CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru..


16 Mei.. hari guru. Hari yang sememangnya di sambut setiap tahun untuk meraikan dan menghargai pengorbanan guru2. Perumpamaan guru ibarat lilin, seringkali kita dengar. Dari bangku sekolah sehinggalah sekarang...
disebabkan tarikh 16 Mei jatuh hari Sabtu, maka sambutan hari guru ditunda dan dibuat hari ahad(bagi negeri2 yang berkaitan saja). tapi ada juga sekolah yang sambut hari guru hari esok (untuk negeri2 tertentu jg..). saya berpakat dengan seorang sahabat (ex-classmate) untuk ke sekolah. memang menjadi satu kebiasaan, paling kurang dalam setahun, 2 3 kali sy ke sekolah. jumpa guru2, adik2. lagipun, banyak kenangan dan memori yang saya ada kat sekolah. Selain jumpa guru2, sambil2 tu boleh saya tengok perubahan dan kemajuan sekolah.
kalau nak dibandingkan sambutan hari guru sekarang dengan hari guru waktu saya sekolaj dulu, memang sangat berbeza. watak2 pelajar pun lain, apa yang saya baru dapat tahu, tahun ni ex-sekolah saya tu kebanyakkannya guru2 baru (dr kementerian) yang datang mengajar. dan ada juga seorang guru dr semenanjung Arab (kalau tak silap saya la..). kata cikgu saya, memang menjadi satu syarat sekarang, setiap sekolah akan dihantar seorang guru dari luar.
bermula dengan persembahan koir dari guru2 perempuan dengan lagu 'nyalaan tekad' dan 'Malaysia baru', persembahan koir student2 form 4, dikir hari guru, deklamasi sajak, penyampaian hadiah, cabutan bertuah dan berakhir dengan ucapan 'SELAMAT HARI GURU' dari semua pelajar dalam dewan. Terasa diri saya kembali ke zaman sekolah dulu, cuma yang berbeza sikit saya duduk sebaris dengan cikgu2 yang pernah mengajar saya. ^_____^
disebabkan saya tiba kat sekolah agak lewat (dalam pukul sebelas pagi), tak sempat nak tengok perarakan bawa sepanduk hari guru & sukaneka yang melibatkan guru, kakitangan sekolah dan pelajar. dengar cerita dari adik2 yang ambil bahagian, agak meriah. mana taknya, dari seawal pagi, dah bermula main dan berakhir majlis penutup dalam dewan..
apa2 pun, SELAMAT HARI GURU saya ucapkan pada semua guru2 yang selama ni mengajar anak2 bangsa kita. (dan yg mengajar diri ini jg). Semoga Allah merahmati cikgu2 dan semoga kejayaan yang kami capai dapat menggembirakan hati cikgu sebagai balasan untuk jasa2 cikgu. Ammiin..
p/s : selamat hari guru kat qla... ^__*

3 comments:

nawwar aqilah said...

heheh baru nk tanye mane ucapan selamat hari guru utk qila..ngeh3x

Dwif said...

tanpa guru, tidak mungkin akan berdiri suatu negara yg kokoh...:)

gmn kabarnya cikgu?

pelangii said...

nawwar aqilah,
hehe...sy tak lupa, ckgu...Selamat Hari Guru..x sgka, tahun ni ley wish kat qlah...

ape2 pun, smg jadi guru yg cemerlang, bkan setakat ajar tp kena didik..

maju qla utk negara.. ^___*

dwi,
tanpa guru, tidak mungkin akan berdiri suatu negara yg kokohbetul 3x.... sy stuju..