CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Saturday, September 13, 2008

Bila ketawa, ingatlah..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
.
Salam Ramadhan al-Mubarak...
.
Mlm smlam, sy dgn teman terbuka friendster slh seorang senior.. tiba2 jd sedih sbb senior tu dah meninggal dunia bbrapa bulan yg lepas dlm satu kmlgan.. sy xknal mane arwah, tp disebabkn agak familiar di klgn kwan2 sy, sy tahu jg.. mnurut citer teman, arwah meninggal dlm satu kmlangan waktu nak gi kerja.. kata teman lg, arwah siap da beli cincin tunang sbb dlm mase t'dkat dah nak lgsungkan p'tunangan.. sy knal nama, xknal rupa.. jadi, try view profile arwah di fs yg da lame x terupdate.. xtau knpa, bila terbaca satu ayat yg arwah tulis di fs "sy x ske femes2, suka ketawa smpai mati pun xpe...".. sy jadi rasa laen.. takut bila m'bayangkan keadaan sy bila nk menghadapi skaratul maut nanti.. bgaimana dgn keadaan sy masa tu, dan dlm diam sy bertnya kpd diri.. "sudah bersedia ke nak hadapi mati?".. jauh dlm hati sy.. jauh dlm sanubari sy, "Allahu akbar, byk perkara yg sy tlh lalai slama ni.."
.
kdang2, kite xsedar yg kite ni t'lalu lagha dgn duniawi.. dgn teman2.. gelak sakan smpai x ingt dunia.. pdahal, byk ketawa tu lah yg menybbkan hati mati.. teringat satu cerita pd zaman Rasulullah. saw.. pd satu hari, Rasulullah saw masuk masjid dan terlihat ade org rmai yg ketawa smpai menmpakkan gigi mereka..lalu, Rasulullah tegur "Sekiranya kamu mengingati mati nescaya kamu tak akan melakukan apa yg tlh kamu lihat skrg. Perbanyakkan mengingati mati. Ssungguhnya bila seseorg itu tlh dtg ke kbur, dan kubur itu berkata : Aku adlh rumah dagang, aku adlh rumah berseorangan, aku adlh rumah drpd tanah, dan aku adlh rumah yg dipenuhi ulat"
.
skiranya hmba mukmin yg dikebumikan, mka kubur itu akn berkata : selamat dtg, ssunguhnya engkaulah org yg aku sukai. Baginda pun berkata " kubur itu mnjadi luas baginya seluas maa memandang dan pintu syurga dibuka untuknya"
.
sekiranya hmba yg dikebumikan itu seorang hamba yg derhaka, maka kubur itu berkata : aku tak mahu ucapkan selamat dtg kpd engkau. Sesungguhnya engkau merupakan org yang palin aku benci. Baginda pun berkata "Kubur itu menjadi sempit sehinggakan kedua2 belah tulang rusuknya bertemu dan tulang belakangnya masuk ke sebelah yg lain"
Baginda menmbah lagi "akan dibelit tubuhnya dgn 70 ekor ular dan membelit serta mematuknya sehingga Hari Hisab"
.
Sabda Rasulullah lagi "Sesungguhnya kubur itu mrupakan taman drpd taman2 syurga atau lubang bakar dr lubang2 api neraka" (Riwayat at-Tarmizi)
.
terase gerun bila teringat kisah tu.. masih byk amalan kita xckup.. cmne nk mengadap Allah kelak.. oleh tu, rebut2lah peluang utk buat amalan2 yg mendtgkan pahala.. 2 3 ari lepas, pergi site iLuvislam. Jumpa satu forum psal talkin. Jom sama2 kita menghayatinya.. utk keinsafan diri.. & semoga menjadi iktibar bersama hendaknya,insyaAllah..
.
Mutiara Hati
…Setiap sesuatu menjadi petanda, menunjukkan bahawa Dialah yng Maha Esa
.
Talkin yng menggerunkan

Jan 23rd, 2007 by nurjeehan

Maksud talkin yng selalu dibaca untuk orang Islam yng meninggal dunia. Semasa membaca, sebut-sebutlah nama sendiri, kalau tidak terasa takut sama-samalah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yng mudah setelah membaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yang kita lakukan selama hidup di dunia yng akan menjadi penyelamat, Insyaallah.
.
Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup
Ingatlah! Bahawa sekalian makhluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembalai menghadap hadrat Allah Taala
.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berduka cita dan risau
Serta janganlah kamu bersusah hati dan terkejut
.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA
Bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala,
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamuMereka berkata:
.
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
.
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:
.
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad Nabiku,
Islam agamaku,
Kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak.
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar
.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air Nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu di sisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan member sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan member keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu
.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat inidengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
.
Subhana rabbika rabbil izzati amma ya sifun wassalum alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.
.
Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “ Kullu nafsin za iqatul maut”.
Firman Allah SWT, “ Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr
.
Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasullullah SAW bersabda: “Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..
.

Wallahu'alam..
.
p/s : lagi best klu dengar dlm alunan zikir dan ade sorang yg bacekan dgn suara yg mendayu..
p/s II : teringt program kt skolah baru2 ni, program "Perjalanan ke Alam barzakh"..

2 comments:

Dwif said...

yups!!!mengingat mati adalah sebaik2nya dzikir!krn kematian memang sangatlah dekat sedekat Alloh dg diri kita....(mungkin)...

pelangii said...

ada satu hadith..Rasulullah bersabda bhw jarak antara hari kiamat dgn hari kelahiran baginda ke dunia sperti jarak antara jari telunjuk dgn jari tengah..

renung2kan..

wallahu'alam..