Mane taknya, dari petang tadi nak habiskan masalah2 ni, sampai skrang, masih blur2. Beribu soalan yang sama buat, beribu soalan jg lah yang sama ditanya.


moral of d'story : jgn suka sangat makan benda2 masam ni sbb mudah untuk daya ingatan kita berkurang..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Usai jawab exam, sakit kepala terus hilang, perut tiba2 berkeroncong.. lapar.. hai, perut.. tahu2 je tuan dia baru hilang sakit kepala. ~ emm...


benda yg sama berlaku setiap kali nak exam dan habis exam.

~ 2-3 hari sebelum exam : main2, tengok tv, tengok cerita Korea dll.. jadual penuh dengan aktiviti2 yang sememangnya jauh dari study..

~ 1-1/2 hari sebelum exam : teringat buku, cari kertas, salin rumus, hafal.. study saat2 akhir.. sebab besok nak exam! tiba2 rasa masa tak cukup.. huhu..

~ 1 saat lepas habis exam : ada banyak keadaan, antaranya ;

** "wah, leganya paper ni dah abis.."

** "la, macam dalam buku je soalannya.."

** "apesal la tak ingat rumus tu.."
** "soalan tu bukan di luar silibus ker?"

** "sedihnya, lupa nk cover tajuk kecik tu.. ingatkan tak masuk.."


moral of d'story : masing2 ada cara nk belajar.. yg pnting, kena faham..


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


"tolong...tolong.. " tiba2 terasa ada sesuatu / seseorang memanggil nak mintak tolong. Sy berpaling ke arah kawan sy di sebelah. ** waktu ni baru lepas makan tengah hari **


"dengar tak apa yg aku dengar..?? " Sy bertanya pd dia. dengan muka innocent, dia menjawab, "tak ". La, kawan sy ni.. punyalah gaya suspen sy bertanya, dia boleh je buat muka seposen macam tu.. Saya diam.


"Apa yg kau dengar..? " Ahah, dia bertanya jg. Ingatkan tak nak tahu.

"Suara... orang... tak... bukan orang.. suara.. sesuatu...mintak... tolong.. " sepatah demi sepatah sy berkata pd dia. Dia mencerlung ke arah muka sy.


"Ni bukan malam hari nak buat cerita hantu yang takkan masuk panggung.. " Hahaha... sy gelak. Betul juga..


"Suara ape..?Betul ke tak ni..? " Dia menggaru kepala.
"Hehe... tu, tengok atas pokok tu... " Sy menjuihkan sedikit bibir ke arah pokok yang tak jauh dari kami.


Hahahahaha... doraemon rupenye.. anak siapalah yang nangis ye sebelum ni..?? Yela, doraemon kesayangan dah terlekat kat atas pokok. Pulak tu, tak ada pulak orang nak ambil. Mungkin sebab ketinggian pokok tu yang menjadi penghalang..


"Nobita.. Sizuka.. Giant.. Sinyu.. tolong saya...! " Sy buat memek muka + suara ala-ala Doraemon mintak tolong.. he.he.he..


Terlintas kat fikiran, dah lama rupanya, sy tak tengok cerita kartun Doraemon ni. Dulu, waktu kecik2, selalu jg jadi penonton setia Doraemon ni + baca komik. Sebab macam best je, bila seluk je poket kat Doraemon tu, dapat je apa yang kita nak... contohnya.. (nota kaki : sebut ikut gaya Doraemon..)




"pensel yang boleh menjawab soalan exam.."

"buku nota yang ada nota lecterur"
"ubat yang boleh menghilangkan ngantuk"

"cermin mata yang boleh hilangkan kerabunan mata"

dan lain-lain permintaan... alangkah bahagianya hidup macam tu kan..? ^_*


moral of d'story : kalau nk berjaya, usaha sndiri.. jangan harapkan orang lain..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
p/s : entry ni versi santai..

Do shite.. kimiwo suki ni natte shimattan darou?

^_*

Monday, October 20, 2008

Open House..

Assalamu'alaikum... ^_^


Pagi sabtu ari tu, my pakcik call me.. katanya, "datang umah ea pas zohor esok, buat makan2.. "

ooo... open house rupenye.. ye la, skrg ni kan Syawal tak abes lagi.. so, open house masih ade.. smpai2 je trus makan.. al-maklumlah, breakfast pon x sempat nk sentuh..

decide nk stay lama sket sbb tetamu2 yg dtang xputus2.. dari awl zohor smpai nk mghrib.. tp ape2 pun, mmg best~ ^_*


~ foto2 yg smpat amek dr lensa camera enset sndiri ~




~ teringin nk buat open room ngan kengkawan.. hehe ~

Sunday, October 19, 2008

untitled..

Salam..

Pagi yg sepi.
bertemankan lagu "you raise me up".
Lagi la bertambah syahdu..
Tambah2 lagi, duk baca entry para bloggerz skian2..
dot..dot..
shinggakan mata da terkelip2 byk kali..
byk isyarat suh masuk tido..
tp ati berkeras lg nk suh bace entry2..
adeyh..
susahnye bila dah kemaruk nk berblog2 ni..
huhu...

bace satu entry...
tajuknye.. "dakwah"..
panjang berjela2...
sampai pening mate..
comment kt entry tu pon byk jg..
smpai berbelit urat2 saraf kt otak nk fham..
ha, tu lah.. diri sndiri cr pasal..
sambung bace esok kan, bley je..
[-.-']

tp..
mgkin ade hikmahnye..
tiba2 lepas abes baca entry tu..
hati tiba2 berdetik..
byk bnda terpksa difikirkan smula..
terlalu byk benda..
shinggakan pndang skrin laptop pun..
dah mcm pndang papan putih je..
-blank-
dasyat...dasyat..

mgkin sdikit beremosi sket pagi2 cenggini..
yela...
bace entry dr blogger yg laen, emosi laen..
bace entry dr sumber laen, emosi tukar laen..
last skali, da jadi tunggang terbalik..
nak nangis pun ade..
nak merapu pun ade..
see.. da merepek pun..

tp x kira, nk post jg entry ni..
klu x, nnti mesti duk fikir time nk tdo..
adeyh.. letih den..
tringat umah.. <---homesick la pulak..

tiba2 jg terngiang2 satu perkara..
"dgn mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
fikir ttg nikmat2 yg Allah kurniakan pd kita sume yg x terhingga..
renung2kan kejadian2 alam..
timbang smula apa yg dah kita buat selama ni..
imbas waktu2 kita lalai..
time gelak2 sakan smpai x ingt dunia..
huhu.. masyaAllah.. mmg byk lalai..

~mgkin bila duduk sorang2, fikir ttg diri sndiri..

.....noktah..

Saturday, October 18, 2008

Karnival Kerjaya di UKM Bangi

Salam 'alaik

Pg td tade planning nk ke mana2 pun ari ni. Yela, mggu study dah start. Masing2 kt bilik. Tambah2 lagi, waktu tengah hari tadi, langit nmpak mendung. Tanda2 mcm nk ujan. Lagi la sedap duk lam bilik. Petang smlm, kawan (AJK Kerjaya) ada mesej, "nak gi Karnival Kerjaya kt UKM tak esok? Bas disediakan.. ". Sbb smlm baru balik lepas test undang2, mls nk pikir hal laen, nak2 hal ari ni. terus reply mesej tu, cakap tak nak sbb assignment berlambak (ekceli, alasan je sbb time badan letih, mata ngantuk. kalu tak, assignment setinggi gunung pon, sanggup nk gi mane2.. hehe..)
.
alih2 time nk masuk zohor, ade org ajak pegi KK tu. Katanya, abang dia nk dtg amek. ish, ape lagi, terus bersiap. walhal, b4 tu mls giler. huhu.. kitorang pegi (4 org + abg die) dlm pkul 3ptg. Time tu dah ramai yg datang. ni 1st time jejak kaki kt bumi UKM. Teringat classmate 2 3 org yg study kt c2. Ingt nk mesej, bgtau dtg, mane la tau kot2 nk jupe. tp, fikir2 balik, takut tak smpat. ye la, karnival tu smpai kul 5 ptg je. kitorg sampai pun dah nk kul 4 sbb on the way td, tersangkut2 jg, jem..

kami pn ronda2 kt luar, smpat minum tea Lipton (milk tea-teh susu) yg free.. and then masuk Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Lama jg la kt dlm sbb pakat2 ec borang.. tp yg harunya, resume terlupa nk bawak...! adeyh.. mmg lupe btul.. tp takpe, mintak2 ade lg KK nex sem. InsyaAllah..
.
Karnival Kerjaya ni berlangsung pd 17-19 Oktober 08. Smpai besok la.. smpt lagi yg kt luar tu nk pegi KK. Banyak gerai yg buke. Antara syarikat yang berdaftar sebagai peserta yang juga merangkap penaja karnival adalah Sime, Shell, CIMB, Huawei, Masterskill, SME Bank, MCIS Zurich, Astro, Perfisio, Roots Asia Pacific, KTM dan Bix Connexion. Syarikat-syarikat lain yang telah berdaftar adalah Petronas, ExxonMobil, Intel, Dell, IBM, Scope International, Bank Negara, Bank Rakyat, Scomi, MISC, Skali, AXA, Khazanah Nasional, HSBC serta pelbagai MNC dan GLC lain. Turut menyertai karnival ini adalah Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), MERCY dan pelbagai universiti awam dan swasta. ( klik sini utk maklumat lanjut )

DECTAR

pemandang depan DECTAR
rombongan bdak2 skolah pun ade..
nyum.. nyum.. milk tea yg free..

masjid UKM ~ tp tak jelas mane, sbb slah posisi nk amik gmbar

Friday, October 17, 2008







~kepada semua adik2 yg akn menduduki exam SPM tahun ni.. gud luck!~

final exam + noveL


Salam..


Kdang2, bila mood nak post entry datang, masyaAllah, byk btul nk taip.. smpai idea mencurah2, tak henti2 nk taip.. tp bila dah lame tak post entry, tgok blog pun, lesu je.. tade mood.. jenguk byk kali, tp jenguk je la..titik..


Alhamdulillah, ptg td da lepas test undang2 (computer).. syukur sgt2.. tadelah lepas ni nk sakit kepala duk hafal papan tanda la, itulah, inilah.. hehe.. sekurang2nya, dah lulus.. insyaAllah, nex sem baru nk masuk bengkel..skrg tgh pokai..duit skrg mcm air..mengalir keluar je..masuknye tade pun..duit..duit..tp kan hrga minyak da turun. x silap skrg hrga minyak da jadi rm 2.30 (last day tgok KOSMO).. ai, minyak da trun harga. brang2 laen tak nak turun jg ker..??


tu citer psal minyak. yg jd isu skrg, em.. btul2 tak puas ati ngan layanan penjaga kaunter waktu nk dftar amek ujian td. emo semcm je.. dah lah tak senyum.. adeyh... betul2 buat mood org laen berubah jg.. punya lah kite senyum smpai meleret ke telinga.. (hiperbola je tu..), die buat dek je.. pndang pun tak.. rase2nya entry yg lepas2 da ade citer psal topik ni.. letih nk membebel pnjang.. yg tadi non-muslim.. takpelah.. huhu..


Semalam, ada majlis solat hajat dan bacaan yassin kt blok smpena nk dekat final exam.. ~good luck to all my frenz..~ alhamdulillah, w/pun tak sume yg trun mengimarahkan majlis baca yassin dan solat hajat tu, skurang2nya majlis berjalan lancar.. mgkin atas faktor ramai yg kawad kaki (smpena konvokesyen yg da nak dekat ni.. ramai ROTU yg kena latih kawad~jadi traffic rasenye.. klu x silap la..).. kesian tengok dorang.. malam2 pukul sblas lebih, masih berkawad.. tabah nye mereka2 tu.. klu nk dibandingkan dgn diriku ni... ^_*


assignment berlambak2.. sumenya nk kena anta nex wik.. nex wik la final, nex wik jg la ade oral Arab, nex wik jg duk pakat2 pulun abeskan assignment.. huhu.. letih den.. tapi letih tu la yang melatih kita jd tabah.. tadelah asyik nak duk rileks je.. kdang2 tu tekanan tu perlu jg, kan.. bila ade byk tekanan, kena bykkan sabar.. ingat Tuhan.. sumenye ade hikmah..


minggu lepas, mak sdara selmt diijabkabulkan dgn pasgnnya. Tahniah.. smg kekal hingga ke syurga. majlis b'jln dgn baek, cuma mgkin disbbkan majlis buat hari jumaat.. so, kehadiran tetamu2 yg nk dtg mkan tu tak henti2.. smpaikan lauk & nasi abes cepat. Ape lagi, byklah lauk yg on the spot kena buat cthnya sayur labu la, telur letak sos la.. em, tapi sronok.. sbb masa ni la, kerjasama sesama family kita nmpak. tak ktinggalan bdak2 kecik pun da pndai nk tolong. Tolong angkat pinggan, siap basuh lagi. good boy.. arap2 lepas ni, bertambahlah bilngan my cousin.. hehe..



mslh wireless baru2 ni menyebbkan byk bnda tergendala. 2 3 ari lepas, ade jg pegi cc, baca blog kengkawan yg terbaru, blog FT, dll.. tp xley nk bace lame, sbb kena pegi kelas. nk komen pun, tade idea sgt. duk maen baca2 entry org laen, terjumpa satu novel yg baru kuar. BUKAN YANG PERTAMA ~ Salina Ibrahim. wah, da lame tggu karyanya yg trbaru. akhirnya kuar jg. bkan pe, skrg tetiba, mood nk baca novel ade. b4 raye ari tu, ade jg pegi mid valley (teman si anis), pastu singgah kt MPH, ingt nk beli buku TUNAS ~ Hlovate, tp terkansel sbb byk bnda nk pkai duit time tu. Wktu masuk MPH tu.. uish, mmg rambang mata jg la.. sbb byk jg buku yg baru kuar.. ni susah ni, bile dah jadi kaki novel ni. asyik nk beli je.. HIJAB SANG PENCINTA ~ Ramlee Awang Mursyid pn nmpak best.. yg satu lagi, BILA NAYSRAH KATA TAK MAHU, yg ni penulis baru dr Jemari Seni. bleh tahan jg la, tp xbace lagi.. so, skrg yg de kt fikiran skrg nk cari bukan yg pertama tu.. huhu.. klu x, blehlah khatam time cuti semester akn dtg ni.. plak tu, skrg tgh de promosi.. siap dpt beg lagi klu beli novel BYP kt kdai2 buku yg terpilih.. huhu.. nak..


cover Bukan Yang Pertama


lpas Asar td, ada sorang adik (kem MESSAGE' 08) ari tu mesej. Tnya khabar.. borak2 via sms. Tnya psal pelajaran die. Byk jg dia luah msalah. Psal msalah nk study. nk cover balik subjek2 time form 1 & 2. sy pun bglah nasihat & saranan spy study group ke klu nk cover blik tajuk2 yg x fham. at least study group ni, byk bnda yg ley kongsi ngan kawan2. tp tulah, kdang2 study group ni, borak ngan study seimbang.. byk borak hal laen ade lah.. tp yg penting, kna cr ahli group yg btol2 komited la ngan study ni. klu mcm tu, barulah menjadi study. nk nasihat adik Fatihah pun, diri sndiri kdang2 study last minit jg. huhu.. bleh bg sokongan & dorongan je yg mmpu... to adik2 usrah ari tu, gud luck utk PMR.. ^_^


jln2 kt laman sekolah dulu, laman web alumni.. tau berita pasal classmate (kembar) dah selamat mendirikan rumah tngga. Alhamdulillah, bagusla.. tp yg terkilan, sbb lmbt tau. huhu.. & tade org yg in4m pon. mgkin sbb da lame x berhubung, so lmbat tahu. ape2 pun, slmt pengantin baru kpd saudara Hasnan&pasangannya. adik da masuk alam baru, tp si abgnya masih brjaya mengekalkan kebujangannya. hehe..


~ari ni penat sgt. sbb dr pg tadi, tak tdur2 lagi. em, ingt nk abeskan buku 'Nama beta Sultan Alauddin ~ Faisal Tehrani ' malam ni. nmpknya kena tangguh besok lah.. ni pun dah ngantuk sgt2 ni.. salam perjuangan dr sy. ma'attaufiq wannajah fil imtihan. wassalam












p/s : xsempat nk gi open house qila.. mknan2 yg qila list kt blognye, dgar cam best.. huhu..

p/s : ~ jenguk2 laman web JS, x sabar nk tunggu krya Kak Su yg terbaru jg. ~Panggil Aku Dahlia~.. rindu nk baca "Surat Ungu Untuk Nuha".. hehe..




~akan datang~

Wednesday, October 15, 2008

Monday, October 13, 2008

Bila mata berbicara..

~ salam alai'k~
hehe... saje je gempakkan tajuk... bila mata berbicara... ni bkan mata yg berbicara tp bila keyboard berbicara.. hikhik..

td dgr ustaz berceloteh psal mata.. katanya, semalam dia pegi klinik, sbb sakit kepala die makin menjadi2.. kot2 lah migrain.. jumpa doc, terus suruh buat ujian mata. Lepas cek, doktor tu ckap kat ustaz, ni kali pertama org datang nk cek mata, rabun berkurang. Ustaz tu sdikit terkejut jg la. Yela, kalau dulu, asyik bertmbah 'power' cermin matanya, alih2 skrg turun pulak...
.
Doktor tu tnya la, "awak ni makan ubat pape ke..? ke ade rahsia..? ". Dgn jujur ustaz tu cakap, "tak delah. Sy makan apa yg sy biasa makan je. mane2 ubat pun sy tak ambil. Rahsia lagi lah, tade.. ". Tambah ustaz waktu cerita ngan kitorang sekelas, memang terlintas kt hati dia nk kurangkan masalah kerabunan mata sbb dgar2 orng ckap, makan carrot bleh elokkan mata, tomato la (if x silap la..). Tapi tak adelah dia asyik nk makan carrot je semata2 nk turunkan 'power' cermin matanya. Dia pun pelik. Doktor pun pelik jg.
.
Pastu ustaz tu ckap, "mungkin ade hikmahnya saya warnakan ruang tamu kt umah sy tu dgn cat kaler hijau.. ".. wah, kitorang ter'excited' dgar, nak2 lagi mereka2 yg skrg bercermin mata. "Kenapa dgn wrna ijau, ustaz..? " salah sorang dr kami bertnya. Ustaz tu bagilah tazkirah sket, Allah ciptakan banyak warna kat atas dunia termasuklah warna hijau. Ada satu kajian, kalau ditakdirkan warna hijau tak ada atas dunia ni.. manusia boleh buta. Em.. penting jg ye warna hijau ni.. <--warna hijau daun pucuk pisang cantik..

.
sambung ustaz tu lagi, zaman die belajar2 dulu, penah ade orang cakap, kalau nk jaga mata -- penglihatan kita ni, seelok2nya, tiap kali bangun pagi tu, jenguk kat tingkap, tengok tumbuh2an yang warna hijau.. pokok2.. tu salah satu cara nk jaga mata.. bkan bangun pagi je, time tade keje nk buat apa2 ke, perhatilah pokok2, utk restkan mata kita ni..<-- cikgu sains form4 sy dulu pernah ckap jg.. sbb tu pentingnya pokok2 pd kita..
.
tp disbbkan pokok tak byk kt umah dia, so, ustaz tu decide nk warnakan ruang tamu umah die ngan warna ijau.. tiap2 pagi, bila die bangun dr tidur, ustaz spend time sket duk merenung ruang tamu dia tu.. tengok dinding la.. mgkin tu kot antara rahsia2nya.. <-- my dream : nk warnakan umah kaler ijau jg la.. cantek sket.. kata org, ijau tu menawan.. hehe..
.
sempat ustaz tu titipkan pesan, "ha, yg kt depan sy ni, bakal2 saintis ke, nk ujikaji tu, ujilah perkara2 yg org laen tak kaji lagi.. rekalah sesuatu yg org laen tak reka lagi ke.. ". Antara kami yg ade amek kos sains ni, tnyalah.." Ustaz nk suruh kami reka apa, nk uji ape..? " .. terus ustaz cakap.. "cari cara laen, mcm mane nk ubat masalah kerabunan ni. Asyik2 bila jumpa doktor, ckap mata jadi rabun, terus pakai cermin mata. Kalu mcm tu, buat apa, lgi nk menambahkan ketebalan cermin mata ade la... ". Kami senyum je.. Macam2 la ustaz ni.. Tapi ade betulnya jg. Bak kata pepatah " Mencegah lebih baik dari mengubati". Lagipun, skrg sy dgr da ade teknik laser utk baekpulih mslh mata ni. Tp ongkosnya tinggi. Em.. ni bleh jadi assignment bdak2 sains ni.. hihi..
.
itulah al-kisahnya, mgkin lepas ni bley lah jadi pedoman dan rahsia nk kurangkan tahap kerabunan mata.. Sy pun bimbang, 'power' cermin mata sndiri pun da makin naek. mane taknya, tiap2 ari duk mengadap pc.. huhu.. jeles plak tgok org2 skeliling tak ber'cermin mata'.. [-.-']
.
kata teman sy (dia x pakai cermin mata), "suke tengok orang pkai crmin mata, nmpak cam genius..".. yeke..?? cam genius ke..?? mgkin lah ade yg sesetgh tu, tp x sumenya mcm tu kan.. mgkin pndangan sesetgh org mcm tu... ape2 pun, bersyukur sbb masih ada daya penglihatan. Masih dpt lihat nikmat2 Allah.. tp tu la, pndangan mata kena jaga baek2.. nak2 kita sbg seorang muslimah. Jaga pandangan tu penting..
.
p/s : teringat pasal mata, tetiba teringat gambar cover novel 'ayat-ayat cinta'.. pastu teringat pulak tayangan movie AAC waktu hari raya ari tu kat tv3, teringat watak 'Aisya' yg berpurdah.. satu je yg bleh nk komen, novel ngan movie AAC, berbeza betul.. lari dari cerita asal.. adaptasi dr novel ke namanye tu..?? bg yg da bace novelnya, bleh la tau kt mane yg berbeza sgt tu.. Fahri dlm novel tak seperti watak Fahri dlm movie, camtu jg dgn watak2 laen..(in my opinion la..)

Wednesday, October 8, 2008

Mood raya

Assalamualaikum.. Salam Syawal..

hari ni da masuk 8 syawal ~ 8 Oktober... mood nk study bru ade.. lame sgt cuti, smpai awal kuliah pun, camtu jer.. hehe.. ingt umah lagi.. ingt raye..

raya thun ni mcm sblumnya... tp meriah sket... sbabnya, ramai sedara balik kg.. bley jalan2 raya sama2.. nk eratkan silaturrahim, kn.. raya ke-3, kak yati (cousin) tunang.. tema purple, cantik.. raye ke-4, mak spupu (ka dilla) kawen.. husband org Sarawak.. tema mjlis, purple jg.. agak rmai jg tahun ni, org buat mjlis kawen ngan tunang time raya.. insyaAllah, lusa, mak sedara plak.. (cik dah, selamat pengantin baru..!)
.
duit raya..??hihi..dah besar2 ni, makin kurang dpt.. kuantiti org nk bagi sket je, tp kuantiti skali dpt, byk.. tp xpela, xkesah sgt ngan duit raya.. sbb time kanak2 dlu je, yg best dpt duit raya.. bila da makin meningkat umur ni, kureng sgt nk amek tau.. org bg, syukur je.. x bagi, xper... aslkn dpt jln2..
.
raya-raya jg.. tp sambil2 tu, ambil la kesempatan di buln syawal yg mulia ni dgn puasa.. puasa 6 ke.. puasa sunat ari senin ngan kames ke.. puasa ganti ke..( khususnya utk muslimat..).. blehlah buat..
Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, “ Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”. (Muslim)
balik cuti, tetibe tertengok citer 'Soleha' kt tv9.. kt blok, tak penah tgok pun.. balik2, tgok sepupu+mak sedara+adik2 duk tengok tv, ingtkan citer ape.. rupanye, 'Soleha'.. em.. usha2 ngan sepupu, tnya jln citernye cmne.. ape kisahnye.. die pun story la 1 by 1.. tp xlengkap mane.. tp lagu die best.. hihi.. cari jg kt aimini, jupe.. bait2 lirik lagu tu best... Ungu - Ikhlas..
.
Saat dunia berhenti berputar
Saat manusia tak sanggup lagi berharap
Ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
Menyinari dunia yang tlah kau singgahi
.
Mampukah ku untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
DihadapanNya
DihadapanMu Ya Allah
.
Sesungguhnya manusia
Takkan bisa menikmati surga
Tanpa ikhlas dihatinya
Sesungguhnya manusia
Takkan bisa menyentuh nikmatNya
Tanpa tulus dihatinya
.

huhu.. xsabar nk tgok mak sedara nikah.. hihi..

Thursday, October 2, 2008

Syawal 1429 H


Salam Aidilfitri...



Maaf zahir & batin



Semoga Syawal kali ni lebih bermakna dr seblumnya..