Petang itu, niat di hati nak pegi jalan-jalan. Nak makan angin katakan.... baru je saya ambil kunci kereta, automatik ada dua orang budak perempuan tersengih di belakang saya. Siapa lagi kalau bukan budak comel dua orang tu... (^_^)v
.
saya pun biarkan je bila dua-dua masuk kereta, tapi sebelum masuk, dua-dua gaduh (budak2 gaduh, almaklum saje la..).. topik gaduhnya, sebab decide siapa nak duduk depan, siapa nak duduk belakang. Si kakak suruh si adik duduk belakang. Si adik pulak bertegas nak duduk depan. (apa yang istimewanya duduk kat depan tu, saya pun tak tahu..). Alih2, saya cakap "dua-dua duduk belakang" -- nak tamatkan gaduh2 manja tu.. hehe..
.
petang tu, bukan nak jalan jauh pun. jalan dekat2 situ je. tapi, tangan gatal, terus pusing stering menghala ke tempat yang agak jauh dr rumah. apa lagi, sukalah dua beradik tu, sebab boleh jalan jauh.
.
.
"dik, pakai tali pinggang.." ujar si kakak pada adik yang tengah berdiri kat tengah2 tempat duduk. Saya diam (<--- diam tapi dengar..)
.
"kenapa..?" tanya si adik.
.
"nanti polis saman. bukan kakak yang kena bayar, tp adik yang kena bayar sndiri." balas si adik.
.
"ye ke?" si adik khuatir lagi.
.
"ye. tak tengok ke dalam tV..? yang kartun tu, kan kena saman sebab tak pakai tali pinggang kat tempat duduk belakang.." balas si kakak dengan yakin. si adik memandang saya dari sisi.
.
"ye ke, kak?" tanya si adik pada saya.
.
"ye. tapi, kalau umur bawah 18 tahun, tak kena bayar sendiri lagi.. " dua2 angguk.. angguk yang nampak macam betul2 faham. saya senyum. dalam hati, tiba2 berdebar.. dup dap dup dap...
.
nun tak jauh dari saya, beberapa buah kereta berderet2 tengah berhenti. Alamak...
.
hehe...
.
terus saya brek slow2.. bagi isyarat ke kiri. pastu, masuk satu lorong.
.
"nak gi mana ni, kak?" tanya si kakak. tahu2 saja dia yang saya ni masuk lorong lain. sebab lorong ni kalumasuk terus, memang jumpa JALAN MATI. huhu...
.
"akak nak pusing balik.." balas saya perlahan. sambil2 tu, mata dah cari tempat sesuai nak pusing balik.
.
"la, tak jadi ke nak jalan2..?" tanya si adik.
.
"esok je la. hari ni, sampai sini je kita main jalan2.." balas saya.. masuk gear 1, masuk gear reverse beberapi kali. akhirnya, pusing semula nak ke jalan utama. bagi isyarat kanan, terus masuk jalan pulang. dua2 yang kat belakang diam (mungkin hampa kot sebab jalan2 makan
angin hari ni tercancel... maaflah ye, dik..(*___*)
.
"ai, awal balik. kata nak pegi jalan2..." tegur ayah bila kereta dah diparking.
.
hehe..saya sengih. ''ada ROADBLOCK kat depan sana tadi.."...oleh kerana, asyik lupa nak tampal huruf 'p' kat kereta, begitulah nasibnya.. kalau nak kena saman, boleh saja nak jalan terus.. haha.. satu pengajaran untuk hari ini.. memandulah dalam keadaan yang selamat dan yang dibenarkan.. bukan apa, baru tadi tengok rancangan 999 kt tV... pasal roadblock. ada la sorang mamat ni(naik moto), bila nampak jpj buat roadblock, die jadi panik. terus pecut, konon nak selamatkan diri. tapi, bergesel dengan kenderaan lain, terus jatuh. akhirnya, kena tahan juga. kata orang yang melaporkan kejadian tu, mamat tu cukup syarat untuk memandu, tapi yang menjadi masalah, sebab dia di bawah pengaruh alkohol.. tu yang jadi panik mengejut.
.
kalau kita masih ingat lagi, kes ragut kat Air Hitam, Johor yang menyebabkan seorang ibu yang sedang hamil 2 bulan meninggal dunia tu, peragutnya telah berjaya ditangkap. ye lah, sekarang gejala tak sihat -- ragut-- makin berleluasa. dalam akhbar, dah bertimbun dengan laporan tu. setiap hari, ada je yang kena ragut. seingat saya dulu, kes ragut hanya melibatkan kebendaan saje. tapi sekarang, nyawa pun diragut sekali.. apa2 pun, nasihat sy, bagi mereka2 yang suka bawa+pakai barang yang berharga bila nak keluar dari rumah, jagalah dengan baik. jangan dedahkan sangat sampai peragut pun berbalam-balam mata nak ragut.. jaga diri. wallahu'alam..