CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Saturday, October 25, 2008

Balm

Salam..


malam tu, tengah menyibukkan diri menyalin assignment.. (hehehe.. kerja jenayah yg biasa student buat ni..), tiba-tiba kawan sy bertanya...


"biasa pakai tak balm harimau..?? " Sy angkat kening double jerk (ayat famous Hlovate).
"biasa pakai balm harimau tak..? " Dia ulang sekali lagi soalan tu pd sy. mungkin dia ingt sy tak dengar. Sy dengar. tp sy tengah fikir. Balm harimau..?? Ade ke balm spesies macam tu.??


"Balm ape..? Balm harimau..? " Sy tanya semula pd dia. Mane lah tau mungkin pendengaran sy tak bagus. (mane taknya, asyik2 pakai earphone ~ siap kena komen ngan kawan2, kata mereka ~ "pakai earphone ke pakai speaker kat telinga? " muahaha.. )


Berbalik pd cerita tadi. Kawan sy angguk. "Ye, balm harimau..bukan balm hari-hari mau.. " Kikikik...dia gelak.. adus, kawan aku sorang ni. Dalam dia duk gelak2 kecik tu, sy fikir lagi. Balm harimau yang mane yer..??


"Ai, takkan tak pernah dengar..? " Dia mempersoalkan pengetahuan sy. Hehe.. mmg tak tahu pun. Tp jawab dalam hati je..

"Yang mane ea..? Kalu vicks tu penah la pakai.. " Sy memandang muka dia dgn seribu satu soalan <-- ayat hiperbola.


"La, kawan aku sorang ni.. dalam banyak2 balm.. balm harimau tak kenal..? " Dia menduga lagi. Butang ''stop'' kat mp3 ditekan, lagu 'stay the same' senyap. memberi laluan pada otak utk berfikir.


"ni apesal tetiba tanya pasal balm2 ni..? nak jual balm ker..? " Buat lawak seketika.

"bukan nak jual la.. tp nk bagitau balm tu kira bagus jg la kan..? kalau pakai, boleh menggelupas kulit.. " La... nak bagitau 'khasiat' balm jek.. ingtkan apa..


"kiranya nak promote la ni..? " Dia buat lagak biasa je.

"Mane..? " Sy bertanya.

"Apa yg mane..? " Dia menyoal. Tak faham.

"La, kata nak promote balm harimau tu. Manenye..? " Sy ketawa. Hailaa... kawan aku sorang ni..


"Tu, kat atas rak buku.. " serta-merta pandangan mata menghala ke rak buku. Mencari 'balm harimau' yang sememangnya sy tak pernah pakai. Mencari 'balm harimau' yang menurut kawanku sorang ni, bagus. mencari dan ternampak.


"La... tiger balm ker..?? " Hahaha... Sy gelak. Punyalah fikir yg mana satulah balm harimau.. rupa2nya tiger balm. Adeyh.. penguasaan bahasa inggeris yang terlampau ni.. Padahal, kalau diikutkan secara logiknya, harimau - tiger... tiger - harimau.. so, balm+ harimau == tiger balm..Sy geleng kepala.. Kawan sy dah gelak besar..


moral of d'story : Almaklumlah, bahasa rojak skrg kan dah berleluasa. Tak cakap lagi pasal bahasa sms.. so, faham2 sndiri la..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Malam berikutnya,


"integrate cosine dapat sine kan..?? " Tanpa angkat muka dari kertas, sy bertnya pd kawan.

"Ye.. integrate sine dapat negative cosine.. " tambah dia.


"ooo... differentiate cosine..?? " sy tnya dgn muka blur. Mane taknya, dari petang tadi nak habiskan masalah2 ni, sampai skrang, masih blur2. Beribu soalan yang sama buat, beribu soalan jg lah yang sama ditanya.


moral of d'story : jgn suka sangat makan benda2 masam ni sbb mudah untuk daya ingatan kita berkurang..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Usai jawab exam, sakit kepala terus hilang, perut tiba2 berkeroncong.. lapar.. hai, perut.. tahu2 je tuan dia baru hilang sakit kepala. ~ emm...


benda yg sama berlaku setiap kali nak exam dan habis exam.

~ 2-3 hari sebelum exam : main2, tengok tv, tengok cerita Korea dll.. jadual penuh dengan aktiviti2 yang sememangnya jauh dari study..

~ 1-1/2 hari sebelum exam : teringat buku, cari kertas, salin rumus, hafal.. study saat2 akhir.. sebab besok nak exam! tiba2 rasa masa tak cukup.. huhu..

~ 1 saat lepas habis exam : ada banyak keadaan, antaranya ;

** "wah, leganya paper ni dah abis.."

** "la, macam dalam buku je soalannya.."

** "apesal la tak ingat rumus tu.."
** "soalan tu bukan di luar silibus ker?"

** "sedihnya, lupa nk cover tajuk kecik tu.. ingatkan tak masuk.."


moral of d'story : masing2 ada cara nk belajar.. yg pnting, kena faham..


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


"tolong...tolong.. " tiba2 terasa ada sesuatu / seseorang memanggil nak mintak tolong. Sy berpaling ke arah kawan sy di sebelah. ** waktu ni baru lepas makan tengah hari **


"dengar tak apa yg aku dengar..?? " Sy bertanya pd dia. dengan muka innocent, dia menjawab, "tak ". La, kawan sy ni.. punyalah gaya suspen sy bertanya, dia boleh je buat muka seposen macam tu.. Saya diam.


"Apa yg kau dengar..? " Ahah, dia bertanya jg. Ingatkan tak nak tahu.

"Suara... orang... tak... bukan orang.. suara.. sesuatu...mintak... tolong.. " sepatah demi sepatah sy berkata pd dia. Dia mencerlung ke arah muka sy.


"Ni bukan malam hari nak buat cerita hantu yang takkan masuk panggung.. " Hahaha... sy gelak. Betul juga..


"Suara ape..?Betul ke tak ni..? " Dia menggaru kepala.
"Hehe... tu, tengok atas pokok tu... " Sy menjuihkan sedikit bibir ke arah pokok yang tak jauh dari kami.


Hahahahaha... doraemon rupenye.. anak siapalah yang nangis ye sebelum ni..?? Yela, doraemon kesayangan dah terlekat kat atas pokok. Pulak tu, tak ada pulak orang nak ambil. Mungkin sebab ketinggian pokok tu yang menjadi penghalang..


"Nobita.. Sizuka.. Giant.. Sinyu.. tolong saya...! " Sy buat memek muka + suara ala-ala Doraemon mintak tolong.. he.he.he..


Terlintas kat fikiran, dah lama rupanya, sy tak tengok cerita kartun Doraemon ni. Dulu, waktu kecik2, selalu jg jadi penonton setia Doraemon ni + baca komik. Sebab macam best je, bila seluk je poket kat Doraemon tu, dapat je apa yang kita nak... contohnya.. (nota kaki : sebut ikut gaya Doraemon..)




"pensel yang boleh menjawab soalan exam.."

"buku nota yang ada nota lecterur"
"ubat yang boleh menghilangkan ngantuk"

"cermin mata yang boleh hilangkan kerabunan mata"

dan lain-lain permintaan... alangkah bahagianya hidup macam tu kan..? ^_*


moral of d'story : kalau nk berjaya, usaha sndiri.. jangan harapkan orang lain..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
p/s : entry ni versi santai..

Do shite.. kimiwo suki ni natte shimattan darou?

^_*

2 comments:

nawwar aqilah said...

salam..out za, ni entry 4 in 1 ke ape nih..lawak la, "tolong tolong"

pelangii said...

wa'salam..hehehe..

bukan nescafe 3 in 1 jek yg ade.. entry 4 in 1 pun ade... ^_*

~p/s : ekceli klu ikutkan ati, mmg nk amek doraemon tu, best wat peluk tdo..hehehe..