CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Saturday, July 5, 2008

salam..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..dgn penuh kesyukuran, sy panjatkan ke hadrat Ilahi..& selawat serta salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad saw...
Pagi yg cerah..haha..tade la..ekceli, baru terbangun dr tidur yg pnjang..tiba2 teringat, hari ni da nk balik kmpus..huhu..miss my home, family especially my sister2 yg byk mmbuatkan diriku sntiasa tersunyum spnjang cuti ni..huhu..xnk balik!!!


sbb da nk balik, mgkin ni
last entry...opppsss, bukan last utk slama2nya ye..~last utk sepnjang sy cuti..hehe..~dlm otak sy skrg ni, byk benda nk tulis kt sini, tp bila jari-jemari da de kt keyboard, mula la buat blur..huhu..haru betul..da la pagi ni agak sejuk dr kebiasaan..org laen khusyuk layan mimpi lagi..sy..??mengadap pc..ape la..[-.-']
sume brg da siap packing..my sis yg pegi kem arik khamis ari tu, insyaAllah, balik hari ni..arap2 smpat jumpe..huhu..mlm semalam, kemas punye kemas brang, terjumpa disket2 lama yg tersorok kt stor..haha..rindu punye pasal, view sume file kt dlm disket..'INTAN NILAM'~ salah satu disket yg de dlm simpanan, 'INTAN NILAM' ni, ekceli nama majalah asrama dulu..klu nk tau, sy penah jd ajk mjalah asrama..hehe..tukang edit je..byk cerpen2 & sajak2 teman seasrama dulu dlm disket tu..rindunye..!ish, xabes2 dgn rindu..sob..sob..
hari semalam(4 julai 08) atau dlm tahun Islam, jatuhnya 1 rejab..biasa, digalakkan puasa sunat bulan rejab..
PUASA DI BULAN REJAB
Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:


"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."

Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.
Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud :

"Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan)."

Dalam hadis yang lain telah dikeluarkan oleh al-Khallal, daripada Abu Sa`id (secara marfu') bermaksud:

"Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan haram, hari-hari di dalamnya ada tertulis di pintu-pintu langit yang keenam, maka apabila seseorang berpuasa sehari daripadanya (bulan Rejab) dan menyempurnakan puasanya dengan penuh ketaqwaan kepada Allah, bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya berkata:"Tuhan ampunkan baginya (dosanya)" dan jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan kepada Allah, maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya, dan dikatakan padanya: "Kau telah ditipu oleh dirimu."

Niat puasa bulan Rejab ialah :

Maksudnya : "Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala".
Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.
~Selamat berpuasa sunat bulan Rejab..^_^

~~~~~~~~~~~~~~

Last..but not least..em..dgn azam & smngat yg baru, sy akan melangkah ke kampus esok..smg hari ini lbih baik dr semalam & hari esok lebih baik dr hari ini..wallau'alam..wassalam..

"Alangkah susahnya mendidik hati, sedangkan ia adalah pandangan Tuhan, menjadi wadah rebutan malaikat dan syaitan. Alangkah susahnya mendidik hati, bila dipuji sombong menghiasi diri, bila diuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati, bila nafsu melingkari rasa seperti perbuatan diredhai.. Didiklah hati menuju kebenaran demi mencari redha Ilahi..."

~ salam rindu dr pelangi ~

No comments: