CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Thursday, June 5, 2008

78 sen, rm1...


salam alaik...

semalam..huru-hara kat stesen minyak berhampiran rumah..mane taknye, kereta, moto, van, dan segala jenis pengangkutan yg ade kt malaysia ni yg mempunyai tangki minyak, beratur tggu giliran nk ec minyak...huhu..sesak jg la jalan kat c2..walaupun, kwasan kt cni bukan kwasan bndar..kalu stesen minyak kt bandar, agaknye sesesak mane la ye..??

semalam jg, tgok berita kt tv3, bgtau psal kenaikan harga minyak after jam 12 t/malam..sbb tu, rasa nk tgok..pegi je la tgok..tade kenderaan sndiri..kalau x, mmg sah2 sy dah tergolong di dlm golongan mereka2 yg beratur tggu turn, nk penuhkan tngki minyak..tp tu la, yg paling heran, smpai lpas kul 12 pun, ade jg still sggup tggu nk ec minyak..w/pun, yg baru datang..huhu..

petrol naik 78 sen, diesel naik rm1...


harga petrol, dr rm 1.92 kpd rm 2.70 seliter..

harga diesel, dr rm 1.58 kpd rm 2.58 seliter...

satu penambahan & kenaikan yg besar jg..mahunye tak besar, kalau ikut peratusan kenaikannya..(hehe..i love math, dat's y maen2 kira2 percent nie..)..

~ petrol naik 40%, diesel naik 63.3%

satu angka yg agak besar jg..td, masa tgok berita, statistik kenaikan harga minyak ni bermula pd tahun pemerintahan mantam PM, Tun Dr. Mahathir..dan terus naik sehingga skrg..agknya, akan dtg mcm mane ye hrga mnyak..??haru betul..akn dtg kena fikir lg, sbb kemungkinan dah ade knderaan sndiri tinggi..hidup byk dugaan kan..

..tangisan..


Kata ahli hikmah dunia, dunia dimulai dengan tangis, diselangi dengan tangis dan diakhiri dgn tangis.
Menangis ade kalanya dituntut oleh syariat. Hamba Allah yg amat mencintai Tuhannya sllu menangis mngenangkan dosanya. Mereka memaksa diri menangis, mngenangkan nasibnya di hari akhirat kelak & membayangkan keadaan huru-hara apabila mnjelang hari kiamat. Dlm kes ni, menangis itu dituntut. Ingat! Setitis airmata yg jatuh krn takutkan Allah, akan dpat memadamkan api neraka di akhirat kelak.
Dlm hadith, Rasulullah bersabda bhw air mata dari tangisan seorang pembuat dosa yg bertaubat adalah lebih disukaiAllah dari tasbih para wali.
Rasulullah juga ada bersabda : "Kejahatan yang dibuat lalu menimbulkan rasa sedih adalah lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur"
Hari ni, manusia lebih suka menangis & trus menangis... tp, sebab tngisan mereka amat jauh bezanya dgn tangisan para Nabi, Rasul dan sahabat.
~Kalau dulu, org2 soleh menangisi sbb kenangkan nsibnya di akhira ttp org2 hari ni menangis kerana takut kehilangan dunia! Tngisan ni dtg dr sifat tamak & tak redha dr dlm diri manusia itu sndiri.
~Kalau org2 soleh dulu menangis krn takut berpisah dgn iman & cinta Allah, org2 hari ni menangis krn takut berpisah dgn dosa & maksiat!
~Jika para Nabi, Rasul serta para sahabat menangis takut untuk hadapi akhirat, org2 hari ni sprti tidak takut untuk menghadapinya malah seolah-olah berani.
~Org2 soleh berani utk mnghadapi cubaan & dugaan hidup kat dunia, tp org2 hari ni takut & lemah hati dlm 'hadapi kegagalan & kekecewaan hidup.
Menangis dan menangislah... tp biarlah kena pd tempatnya yg dibolehkan agama.. InsyaAllah, beroleh keberkatan dari-Nya..

Wednesday, June 4, 2008

Ujian...



Hidup ni pnu dgan ujian. Mmg perit & pedih untuk kita hadapinya. Tp kita kena faham konsep "ujian" dalam perspektif Islam. Krn sekiranya kita tak faham dgn jelas, kita akan cepat putus asa, kecwa & lebih bahaya apabila kita buruk sangka pd Allah swt. Jadi, macam mana ingin memujuk hati yg sedang berduka lara itu? Pujuklah dgn berzikir dan mengingati Allah... & bacalah kitab Allah, Al-Quran... sesungguhnya, byaklah sudah isi2 yg tersingkap di dlmnya.. segala jwapan ada di dalamnnya..InsyaAllah..

KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, " "Kami telah beriman", sedangkan mereka tak diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
[Surah Al-Ankabut : 2-3]
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Boleh jadi mahu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
[Surah Al-Baqarah : 216]
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
[Surah Al-Baqarah : 286]
RASA FRUST?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.
[Surah Al-Imran : 139]
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Wahai org2 yg beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara2 yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih drpd kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dgn kekuatan pertahanan di daerah2 sempadan), serta bertaqwalah kamu kpd Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).
[ Surah Al-Imran :200]
Dan mintalah pertolongan (kpd Allah) dgn jalan sabar & mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kpd org2 yg khusyuk.
[Surah Al-Baqarah : 45]
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dgn memberikan syurga utk mereka.
[Surah At-Taubah : 111]
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.
[Surah At-Taubah : 129]
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!
... dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.
[Surah Yusuf : 12]
~ ujian ini jg bleh jd sbg tanda kasih Allah pd diri kita sbg makhlukNya..dan Allah akan uji sesorang hambaNya mlihat pd kemampuannya itu..klu xmmpu, xkan Allah uji..tp tgok pd kekuatan iman hamba-Nya yg diuji 2..klu kuat iman, tabahla die hadapi ujian..klu xkuat..tu yg jd byk kes bunuh dr 2..huhu..dunia..dunia..
kdang2 sedar x sedar, kita lebih menyayangi makhluk Allah yg lain berbanding Dia..kita lbih cintakan family, kwan2, sape2 je la..sdangkan kpd Allah, kita xcinta sepenuh hati...
sbnrnya ujian ni pnggilan Ilahi utk bw kita ke jln yg lbih mngingatkan kita pdNya..hanya mengadu pdNya sahaja..kembali mengharapkan inayahNya..w/pun ujian 2 perit, tp ia memberikan kita merasai halawatul iman(kemanisan iman) & mahabbah Illahi..^_^
redha la dgn setiap ujian..dan sentiasa beristighfar selalu..insyaAllah..kita akan lebih dekat dgnNya..amiin..

Sunday, June 1, 2008

This i promise you..

When the visions around you,
Bring tears to your eyes
And all that surround you,
Are secrets and lies
I'll be your strength,
I'll give you hope,
Keeping your faith when it's gone
The one you should call,
Was standing here all along..
And I will take
You in my arms
And hold you right where you belong
Till the day my life is through
This I promise you
This I promise you
I've loved you forever,
In lifetimes before
And I promise you never...
Will you hurt anymore
I give you my wordI
give you my heart (give you my heart)
This is a battle we've won
And with this vow,
Forever has now begun...
Just close your eyes (close your eyes)
Each loving day (each loving day)
I know this feeling won't go away (no..)
Till the day my life is through
This I promise you..
This I promise you..
Over and over I fall
(over and over I fall)
When I hear you call
Without you in my life baby
I just wouldn't be living at all...
And I will take
(I will take you in my arms)
You in my arms
And hold you right where you belong
(right where you belong)
Till the day my life is through
This I promise you baby
Just close your eyes
Each loving day (each loving day)
I know this feeling won't go away (no..)
Every word I say is true
This I promise you
Every word I say is true
This I promise you
Ooh, I promise you..
~ n-sync
nice music...yeah..lirik pun best..byk mksud t'sndiri..evryday,msti dgar lagu ni..knp?diri sndiri pun xtau..huhu..i promise u,i'll b some1 better than b4..

Kejemuan dan kebosanan...

Hari-harinya berlalu, kemudian datang kembali dengan kejemuan. Kejemuan itu kadangkala memuakkan. Seperti makan nasi sepuluh kali sehari dengan menu yang sama. Memuakkan hingga tidak tertelan. Itulah kehidupan yang sedang dirasakan. Namun segala apa pun yang datang, hidup wajib diteruskan. Wajib diteruskan dengan sebaik mungkin.

Bangun pagi, mengenakan baju, kadang-kadang dia termuntah kosong. Lebih-lebih lagi setiap kali bangun pagi, yang terbayang adalah wajah-wajah yang bakal dia temui sepanjang hari. Wajah-wajah yang sama. Perangai-perangai yang sama. Tabiat-tabiat yang sama. Pandangan-pandangan yang sama. Perbuatan-perbuatan yang lebih kurang sama. Termasuk dirinya sendiri. Amat menjemukan.

Kadangkala dia risau. Apakah perasaan yang begitu adalah perkara normal yang dirasakan oleh seorang manusia yang waras? Ya, adakah kebosanan yang dirasakan agak keterlaluan itu adalah di luar batasan kewarasan seorang manusia?

Jiwanya bagai sudah tepu. Tidak lagi dapat menerima semua itu. Memerhati teman-temannya, dia mengeluh dalam kehairanan yang panjang. Begitu penyabar manusia-manusia di sekelilingnya. Sungguh-sungguh sabar. Mereka tidak pernah putus asa dan bosan pada kerja-kerja mereka yang menjadi rutin untuk tempoh yang begitu lama. Ya, mereka cukup penyabar di matanya.

Sesekali ingin juga dia bertanya kepada mereka tentang kejemuan dan kebosanan yang sedang menyerang jiwanya ketika itu. Tidakkah mereka pernah merasakan kejemuan yang sama yang sedang menguasai dirinya?

Sesekali dia menyelak langsir tingkap biliknya. Memandang ke luar melalui tingkap cermin. Kosong. Memandang fail-fail yang terbuka di atas mejanya, kosong juga. Memandang wajah teman-temannya yang berada tidak jauh dari tempatnya, kosong juga.

Apakah itu tandanya dia sudah mulai tiba di suatu titik yang menemukan dirinya dengan kebosanan terhadap rutin hidup yang sama? Begitukah? Dan apakah kebosanan itu adalah sesuatu yang dapat diubati?

Dikepung dan dihimpit rasa kebosanan yan berlanjutan itu, mahu tak mahu dia terpaksa memujuk dirinya. Hidup wajib diteruskan. Tidak kira betapa sukar sekalipun.

Lalu, dia mahu batinnya pulang. Pulang kepada fitrah insane. Tentang kesyukuran akan kehidupan yang diberikan Allah. Menghitung nikmat yang Allah limpahkan. Untuk dia merasa. Tanpa kepayahan. Tanpa kesusahan.

Dia mula memejamkan matanya.

Dia memaksa-maksa. Ya, memaksa-maksadirinya gar bersyukur. Lebih bersyukur. Terus bersyukur. Selama-lamanya bersyukur.

Tetapi, bagaimana?

Bagaimana kejemuan itu dapat disingkirkan? Kejemuan itu bukan seperti habuk yang melekat pada baju. Yang dapat dihilangkan apabila dicuci. Kejemuan itu bagaikan sesuatu yang tepu, melarut dalam perasaan. Bagaimana?

Ah, ini pasti kerja makhluk yang satu itu. Makhluk apa lagi kalau bukan makhluk itu. Makhluk yang suka membisikkan kata-kata sumbang dan sumbing. Yang suka mencuit-cuit hati manusia dengan nikmat yang bersalahan daripada kasih sayang Tuhan. Yang suka menimbulkan itu ini. Yang suka meragu-ragukan. Yang suka merunsing-runsingkan. Yang suka melemah-lemahkan jiwa manusia. Juga suka menjatuhkan taraf keupayaan manusia. Kerana mahu manusia ikut terjun ke dalam neraka bersama-sama kaum yang derhaka!

Mengenangkan hal itu, dia segera beristighfar. Bimbang jika kebosanan itu menjadi ruang untuk syaitan meletakkan satu titik hitam dalam hatinya. Dia beristighfar berkali-kali.

Lalu dengan sengaja, dia membayangkan segala yang tidak manis. Sengaja! Ya, dengan sengaja atau mungkin mengada-ada, dia membayangkan semua wajah muram, wajah-wajah kasihan. Kerana dia percaya, syaitan tidak gemar pada hal-hal dunia yang tidak manis. Hal dunia yang pahit dan melarat!

Dia memejamkan matanya, bagaikan sedang menonton wajah-wajah yang kelaparan. Dia menyeru wajah-wajah itu. Agar datang membangkitkan keinsafan. Agar datang menghalau kebosanan.

Mula-mula dia cuba bayangkan semula wajah-wajah anak-anak orang Asli yang pernah ditontonnya melalui kaca televisyen. Wajah-wajah yang jauh dari pembangunan. Jauh dari keselesaan. Namun, mereka sabar dan tenang dalam kekurangan itu. Bersyukur sekadar apa yang Allah berikan.

Ah, demikian jelas bahawa dia memang seorang yand tidak bersyukur!

Kemudian, dialihkan pula ingatannya pada wajah-wajah kecil yang berdikari menguruskan diri di rumah anak yatim; yang pernah dijenguknya untuk menghantar sumbangan dan berbuka puasa bersama mereka. Tiada lelaki untuk dipanggil ayah. Tiada wanita untuk dipanggil ibu. Dan dia? Dia kembali sedar, dia punya ayah, dia punya ibu, dia punya adik-beradik dan dia juga punya keluarga. Begitulah kedudukannya. Dia adalah seorang perempuan yang sedang menggendong ujian, lahir ke dunia untuk di dewasakan oleh duri yang tajam. Dia dilahirkan dengan kebahagiaan.

Astaghfirullahalazim!

Batinnya dikejutkan semula oleh bisikan malaikat-malaikat yang sedang berebut-rebut dengan syaitan. Matanya yang tadi dipejamkan, dibuka semula. Dia menarik nafas perlahan-lahan. Beristighfar berulang kali. Kemudian memejamkan matanya semula.

Walaupun takdir hidupnya perlu dia jalani bukan seperti keinginannya, tersasar jauh daripada impian, tetapi dia tetap seorang perempuan yang bertuah. Yang cukup sifat. Berkemampuan untuk menambah ilmu dan meneruskan ibadat. Dia ialah seorang perempuan dewasa yang cukup bertuah dalam istilah kehidupan orang yang menderita.

Menurut kajian International Labour Organization (ILO), kebanyakkan anak perempuan yang berumur
limahingga empat belas tahun di Burkina, Afrika, terpaksa bekerja sebagai buruh. Terdapat lapan puluh juta buruh kanak-kanak di seluruh benua Afrika. Dan jumlah itu dijangka melebihi angka seratus juta pada tahun 2015. Selain itu, kira-kira lapan ratus juta orang di muka bumi ini yang didapati tidur di dalam keadaan lapar setiap hari. Adapula anak-anak perempuan yang dipaksa melacurkan diri.


Astaghfirullahalazim!

Dia? Bagaimana dengan dirinya? Makan cukup walaupun tidak mewah. Tidur lena walaupun kadang-kadang terganggu. Dan anak-anak itu? Terus dia membayangkan wajah-wajah kecil yang tinggal rangka menadah tangan, terlantar kelaparan. Dan dia? Masihkah dia tidak mahu bersyukur? Masihkah dia mahu membunuh rasa yang entah apa-apa dan melupakan nikmat-nikmat Allah yang tidak terhitung?

Dia menampar-nampar pipinya beberapa kali. Bangkitlah! Bangkitlah wahai roh yang diselimuti kejemuan dan debu-debu dunia. Bangkitlah. Serulah dengan nama Tuhanmu.

Allah! Allah! Allah!

Mengingatkan dirinya berkali-kali tentang Allah, tentang dirinya, tentang orang yang lebih menderita daripada dirinya, tentang nikmat yang sedang dia khianati; dia sebak sendiri. Sebak dan kemudian diselubungi kesedihan, memaksa semua kekosongan itu terus terbang pergi kerana serta-merta dia merasakan dirinya sedang disaksikan.

Ya, Allah itu Maha Melihat. Maha dekat dengan hamba-hamba-Nya. Manusia menjauhkan hati dan ingatannya daripada Allah, maka terasalah bahawa Dia jauh. Jika manusia sentiasa mendekatkan hati dan ingatannya kepada Allah, maka terasalah bahawa Dia terlalu dekat. Dekat dan memerhati. Dekat dan mengasihi. Dekat dan melindungi. Jika manusia tidak mahu mensyukuri apa yang Allah beri, selagi itulah manusia akan rasa nikmat itu masih tidak mencukupi.

Menyedari hakikat itu, dia menghalau kekosongan dan kebosanan itu jauh-jauh. Agar dirinya bebas daripada kesalan. Dia terus menghalau kebosanan dan kekosongan itu, biar ia terbang pergi. Menghilang di balik gumpalan awan dan jangan pulang-pulang. Tolonglah jangan pulang-pulang! Dia bagai merayu agar kebosanan itu jangan kembali.
Tersentak, dia bangkit daripada gangguan jiwa yang lesu.


Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya pada waktu pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya; dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka( kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikut orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas
[ Al-Kahfi : 28]
Astaghfirullahalazim! Dia meyesali kebosanan dan kekosongan yang sedang dia rasai. Berkali-kali dia menyesali. Sesungguhnya hanya hamba yang tidak mengingati Tuhannya sahaja yang sempat merasa bosan. Dan sesungguhnya orang yang tidak mengingati Allah itu adalah orang yang dilalaikan daripada kebesaran dan keagungan Allah dan menjadi hamba yang menuruti hawa nafsunya. Itulah orang yang melampaui batas.
Astaghfirullahalazim! Dia beristighfar berkali-kali. Penyesalan membuak-buak. Lalu terus dialihkan tumpuannya pada kerja-kerja di hadapannya yang masih belum disiapkan lagi. Sebagai seorang manusia yang memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar, amat berat. Ya, menguruskan kehidupannya membuatkan ada kalanya merasa bosan. Kadang-kadang perlu mengalah dengan situasi yang dia sendiri tidak persetujui. Lama-kelamaan dia mula dikuasai rasa jemu dan bosan. Hakikatnya, itu adalah sebahagian daripada ibadah. Menyumbang kepada kebaikan. Itukan kerja ibadah. Dan mencegah daripada berlakunya keburukan, itu juga ibadah.... Ya, amar makruf nahi mungkar.
~ “dia”,izinkan mimpi berulang 03:04am, 14 J/awal 1429H ~