CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Tuesday, December 9, 2008

daun limau purut

salam.

Daun limau purut dgn kisahnya di musim cuti skolah..

"adik, tolong pergi rumah mak cik dot dot. Bagitau, mak nak daun limau purut ye.." ujar si emak pd anaknye.

"adik tak kenal daun tu.." balas si anak.

"La, senang je nk kenal. Daun tu ada bau kuat. ala bulat-bulat sket daunnya." balas si mak dari dapur.

"suruh akak la.." si kakak bersahaja dgn novel di tangan.

"Pergi je la..tanya mak cik dot dot tu, yang mane daun limau purut. Nanti adik ambik je la.." kata si emak lagi. Si anak pun terus pergi.

2 minit kemudian...

Si kakak menala pandangan di pintu, merenung si adik yang baru balik dr rumah jiran, memetik 'daun limau purut'. Si kakak merenung sesuatu yg disembunyikan di belakang si adik. Si adik terus ke dapur dengan langkah kajunya. Tiba-tiba, si emak tergelak.

"Ni daun pokok bunga la, dik.." Si kakak tersengih . Dalam hati, " dolu2 pun, aku pun tak kenal jg waktu seusia adiknya. hihi.."



No comments: