CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Friday, August 21, 2009

Marhaban ya Ramadhan...

.
salam..
.
minggu ni, tade pape yg menarik nak di coretkan..
.
cuma, semalam ada majlis akur janji (Oath taking ceremony) utk student baru kat dewan banquet..
.
sepatutnya, majlis ni di buat 2 minggu lepas, yaitu minggu masa cuti yang mengejut tu..
.
tapi, di tunda ke hari semalam...
.
.
insyaAllah, esok da start puasa..
.
ahlan wasahlan ya ramadhan..
.
^______^
.
..&... selamat berpuasa kepada semua kawan2 dan saudara2ku sekalian..
.
semoga Ramadhan kali ini, kita lebih3kan buat amal kebaikan, cegah hal2 yg mungkar..
.
dgn niat lillahi ta'ala..
.
amiin...
.
jangan lupa, tarawikh mlm ni..
.
hehe~
.

Muhammad Adam..

.
Muhammad Adam..
.
nama itu yang di beritahu oleh taman_syurga...
.
23 Sya'aban 1430..
.
semoga Adam membesar menjadi orang yang soleh...
.
amiin..
.
.
dah lama takde budak kecik dalam family, since my sis 5 years old now.. huhu~ da besar adik yek..
terasa diri macam dapat anak buah.. hehe~.. padahal, 'Adam' tu, my new cousin.
.
.
balik raya nanti, kite jumpe ye..!
.
.

Friday, August 14, 2009

yang pergi tak kan kembali

.
tengah hari semalam, sedang saya sibuk membelek2 file sijil2 kat tangan, enset bergetar dua kali, menandakan satu mesej masuk..

Ketua Rabbani, Asri Ibrahim, 40 tahun, dilapor media telah meninggal dunia pukul 11 pagi tadi akibat sakit jantung - H***

memang tak dinafikan, terkejut tu ada.. sebab sy antara peminat kumpulan Rabbani. pernah menganjur program yang melibatkan persembahan khas dr Rabbani, dan berurusan dengan mereka. berjumpa scr live dan ambil gambar bersama untuk sesi kenangan (gambar dalam entry [150209] Final... ).. program Fesnik, yang berlangsung awal tahun baru2 ni. terasa baru lagi berjumpa.. lagikan saya yg hanya berjumpa sekali dua, sudah terasa. lagi terasa kehilangan arwah bagi mereka yang sentiasa di sekeliling nya..
.
awal pagi tadi (sekitar pukul 2-3 pagi..), ada seorang hamba Allah menelefon pihak IKIM utk ruangan sembang pagi, meluahkan rasa dan ucapan takziah dari keluarganya kepada pihak keluarga arwah dan kumpulan Rabbani. memang tersentuh hati sy mendengar kata2 hamba Allah itu tentang semasa hayat arwah yang banyak menabur budi dalam bidang nasyid, berdakwah dari awal, ketika aktif dalam al-arqam.. sehinggalah, wujudnya kumpulan Rabbani pada thun 1997..
.
sama2 kita sedekahkan Al-fatihah pada arwah. moga2 roh arwah Ustaz Asri di tempatkan di kalangan org2 yang soleh.. amiin...
.
lagu yang terpahat di ingatan saya sejak dari bangku sekolah..
.
Pergi Tak Kembali -Rabbani
.
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
.
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
.
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya
.
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana
.
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
.
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
.
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
.
innalillahi wainna ilaihi roji'uun..
.
.
.

Wednesday, August 12, 2009

[110809] hari yang bersejarah..

.
.
suasana dalam majlis..
.
.~11.08.09 ~
alhamdulillah, akhirnya usaha diri ini selama 3tahun di bumi ilmu
diiktiraf pada tarikh yang bersejarah ini..
syukur pada Allah, dapat menggembirakan hati kedua ibubapa
yang selama ini, banyak berkorban..
tak lupa pada semua pensyarah2 yang banyak
mmberi tunjuk ajar..
tahniah utk teman2 sperjuangan, yang sentiasa bersama
semoga sahabat2 di limpahi rezeki yang banyak
selepas bergraduat..
insyaAllah..
.
semoga kejayaan ini dapat menjadi sumber inspirasi adik2
dan
menjadi pendorong utk diri ini teruskan cita-cita
amiiin..
.
.

kiriman sejambak bunga dari yang jauh di sana..
syukran maksu..

Saturday, August 8, 2009

untukmu wahai kaum haWa..

.
.
Secebebis nasihat untuk wanita.

Untuk membentuk bibir yang menawan,
Ucapkan kata2 kebaikan
Untuk mendapatkan mata yg indah,
Carilah kebaikan pada setiap orang yg anda jumpai

Untuk medapatkan bentuk badan yg langsing,
Berkongsilah makanan dengan orang yg kelaparan
Untuk mendapatkan rambut indah,
Mintalah seorang anak kecil untuk menyisirkannya dgn jemarinya setiap hari

Untuk mendapatkan susuk tunuh yg indah,
Berjalanlah dgn segala ilmu pengetahuan,
Dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian

Manusia jauh melebih segala ciptaan yang lain,
Perlu sentiasa berubah, diperbaharui , dibentuk kembali dan diampuni.
Jadi, jgn pernah ketepikan seseorang di hati anda.

Apabila anda sudah melakukan semuanya itu,
Ingatlah sentiasa
Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan,
Akan sentiasa ada tangan terhulur.


Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri
Telah diberi dua tangan,
Satu untuk menolong diri anda sendiri,
Dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yg dikenakannya,
Bukan pada bentuk tubuhny,
Atau cara di menyisir rambutnya.
Kecantikan wanita terdapat pada matanya,
Cara dia memandang dunia
Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di persada cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita,
Bukan pada kehalusan wajahnya,
Tetapi kecantikan yg murni terpancar pd jiwanya,
Yg dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yg dia berikan
Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
.
.,