CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Wednesday, August 27, 2008

Andai ini Ramadhan terakhir..

.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu siangnya engkau sibuk berzikir

Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu

Mendayu ..merayu...kepada-Nya, Tuhan yang satu

.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu

Solat yang dikerjakan... sungguh khusyuk lagi tawadhu'

Tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri

Menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji

"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"

[Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

Tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu

Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja

Di setiap kesempatan juga masa yang terluang

Alunan Al-Quran bakal kau dendang... bakal kau syairkan

.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu malammu engkau sibukkan dengan

Bertarawih... berqiamullail... bertahajjud. ..

Mengadu...merintih ...meminta belas kasih

"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-Mu tapi... aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-Mu"

.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang

Mari kita meriahkan Ramadhan

Kita buru... kita cari... suatu malam idaman

Yang lebih baik dari seribu bulan

.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir

Mempersiap diri... rohani dan jasmani

Menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan...

Lorong-lorong redha Ar-Rahman, duhai Ilahi....

.

Andai ini Ramadhan terakhir buat kami

Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti... paling berseri...

Menerangi kegelapan hati kami

Menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayang-Mu Ya Ilahi

Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

.

Namun teman...

Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui

Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya

Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah

Berusaha...bersedia. ..meminta belas-Nya

Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN

.

"MARHABAN YAA RAMADHAN "

.


~sumber : kiriman dari teman alam mayaku ~penunggu~ syukran jazilan.. andai ini Ramadhan terakhir buat ku...

Tuesday, August 26, 2008

Heart of Malaya

Salam 'alaik...

.

Bersmpena ngan bulan kemerdekaan, pihak kolej (MTM) anjurkan tayangan amal.. "Hati Malaya".. mmg xpernah tgok pun citer ni.. tadila, 1st tonton.. best jg + sedih... kalau dulu, time skolah menengah, baca buku Sejarah, nak x nak je.. baca pun sbb masuk exam.. kuar exam, terus tak ingat.. hehe.. dahlah kurang minat bab2 baca buku2 sejarah yg tebal.. teringat buku teks waktu form 2, siap ade kartun lagi dgn dialog ttg Kesultanan Melayu Melaka. Tapi, start form 3 and above, buku teks da macam kamus da.. ayat semata2.. hehe.. nasib baek, dpt ckgu sejarah yg suke bercerita+buat lawak.. tadelah ngantuk sgt time kelas sejarah. Tp xkena waktu, ngantuk jg.. hehe..
.
Filem yg berunsurkan patriotik byk.. tp seingt sy, sikit je filem2 sebegitu yg smpat sy tonton. Tu pun ingat2 lupa.. mgkin sbb byk part yg boring.. tp hati malaya ni kira best la sbb skurang2nya mengingatkan kita kembali akn perjuangan tokoh2 dulu memperjuangkan tanah air utk bebas dr cengkaman British.. hehe.. bersemangat patriotik jap..
.

Waktu yg tak leh nak tahan sedih bilamana Tunku Abdul Rahman beri ucapan pd rakyat, bagitau tak cukup duit utk tampung beliau dan rakan2nya nak ke London, utk tuntut merdeka. Terus rakyat yg dgar ucapan beliau, snggup menderma harta mereka yg ada, walaupun xbyk, tanda sokongan. Mmg terharu.. sehinggakan Tunku Abdul Rahman (dlm citer tu la...) menangis jg, terharu dgn pengorbanan rakyat2..
.
satu lg part >> Tun Hussein Onn yg mula2 tubuhkan UMNO utk perjuangkan hak org Melayu tp waktu beliau usulkan nak buka hak kpd non-Malay, ramai yg bantah dan tuduh beliau pengkhianat. Beliau terus mengumumkan perletakan jawatannya, dan ramai2 yg membantah td, memohon maaf smpai menangis.. huhu.. part ni sedih jg la.. sy cuba letakkan diri sy kat tmpat beliau bila kena tuduh pengkhianat.. byangkan perasaan sy utk menghadap org2 lain yg lemparkan tuduhan yg bkan kita nak. Mesti sedih, kan..? Tp tu lah, nak puas hatikan semua org mmg tak boleh.
.
we can't satisfied everybody with everything we've done


.
Apa2 pun, citer ni mmg memenuhi syarat filem patriotik & sesuai sgt2 utk mereka2 yg nak mendalami erti perjuangan kemerdekaan.. bak kata pepatah "yg baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan". byk yg dpt dipelajari dr filem ni. cthnya, dari segi kepimpinan..
.
Salam merdeka dr sy..^_^

Lirik OST Hati Malaya

Siti Nurhaliza - Hati

.
Janji hati suara cinta sakti

Cinta agung dari jiwa ternyala

Janji tanah lahir aku cintai

Aku rela sama membela

.

Pengorbanan jangan diluka

Khianat janji hilang jasa

Ku mencari hati mulia

Aku sanjung pencinta bangsa
.

Usah rajuk jauh hati rindu

Nafas lain haluan seketika

Aku rayu wira hati sayangku

Ini bukan mainan cinta

.
Pengorbanan jangan diluka

Khianat janji hilang jasa

Ku mencari hati mulia

Aku sanjung pencinta bangsa

.
Janji janji cinta

Pengorbanan jangan diluka

Khianat janji hilang jasa

Ku mencari hati mulia

Aku sanjung pencinta bangsa

Bila janji terlukis indah

Usah lagi kau buru cinta

Aku serahkan hati asmara ku

Kini bebas hati bersatu

Ooo hati…

.

.

p/s : suke tgok watak Tunku Abdul razak yg asyik senyum dan ketawa.. hehe..

Sunday, August 24, 2008

Erti kemerdekaan...

Assalamualaikum..
.
Niat nak jenguk blog lagi skali, tp masih tetap mcm sebelumnya.. loading je.. last2, baca entry bloggers laen.. tgah duk tunggu, tiba2 nmpak satu kertas A4 yg agak tebal la.. rupa2nya, sajak dan puisi tentang kemerdekaan... Mungkin budak2 junior yg tertinggal kt c2... tade la minat sgt bab2 nak bace puisi merdeka ni, tp sbb da tgah tggu bnda alah tu nk loading, baca lah juga... lapan puisi kemerdekaan dalam kertas A4 tu.. antaranya;
.
  • Negeri keberanian ~ Marsil N. O
  • Hidup berjasa mati berbudi ~ Mahaya Mohd Yassin
  • Ladang merdeka ~ Nasir Ali
  • Salam tekad warga merdeka ~ Chu E Liang
  • Harmonika merdeka ~ Nazim Mohd. Subari
  • Di bawah bumbung langit-Mu ~ Jariah Haji Taha
  • Terima kasih pengalaman ~ Sholihin Osman
  • Pahlawan tanah merdeka ~ Hasan Baseri Budiman
.
ada satu puisi yg menarik >> Di bawah bumbung langit-Mu ~ Jariah Haji Taha<<..teringt pd entry2 sy kat blog selama ni yg lgsung tak mnyentuh tntg kemerdekaan ni, pada hal bulan ni bulan merdeka.. sy pun salin jap kat notepad (sbb microsoft word tak install lagi lam laptop ni..)...
.
Di Bawah Bumbung Langit-Mu
Jariah Haji Taha
.
Di bawah bumbung langit-Mu tempat kita berteduh
telah tertuang ke bumi lima puluh tujuh kolah air mata
kini menjadi kolam tempat kita mencuci luka lalu
hingga tidak tersisa pun segaris kepedihannya
.
Di bawah bumbung langit-Mu tempat kita berdiri
ada pondok terhimpunnya khazanah cinta
atapnya kalimat kesetiaandindingnya keluhuran peribadi warisan
tiangnya dipacak kukuh mercu bangsa
.
Inilah negeri tempat lahirnya para pejuang kemerdekaan
suara tegar masih segar menentang penjajah
tidak rela pelabur kebohongan datang bertandang
dan peraih yang sesekali menawarkan harga dagangan
konon, menanam pepohon keamanan di halaman
sedangkan di hati bersarang kerakusan dan kedengkian
.
Dengan bekal budi bahasa pusaka bangsa
teguhkanlah pekerti anak-anak peribumi
kuasa teknologi usah dibiar bebas menyangkar
kesucian budi menakluk jati diri bangsa
kerana bimbang nanti akan menggigit jari
menjadi hamba di tempat sendiri
.
Di bawah bumbung langit-Mu tempat kita berdiri
usah dilupa bapa empunya pondok cinta
dan laluan yang masih basah jejak sejarah
di sinilah tempat kita belajar mengangkat tamadun bangsa
di sinilah tempat kita mengibar jalur gemilang
belajar dari kesilapan kepada kebenaran
.
Di bawah pohon tempat anak-anak watan menjunjung kasih
usah di biar dedalu menjalar di halaman cinta
atau layu dilanda kemarau sepanjang musim
kerana pada setiap 31 Ogos akan tumbuh subur pepohon
yang merimbun kedamaian dan kesejahteraan.
.
.
mungkin ni puisi kemerdekaan tahun lepas, kerana rangkap pertama baris kedua -- telah tertuang ke bumi lima puluh tujuh kolah air mata --.. tahun ni sudah merdeka 51 tahun.. tai, puisi bagus.. menyentuh hati sy juga.. kadang2 sy terfikir, adakah merdeka tahun ini sama srti merdeka tahun2 sebelum ni..? adakah sambutannya tetap spt sebelumnya..?
.
sedih lihat remaja sekarang yang terlalu lagha dgn khidupan duniawi. Orang laen sambut merdeka, mereka pun sambut. Orang laen angkat tangan sambil melaungkan "merdeka!", mereka jg ikut buat.. tp mereka tahu ke erti kemerdekaan yg sebenar..?
.
Tak usah pergi jauh, lihat keadaan sekeliling... di mulut, terlafaz ucapan " selamat hari merdeka! ".. tp yg laen, merdeka ke..? pengaruh budaya barat ke atas diri mereka ( sy tujukn pada mereka khususnya remaja2 yg tiada arah tujuan..) sgt kuat.. jiwa mereka masih sebegitu.. lari pada agama.. lihat pd pakaian, ketat sana ketat sini.. ikut trend negara lain.. org Barat bertindik di telinga sebelah, org Melayu (sy khususkan remaja sebangsa dgn sy) ikut jg.. kalau perkara yg +ve jadi ikutan, tak mengapa.. ini perkara2 yg kebanyakkannya meninggalkan kesan -ve yg di ambilnya..
.
tak hairanlah kalau gejala2 tak sihat makin meningkat. Lagikan batas pergaualan antara bukan muhrim tak dijaga.. mengucap kalimah syahadah hanya di mulut, tasdiq di hati, wallahu'alam.. bahkan di zahirkan dgn amalan, jauh sekali.. sungguh kasihan melihat mereka yang berbangsa Melayu & beragama Islam yang semakin jauh dgn addin. Ditegur pula, dikatakan penyibuk, jaga kain..
.
banyak yg mnjadi isu skrg. Hanya teguran scr berhikmah dpt sy berikan, dan berdoa dlm hati, mudah2an Allah memberikan mereka petunjuk dan hidayah. Merdeka pada perkataan tidak cukup. Merdeka dgn akal dan hati adalah perlu.. Org kafir tak akan duduk diam selagi tidak lihat orang Islam jatuh tersungkur di hadapan mereka. Ingat tu.. Mereka gunakan kaedah dalaman untuk rosakkan org Islam.. melemahkan akidah anak2 skrg dgn prkara yg lalai dan jauh dari mengingati Allah.. Nauzubillahi min zalik.. jauhkan benda2 itu dr kita, pelihara iman kita, jaga akidah... berfikirlah scr +ve.. merdekakan jiwa, hati dan akal kita dr perkara2 yg mendatangkan effect yg buruk ke atas kita, keluarga, masyarakat, negara dan tentunya agama Islam...
.
Merdeka tak bererti merdeka pada segala2nya.. jaga batas2 kita sbg seorang Muslim.. berusahalah utk ke arah menjadi Mukmin yang cemerlang.
.
So, apa erti kemerdekaan pada anda..??
.
wallahu'lam..
~salam merdeka dari pelangii ~
Merdekakan diri anda dgn sebenarnya!
.
.
.
.
p/s : ini luahan hati sy ttg kemerdekaan, sebarang percanggahan atau ketidakpuashatian, boleh di bincang.. hehe.."peace"

Duhai internet, duhai pc ku..

Salam.
.
.
Huhu.. sedih.. dari semalam lagi duk tunggu nak buke blog ni, tp xtau pasal ape, loading lambat giler.. sabar..sabar.. sabar.. akhirnye, tutup jg laptop... connection internet dah laju, smpai label "excellent" kuar pun tak guna, sbb laptop yg comel ni kena virus.. Huhuhu...
.
whole ari sabtu semalam, dengar ceramah utk amik lesen kereta. Hihihi.. Penceramah dia ok la, tak ngantuk sgt.. mgkin sbb lawak2 dia tu & selalu je sebut ayat "kurang ajar la tu..".. yg laen dah tngkap lentok sbb 5 jam ceramah basic psal pemanduan kreta dan motor.. Doa2kanlah lepas ni lulus ujian undang2.. amiin...
.
insyaAllah, ari rabu ni, nak balik cuti merdeka.. hehe.. rindunye kat umah.. huhu...
.


sempat amek gmbar time dgr ceramah..hehe..



Friday, August 22, 2008

Aku. Dia. Dingin

Aku melangkah masuk dengan hati resah. Dia ok ke tak ni..?? Sambil merenung tajam ke arahnya yang diam di suatu sudut. Hendak di tegur atau mahu buat endah tak endah?? Hati mula keliru. Diam seketika memikirkan tindakan seterusnya. 1minit.. 2minit.. 3minit.. masa terus berlalu. Aku tetap di sini, dia tetap di sana. Masing-masing buat donno je. Aku mengeluh kecil dan mengambil tuala yang tergantung di dinding dan melangkah keluar tanpa sepatah kata. Dia pun tetap begitu!
****************

Seusai mandi, aku terus ke bilik, tanpa melencong ke mana-mana. Dengan penuh tekad di hati, nak jadi apa pun, aku tak peduli.. Seperti tadi, dia masih di situ. Diam seribu bahasa. Bukan seribu, malah sejuta bahasa dia diam. Aku menjeling tajam. Melihat jam di atas meja, pukul 8.30 malam. Sebentar lagi, masuk waktu Isya'. Lantas, aku ambil telekung solat dan duduk di atas sejadah, menanti azan. 1minit... 2minit.. 3minit... Aku berpaling ke arahnya. Diam lagi yang aku dapat. Aku meraup muka dan tunduk, memikirkan sesuatu. Selang beberapa minit kemudian, azan berkumandang. "Allah Maha Besar.. Allah Maha Besar..".
****************

Lipatan telekung solat itu, aku gantung pada hanger. Sunyi. Aku, dia. Dingin.
****************
Alunan lagu "Di pondok kecil" berbunyi melalui telefon mudah alih. Butir-butir perkataan di skrin telefon menunjukkan orang tersayang memanggilku. Serta-merta senyum terukir di bibir, lupa seketika pada dia yang 'dingin' di situ. Salam dihulur dan aku menjawab. "Mak, kenapa..?" , intro dengan soalan kenapa dan aku bercerita tentang hari-hari aku di sini dan bertanya khabar tentang keadaan rumah. Sungguh aku rindu untuk pulang ke rumah. Rindu!
****************

Salam mengakhiri perbualan aku dengan emak. Keadaan tadi kembali lagi. Dingin. Aku fikir lagi, mahu ditegur atau tidak..? Mestikah aku dulu yang memulakannya..? Aku melangkah ke arahnya dan menarik kerusi di sisi. Duduk. Berdehem dua tiga kali, mewajarkan tindakanku ini.
****************

Aku mencuitnya. Diam lagi. "Ooo...protes ye..!" bisik hati aku yang paling dalam. Mengusiknya lagi dengan harapan dia ok.
****************

Dia mengisyaratkan aku untuk menunggu dua tiga minit, aku akur pada dudukku. Mata tetap menatapnya yang kelihatan agak sibuk.
****************

Dia kemudiannya menyuruh aku mengurut tangannya. Ada-ada sajalah dia ni...! Pantas, jari-jari aku yang tak seberapa runcing menari-nari di tangannya. Dan harapanku masih seperti tadi, berharap agar dia ok.
****************

1 minit... 2minit.. dia diam tak berkutik. Aku pun diam. Letih betul!
3 minit berlalu.. tapi mata aku tetap menghadapnya kerana harapan aku tinggi! Setinggi gunung Everest, mungkin...
****************

Tiba-tiba dia memberikan satu kotak dengan bait-bait perkataan kepada aku. "Sorry, the system of this computer has serious error! "
****************

Argghh..tidakkk! Laptopku kena virus!!! Dia masih tidak ok... Dia. Laptopku. Tetap diam. Plup! Akhirnya, aku mematikan suis. Harapan hancur berkecai. Esok, mesti kena format ni!! Titik.

p/s : byk betul dugaan minggu ni.. sabar2x..