CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Monday, October 13, 2008

Bila mata berbicara..

~ salam alai'k~
hehe... saje je gempakkan tajuk... bila mata berbicara... ni bkan mata yg berbicara tp bila keyboard berbicara.. hikhik..

td dgr ustaz berceloteh psal mata.. katanya, semalam dia pegi klinik, sbb sakit kepala die makin menjadi2.. kot2 lah migrain.. jumpa doc, terus suruh buat ujian mata. Lepas cek, doktor tu ckap kat ustaz, ni kali pertama org datang nk cek mata, rabun berkurang. Ustaz tu sdikit terkejut jg la. Yela, kalau dulu, asyik bertmbah 'power' cermin matanya, alih2 skrg turun pulak...
.
Doktor tu tnya la, "awak ni makan ubat pape ke..? ke ade rahsia..? ". Dgn jujur ustaz tu cakap, "tak delah. Sy makan apa yg sy biasa makan je. mane2 ubat pun sy tak ambil. Rahsia lagi lah, tade.. ". Tambah ustaz waktu cerita ngan kitorang sekelas, memang terlintas kt hati dia nk kurangkan masalah kerabunan mata sbb dgar2 orng ckap, makan carrot bleh elokkan mata, tomato la (if x silap la..). Tapi tak adelah dia asyik nk makan carrot je semata2 nk turunkan 'power' cermin matanya. Dia pun pelik. Doktor pun pelik jg.
.
Pastu ustaz tu ckap, "mungkin ade hikmahnya saya warnakan ruang tamu kt umah sy tu dgn cat kaler hijau.. ".. wah, kitorang ter'excited' dgar, nak2 lagi mereka2 yg skrg bercermin mata. "Kenapa dgn wrna ijau, ustaz..? " salah sorang dr kami bertnya. Ustaz tu bagilah tazkirah sket, Allah ciptakan banyak warna kat atas dunia termasuklah warna hijau. Ada satu kajian, kalau ditakdirkan warna hijau tak ada atas dunia ni.. manusia boleh buta. Em.. penting jg ye warna hijau ni.. <--warna hijau daun pucuk pisang cantik..

.
sambung ustaz tu lagi, zaman die belajar2 dulu, penah ade orang cakap, kalau nk jaga mata -- penglihatan kita ni, seelok2nya, tiap kali bangun pagi tu, jenguk kat tingkap, tengok tumbuh2an yang warna hijau.. pokok2.. tu salah satu cara nk jaga mata.. bkan bangun pagi je, time tade keje nk buat apa2 ke, perhatilah pokok2, utk restkan mata kita ni..<-- cikgu sains form4 sy dulu pernah ckap jg.. sbb tu pentingnya pokok2 pd kita..
.
tp disbbkan pokok tak byk kt umah dia, so, ustaz tu decide nk warnakan ruang tamu umah die ngan warna ijau.. tiap2 pagi, bila die bangun dr tidur, ustaz spend time sket duk merenung ruang tamu dia tu.. tengok dinding la.. mgkin tu kot antara rahsia2nya.. <-- my dream : nk warnakan umah kaler ijau jg la.. cantek sket.. kata org, ijau tu menawan.. hehe..
.
sempat ustaz tu titipkan pesan, "ha, yg kt depan sy ni, bakal2 saintis ke, nk ujikaji tu, ujilah perkara2 yg org laen tak kaji lagi.. rekalah sesuatu yg org laen tak reka lagi ke.. ". Antara kami yg ade amek kos sains ni, tnyalah.." Ustaz nk suruh kami reka apa, nk uji ape..? " .. terus ustaz cakap.. "cari cara laen, mcm mane nk ubat masalah kerabunan ni. Asyik2 bila jumpa doktor, ckap mata jadi rabun, terus pakai cermin mata. Kalu mcm tu, buat apa, lgi nk menambahkan ketebalan cermin mata ade la... ". Kami senyum je.. Macam2 la ustaz ni.. Tapi ade betulnya jg. Bak kata pepatah " Mencegah lebih baik dari mengubati". Lagipun, skrg sy dgr da ade teknik laser utk baekpulih mslh mata ni. Tp ongkosnya tinggi. Em.. ni bleh jadi assignment bdak2 sains ni.. hihi..
.
itulah al-kisahnya, mgkin lepas ni bley lah jadi pedoman dan rahsia nk kurangkan tahap kerabunan mata.. Sy pun bimbang, 'power' cermin mata sndiri pun da makin naek. mane taknya, tiap2 ari duk mengadap pc.. huhu.. jeles plak tgok org2 skeliling tak ber'cermin mata'.. [-.-']
.
kata teman sy (dia x pakai cermin mata), "suke tengok orang pkai crmin mata, nmpak cam genius..".. yeke..?? cam genius ke..?? mgkin lah ade yg sesetgh tu, tp x sumenya mcm tu kan.. mgkin pndangan sesetgh org mcm tu... ape2 pun, bersyukur sbb masih ada daya penglihatan. Masih dpt lihat nikmat2 Allah.. tp tu la, pndangan mata kena jaga baek2.. nak2 kita sbg seorang muslimah. Jaga pandangan tu penting..
.
p/s : teringat pasal mata, tetiba teringat gambar cover novel 'ayat-ayat cinta'.. pastu teringat pulak tayangan movie AAC waktu hari raya ari tu kat tv3, teringat watak 'Aisya' yg berpurdah.. satu je yg bleh nk komen, novel ngan movie AAC, berbeza betul.. lari dari cerita asal.. adaptasi dr novel ke namanye tu..?? bg yg da bace novelnya, bleh la tau kt mane yg berbeza sgt tu.. Fahri dlm novel tak seperti watak Fahri dlm movie, camtu jg dgn watak2 laen..(in my opinion la..)

No comments: