CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Saturday, October 31, 2009

menunggu atau mencari atau dot dot dot..?

salam...




mood saya untuk awal pagi ni, agak cerah..
secerah langit hari ni..
walaupun subuh tadi, hujan renyai2..
mungkin kerana perkara yang banyak membebankan otak saya selama ni, sedikit demi sedikit nak terungkai..
hehe..

mula2 ingat nak buat coding..
tapi, buat sikit, adda error..
buat sikit, ade error lagi..
last2, internet jua tempat terakhir berlabuh..
ehmm....

1st, cek emel..
tapi tade satu emel lagi yang masuk..
2nd, of course, cek blog neyh..
~thanx tuk my friends..- anis..rajin2 la jenguk blog ni yek..
nak jupe, dah susah dah..
mesej pun kekadang..at least, ade blog, bleh berutus khabar,kan, nis..??
special requst utk HANIS..
"buat la blog.." hehe....

pastu, aktiviti seterusnya, jenguk kawan2 penye blog..
blog skolah lama.. n lain2 blog yang terklik..
then, baru pegi laman web iluvislam..

em, so, topic ari ni..
"menunggu atau mencari atau dot dot...."

actually, terbuka thread pasal cari jodoh..
lagipun, awal pagi ni, tetiba anis tanya psal 'mr right'..
woo..MR RIGHT..??

dalam forum tu, ramai yang utarakan pendapat pasal nak cari jodoh..
ade yang juz nak tunggu je, sebab malu,segan,dll..
ade yang cakap, tak kan nak tunggu bulan jatuh ke riba..
ade jg cakap, kalau perempuan menunggu, kira situasi normal, tapi bagi lelaki, diorang mesti la kena usaha..

entahlah,saya pun susah nak jawab..
sekadar memberi pandangan, bolehla..

bagi saya, tanggungjawab nak mencari jodoh @ pasangan untuk kita memang perlu..
kalau sekadar nak tunggu, tapi tak ada ikhtiar, tak ke mana..
bergantung kepada diri masing2, macam mana nak usaha cari jodoh.

tapi, sebelum nak cari calon, kena lah fikir dulu..
kita ni dah layak ke..dah betul2 bersedia ke nak masuk alam lain..
alam yang mane, banyak tanggungjawab akan diletak atas bahu kita..
alam yang mana tak sama dengan alam yang kita berada sekarang..
iaitu alam rumah tangga..

sebenarnya, saya pun tak berapa sesuai nak bincangkan hal alam rumah tangga..sebab saya pun belum melaluinya..tetapi, apa yang saya perhatikan..sekarang, banyak masalah rumah tangga yang saya dengar..ada yang lebih parah, masjid mereka runtuh hanya beberapa bulan di bina..ada lagi teruk, tak sampai sebulan pun,dah runtuh..



so, pendapat saya, kalau da nak cari jodoh ke, persiapkan diri dulu.. biar kita betul2 dah sedia..dan untuk status saya sekarang, menuntut ilmu lebih saya utamakan..yela, soal jodoh memang saya pernah fikir, tapi biarlah dulu..susah2 sangat, saya hanya serahkan pada keluarga.. hehe..

memang tak dinafikan, kadang2, bila time family kumpul ramai2, terutamanya, waktu raya ke..usik bab2 nak kawin ni selalu je kena kat batang hidung sendiri.. asyik2 orang tanya.. "nak kawin bila..?", "dah ada calon ke..?"..mungkin atas faktor kebanyakkan cousin2 sy yang berumah tangga awal, paling awal setahu sy 19 tahun.. uish, skrg tak silap, umur dah 24 tapi, anak dah 4..jadi disebabkan itu, dorang tertanya turn saya bila..hem, nasib badan..

tension jg bila acap kali nak kena jawab soalan macam tu. pernah saya jawab "nantilah dulu, nak belajar dulu..hehe".."belajar tinggi2, nanti susah lelaki nak pinang..?"..aik, ade ea macam tu..?perempuan belajar tinggi, susah orang nak mintak ke..?lagipun,bukan ke menuntut ilmu tu sesuatu benda yang baik, malah Rasulullah saw pun penah bersabda, "tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad". takkan perkara baik boleh halang hal2 jodoh, kan...? tapi tu la, kita tak tahu pandangan orang lain pada diri kita.. nak tak nak, saya fikir secara positif, mungkin mereka2 yang bertanya tu, sayangkan saya, tak nak dapat jodoh lambat.. hehe..

apa2 pun, point utama utk entry ari ni -- pastikan diri kita sudah bersedia atau belum sebelum nak melangkah ke alam rumah tangga..kalau belum, prepare diri betul2, lagi pun, lelaki baik untuk perempuan baik, begitu juga dengan sebaliknya..



kekadang, tengok baby, terasa geram juga..hehe..comel sangat..em, bila lagi la ye..?nak dapat anak buah pun..ntah bila la..hehe..

ade satu komen dalam forum cari jodoh,
"Nak jodoh baik knela ada DUIT...
D:Doa
U:Usaha
I:Ikhtiar
T:Tawakal"


for me, memang setuju sangat2..yela, nak cari sesuatu, mestilah kena usaha..
lagikan, dalam hal belajar ni pun, nak berjaya, kena usaha+doa+ikhtiar, pastu baru tawakkal..kalau tak jangan nak mimpi nak berjaya tanpa sume tu..

kesimpulannya, dalam hidup ni, tak semuanya indah, tak semuanya apa yang kita dapat itu memenuhi kehendak kita. kadang2 apa yang kita doakan, apa yang kita usahakan, ada yang tak dapat.. tapi, itu semua rahsia ALLAH.. ALLAH beri yang terbaik kepada hamba2nya.. jadi, kita sebagai hamba ALLAH yang banyak khilaf, banyak kekurangan, kenalah banyak bersabar, redha.. tapi, tetap berusaha.. jangan cepat mengalah.

Setiap apa yang ALLAH kurniakan pada kita, sejak kita lahir hingga sekarang, hendaklah kita bersyukur.. sentiada bersyukur, selama2nya bersyukur. begitu juga dengan hal jodoh, bagi saya, menunggu @ mencari @ dot dot, bukan perkara utama.. yang utamanya, pastikan kita bersedia. perbaiki sikap, tingkah laku.. yela, tanggungjawab nak jaga hati bakal suami, hati bakal keluarga suami, hati semua orang penting.. wallahu'alam

asalnya, nak tulis pendek je, alih2 tengok, panjang jugak ye..
hahaha..
sekadar memberi pandangan yang ntah pape, dan beri peringatan kepada saya yang selalu alpa dan kepada mereka2 yang lupa..insyaALLAH..

"doakan saya dapat jodoh yang terbaik.."--amiin..


"kau minat apa" tnya Jade.
"tak pernah ada orang tanya aku soalan tu." kata Trisy.
"apa yang kau rasa suka?" tnya Jade lagi.
"kau rasa aku boleh jadi apa?" soal Trisy pada Jade.
"tukang masak?" Jade sekadar meberi pandangan.
"aku nak jadi...." Trisy terhenti.
"kau jangan gelak tau." sambung Trisy.
"kau nak jadi apa?"
"Aku nak jadi Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga." Jade hanya senyum segaris.
"it's not funny and i ain't laughing". sambung Jade.
"bila kau jadi menteri tu nanti, law apa yang kau nak buat?"
"NOBODY's allowed to have babies if they're not to love 'em".


satu perbualan yang saya ambik dari salah satu novel feveret -- Rooftop Rant by Hlovate. maaf, saya bukan nak menyalin semula ayat2 dalam buku2 ni, tapi, saya hanya nak berkongsi moral value dan saya sangat suka part ni, bila mana, seorang anak yang terasa kekurangan kasih sayang dari ibubapanya mengutarakan cita2 untuk menjadi menteri. bukan sekadar menteri untuk suka2 tetapi, penuh makna. saya setuju dengan sebab kenapa dia mahu jadi menteri tu.

actually, utk sape2 yang tak faham rangkap perbualan kat atas tu, bleh la baca karya Hlovate-Rooftop Rant. banyak benda yang boleh kita faham.. sebenarnya,saya pun tak habis lagi baca, tapi, utk pengalaman saya selama membaca karya Hlovate spt 5 tahun 5 bulan, aA+bB,tunas, shcrubate serenade, versus,dll..saya berpendapat, banyak ilmu yang saya dapat..so,kepada mereka2 yang belum pernah baca karya beliau, sila dapatkan dengan segera. hehe..

aish, tak sedar, terpanjangkan lagi entry kali ni.
ok, i wanna stop here..
wassalam..

No comments: