CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Saturday, August 9, 2008

When my mother say about her wish...

Salam alaik...



Aku suka melihat wajah ibu. Sering kurenung wajah tenang ibu tatkala dia sering berbicara denganku walaupun aku masih belum dpt mengerti bait2 kalimahnya... Ibu tahu walaupun aku belum dpt mengerti, Ibu yakin aku dpt mengingati.. Saat ibu bercerita, aku curi2 pandang matanya… yg bersinar riang menterjemahkan kebahagiaan yg dikecapi…


Lembut wajahnya… memancarkan tawadhu’ di dlm limpahan kesyukuran. Garis2 halus wajahnya melambangkan ketabahan. Lunak suaranya penuh kasih sayang dlm ketegasan. Ibu mengungkapkan kata2nya sambil membelai2 rambutku,
"Wahai anakku, ketahuilah asal usul dirimu… Engkau lahir dari harapan seorang ibu yg pernah kuukir dahulu, sebuah harapan yg kufikir tinggal harapan, namun keindahan tawakkal telah menjadikannya suatu kenyataan.."


"Ibu tidak merasa terlalu awal untuk menitipkannya untukmu kerana ibumu ini mahu kau membesar dgn fikrah seorg wanita solehah. Kelak akan kuulangi nasihatku bila kau sudah dewasa, supaya pada ketika itu kau tidak merasa asing dengan mutiara2 nasihat ibumu ini.Dan seandainya ditaqdirkan ibumu tidak berkesempatan, diriku tidak akan mesyesal kerana telah pun menyampaikannya kepadamu, permata hatiku."

"…dlm keluarga, dirimu umpama madrasah yg akan mentarbiyyah pejuang2 Islam. Sesungguhnya Baitul Muslim soleh harus mempunyai madarasah yg solehah kerana dari Baitul Muslim yg soleh akan lahirlah masyarakat dan Negara yg soleh wal muslih.

Anakku,
Andai kau ingin memilih pendamping hidupmu,
Usahlah dilihat pd sebuah kesempurnaan krn manusia tiada sempurna. Dia perlulah seorang yg mencintai Allah dan mengasihimu kerana Allah.


Carilah dia yg menerimamu seadanya sbg seorg wanita,
Yg seikhlas hati mengasihimu sbg isteri,
Yg jujur padamu sebagai teman hidupnya,
Yg memuliakan dirimu sbg ibu kepada para zuriatnya.
Yg memahami hakikat dirimu sebagai hamba yg punya kewajipan kepada Pencipta.
Yg mengobarkan semangatmu untuk istiqomah di medan dakwah.

Siapa pun dia yg telah ditaqdirkan Allah buatmu...
Terimalah segala kelebihan dan kekurangannya,


Kekurangannya menterjemah hakikat dirinya sebagai seorang hamba.
Yg harus kau terima dgn penuh lapang dada.


Kelebihannya bermaksud Allah menginginkan kebaikan buat dirinya dan menganugerahkan ketenteraman ketika kau bersamanya.Yg harus kau terima penuh kesyukuran tanpa bangga.


Carilah dia yg memahamimu secara realiti,
Bukan menganggapmu bak bidadari,
Kelak ditakuti hatinya akan kecewa.
Hanya kepadanyalah, yg telah halal bagimu akan kau curahkan
- Kepatuhan dan penghormatan..
- Pengorbanan dan kesabaran.
- Cinta dan kasih sayang

- Senyum manis dan belaian

Hanya padanya anakku, tidak sesekali lelaki ajnabi, mujahadahlah untuk memelihara kemuliaan dirimu semata2 mengharap redha Allah.

Lalu, kau didiklah zuriatnya yg kau lahirkan dgn penuh amanah dan rasa tanggungjawab. Sejak zuriatmu di dalam kandungan lagi, perhatikanlah akhlakmu, makananmu, agar darah yg membentuk dirinya dr sumber yg suci. Perdengarkanlah dia dengan alunan zikir dan Kalam Ilahi. Agar bila lahirnya nanti perkara kebaikan adalah kebiasaaan dirinya. Isi semangat ingin tahunya dgn mengenal Allah, sunnah Rasulullah,para sahabat dan sahabiah. Lenturlah lidah lembutnya dgn sebutan zikir dan bacaan alQuran. Serikan hidupnya dgn keindahan bi’ah solehah qudwah hasanah dari ibu dan ayah. Hiasi dirinya dgn keindahan akhlak jua kecintaan pd ilmu. Susuli perbuatan baik dan kejayaannya dgn pujian diiringi rasa tawadhu’. Iringi setiap kesalahan dan silap perbuatannya dgn teguran berhikmah dan penuh kasih sayang. Doronglah dia sentiasa supaya tetap berjuang di medan dakwah, memimpin ummah menuju hidayah. Lazimi dirimu dgn taqarrub ilallah, sesungguhnya jalan menuju Allah tidak dihampari karpet merah. Malah berliku jua banyak halangannya. Walau apa jua yg kau terima dr Allah, samada yg membuatmu suka mahupun berduka, kembalikan segalanya kepada Allah. Kerana dariNya kita datang dan kepadaNya jua kita akan kembali.

Semoga kau tabah anakku menghadapi ranjau kehidupan, doa ibu akan sentiasa bersamamu walau di mana dikau berada. Carilah dan tambahkanlah ilmu dari pelbagai sumber ilmu dan pengalaman. Moga dikau menjadi penerus rantaian perjuangan ibu ayah. Semoga kau menjadi saham kebaikan buat ibu dan ayah di akhirat. Maafkan kami seandainya terdapat kekurangan pada didikan kami padamu kerana kami juga manusia biasa yg penuh kelemahan.”

Kumerasakan dingin dahiku dikucup ibu penuh kasih, hangat air matanya menitis ke wajahku… sungguh bahagianya aku memiliki insan mulia sepertimu, ibu. Alhamdulillah. Terima kasih ibu. Semoga aku dikurniakan keizinan dan kekuatan untuk memenuhi harapanmu, ibu.

Dan aku jg mengharapkan pasangan hidupku itu seorang yg menyintai Allah dan menyayangiku seadanya kerana Allah... merindui Allah dan mengasihiku jua kerana Allah.. dan dialah lelaki idamanku... dia yg ibu harapkan untukku... walaupun, aku tahu tiada lelaki yg sempurna di dunia, tapi cukuplah sempurna di mata hati keimananku jua pandangan di sisi Allah.. Seorang lelaki yang aku idamkan ialah seorang buta, bisu, bakhil dan papa




Biarlah dia seorang yang buta
Buta, kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah.
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpamanya.

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan lantang menyuarakan kebenaran.

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAA ILAA HAILLALLAH kembali megah di muka bumi.

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan tak bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada yg syahid di jalan Maha Esa.

Persoalannya..

Adakah masih ada lelaki idaman itu..??



p/s : kelebihan cinta antara manusia hanya dirasai selepas melalui ikatan perkahwinan.. itulah janji Allah (^_^)

No comments: