CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Friday, September 19, 2008

Lailatul Qadr

Salam 'alaik...

Alhamdulillah, baru lpas berperang ngan exam pg ni. Sakit kepala terase lg.. duk hafal2 rumus, smpai stiap sudut da ternmpak rumus2.. huhuhu..

smlm, nak xnak, kena stay up smpai sahur sbb byk bnda nk stdy.. ha, tulah, study lg last minute.. smbil2 di keheningan pagi nk study tu, dgar ikim via mp3 comey.. bkan nk dgar lagu sgt, tp ske dgar celoteh DJ ikim ngan pemdengar yg call utk sembang pagi.. kdang2, ade input yg bleh kita manfaatkan dgar bicara mereka..

lepas sembang pagi, ade slot ustaz terangkn psal "Malam Lailatulqadar".. mmg xrugi, klu dgar, sbb byk bnda dpt tau.. smpat jg dlm duk salin2 rumus, salin2 sket ape yg ustaz tu ckap.. niat nk kongsi ilmu..klu ade silap kt mane2, tegur2lah..

sume org tau, malam Lailatulqadar biasanya pd 10 hari terakhir Ramadhan.. dan biasanya jg adalah malam ganjil.. yg tu sy ingat dr ustazah yg mngjar sy dulu. smlm dpt input trbaru, bila ustaz tu bgtau yg kalau bulan Ramadhan tu ade 30 hari, so, nk cari mlm Lailatulqadar(LQ) ni blehla bermula pd mlm ke-21 dan diikuti dgn mlm ke-23, 25, 27, 29 {mlm ganjil}. Tp klu bulan Ramadhan hnya 29 hari, cmne..? ustaz tu ckap, klu bulan pose 29hari je, mlm yg ke-20, dah bley stat cari LQ. diikuti dgn mlm ke-22, 24, 26, 28.. berubah mngikut brp hari Ramadhan tu.. tp ustaz tu ingtkan, klu bleh biarlah tiap2 mlm kita cr.. lebih baek, ye x..?sempat ustaz tu titipkan pesanan utk kita2 semua, jgn hanya perhati saja tp cari LQ.



Raihan - LailatulQadar

tnda2 mlm LQ jg disebutkan oleh ustaz. Antaranya, mlm tu tak panas tak dingin. Kita kt Malaysia ni, mmglah tiap2 mlm xpanas, xdingin. Sbb keadaan ni, bleh tengok kt nun, negeri Arab. Sbb negara diorang, mmg panas. So, nk cari mlm LQ melalui tnda2 ni, snanglah bg mereka. Kedua, mlm LQ tu, hujan turun. Kt Malaysia, smlm pun ujan, mlm ni pn ujan, sbb taburan hujan kt sni dgn kt negeri Arab lain. Dkat sana, nk tnggu ujan susah. jadi, melalui tnda kedua ni, mereka dpt cr LQ. tp jgn bimbang, ada lg tnda2 laen. Yg ketiga, disebbkan mlm LQ ni malam rahmat, malaikat2 yg ada kt langit, turun ke bumi untk bersama2 dgn hmba2 Allah utk beribadat. Ustaz tu ckap, kat atas langit sblum ni, tak ada satu pun ruang kosong melainkan malaikat kat c2. So, bila malaikat trun, langit mlm tu jd cerah. bukanlah cerah terang-benderang, tp ada lah beza dgn mlm2 sblum ni. Yng keempat, klu kite bangun pagi esoknya, kita lihat matahari mcm suram. Tu tndanya, mlm LQ adlh semalam. Dan satu lagi tnda2 mlm LQ yg biasa kita dgar iaitu semua tumbuh2an cthnya cam pokok, tunduk, menyembah Allah. Tp ingat, hnya wali2 Allah saja yg dpt kelebihan nk tgok tnda2 ni. Hanya org2 yg dekat dgn Allah diberi hak keistimewaan ni. Kata ustaz tu."kita ni yang kuali2 ni, yang solatnya x berapa, amalan2 laen mcm mane, bleh ke nk hrap tgok tnda ni..?". hehe.. istilah 'kuali' ni, bukan nk hina ke apa, tp kt ustaz, istilah di bulan Ramadhan sbb kuali kan guna tuk masak..hehe..

bulan Ramadhan ni ade fasanya, fasa pertama, 10 hari yg pertama di blan Ramadhan di panggil malam rahmat (klu xsilap sy), 10 hari seterusnya, mlm maghfirah, dan 10 mlm yg terakhir tu la, yg nk kita tggu sgt tu, iaitu 10 terakhir tu mlm yg bley selamatkan kita dr api neraka. Wah, byknya bonus yg Allah bg pd hamba2Nya pd blan Ramadhan. Megasale lagi tu.. tp terpulang pd diri kite je sama ada nk manfaatkannya atau sebaliknya.

Kita tahu Rasulullah saw seorang nabi yg mmg ada jaminan utk ke syurga, tp baginda sanggup beri'ktikaf di masjid utk cari mlm LQ. Baginda jg mengejutkan ahli keluarganya & para sahabat utk sama2 cari mlm LQ. Alangkah bersungguh2nya Rasulullah w/pun baginda mmg dijamin oleh Allah utk ke syurga. Kita bgaimana..?ada jaminan ke utk ke jannah Allah, smpai xcari mlm LQ..?? tepuk dada, tnya iman..

Niat utk beri'ktikaf pun, Allah dah bagi pahala. Niat nk cari mlm LQ pun,Allah bg pahala lagi w'pun xjumpa lagi mlm LQ tu. Kalau jumpe, lagilah bertambah2 pahala Allah gandakan pd kita. Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang pd hamba2Nya.

Kite tgok senario org2 sekeliling kita. Awal2 Ramadhan je, ramai yg ke masjid, surau nk solat tarawikh. Tp mlm seterusnya..? Makin bertambah ke makin berkurang..? Berkurangkan..? Kalau mlm 1st Ramadhan, saf utk solat smpai belakang, tp makin lama, makin pendek plak saf tu. Cuba perhatikan...

sepatutnya, bila dah nk sampai hujung2 Ramadhanlah, kita kena rajin ke masjid. bukannya sibuk nk uruskan persiapan hari Raya.. malaikat trun utk beribadat bersama2..manfaatkan dgn sebaik2nya..ustaz tu buat perumpamaan, nk cari mlm LQ ni mcm nk tggu durian jatuh dr kebun. mksudnya, mcm ni.. 10 hari pertama Ramadhan tu ibarat kite tanam benih pokok durian, siram, duk jenguk2 stiap hari. Pastu, 10 hari seterusnya ibarat pertumbuhan pokok durian yg kita tnam tu nk membesar, so, kita kena rajin2kanlah lagi diri tuk pastikan pokok tu membesar dgn baek. Kias utk kita jg amalan di bln puasa utk dpt yg terbaek. Dan 10 hari terakhir Ramadhan tu ibarat, kita tunggu buah durian yg pertama dr pokok yg kita tnam tu gugur ke bumi, nk rasa nikmatnya buah durian tu.. smpai ade yg snggup bw tikar, bermalam kt kebun durian, semata2 nk tggu durian tu. Ha, klu mcm tu, kite bleh buat perkara yg sama, beri'ktikad dimsjid, cari mlm LQ. buat amalan2 sunat, cam baca Al-Quran drpd tidur.

satu lagi, muslimat yg xbley solat tak halang utk sama2 cari mlm LQ. Masih ada lg prkara yg bleh dibuat selaen tadarrus al-Quran, cthnya, bleh berselawat kepd nabi, berzikir, berdoa, dll.. jgn sia2kan mlm terakhir dgn tdo je, sbb mentang2 tak bleh solat.. hehe.. peringatan utk diri sndiri yg dan muslimat2 laen..

Ustaz tu ada ckap ttg satu hadith nabi yg bermksud." Orang yg paling hina ialah bila Ramadhan datang dan berlalu, dia tak diampunkan oleh Allah dan pahalanya tidak bertambah".

Oleh itu, sama2lah kita berusaha utk cari mlm LQ yg lebih baek dr 1000 bulan(hmpir bersamaan dgn 83thun)..."Lailatulqadrikhairun min al fi syahr"

Lailatul Qadar
Album : Munsyid : Rabbani

Malam Lailatul Qadar
Malam Terindah Dari Seribu Bulan
Malam Di Mana Al-Quran Diturunkan

Malam Laltul Qadar
Malam Ditaburi Rahmat Dan Maghrifahnya
Malam Diberkati Hingga Terbit Sang Fajar

Tiada Tiarai Penghalang
Kurnianya Pasti Bertandang
Mengharum Roma Kerohanian
Unggulnya Dalam Islam
Sucikan Dirimu Dengan Zikrullah
Terangkat Hijjab Diampunkan Dosa

Malam Lailatul Qadar
Malam Terindah dari Seribu Bulan
Malam Di Mana Al-Quran Diturunkan
Malam Lailatul qadar
Malam Ditaburi Rahmat dan MaghrifahNya
Malam Diberkati Hingga Terbit Sang Fajar

Tiada Tirai Penghalang
Kurnianya Pasti Bertandang
Mengharum Roma Kerohanian
Unggulnya Hanya Dalam Islam

Sucikan Dirimu Dengan Zikrullah
Terangkat Hijjab Malam Terindah...
Lailatul Qadar

.::Wallahu'alam::.

2 comments:

[MH] said...

salam ziarah..

impian dan matlamat uama ramadhan tahun ni:
Lailatu Qadr...

nice entry..

pelangii said...

syukran..sbb sudi bace entry yg xseberapa ni...hehehe

insyaAllah, sama2lah kite mencr LQ.. ^_^