CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Sunday, August 24, 2008

Erti kemerdekaan...

Assalamualaikum..
.
Niat nak jenguk blog lagi skali, tp masih tetap mcm sebelumnya.. loading je.. last2, baca entry bloggers laen.. tgah duk tunggu, tiba2 nmpak satu kertas A4 yg agak tebal la.. rupa2nya, sajak dan puisi tentang kemerdekaan... Mungkin budak2 junior yg tertinggal kt c2... tade la minat sgt bab2 nak bace puisi merdeka ni, tp sbb da tgah tggu bnda alah tu nk loading, baca lah juga... lapan puisi kemerdekaan dalam kertas A4 tu.. antaranya;
.
  • Negeri keberanian ~ Marsil N. O
  • Hidup berjasa mati berbudi ~ Mahaya Mohd Yassin
  • Ladang merdeka ~ Nasir Ali
  • Salam tekad warga merdeka ~ Chu E Liang
  • Harmonika merdeka ~ Nazim Mohd. Subari
  • Di bawah bumbung langit-Mu ~ Jariah Haji Taha
  • Terima kasih pengalaman ~ Sholihin Osman
  • Pahlawan tanah merdeka ~ Hasan Baseri Budiman
.
ada satu puisi yg menarik >> Di bawah bumbung langit-Mu ~ Jariah Haji Taha<<..teringt pd entry2 sy kat blog selama ni yg lgsung tak mnyentuh tntg kemerdekaan ni, pada hal bulan ni bulan merdeka.. sy pun salin jap kat notepad (sbb microsoft word tak install lagi lam laptop ni..)...
.
Di Bawah Bumbung Langit-Mu
Jariah Haji Taha
.
Di bawah bumbung langit-Mu tempat kita berteduh
telah tertuang ke bumi lima puluh tujuh kolah air mata
kini menjadi kolam tempat kita mencuci luka lalu
hingga tidak tersisa pun segaris kepedihannya
.
Di bawah bumbung langit-Mu tempat kita berdiri
ada pondok terhimpunnya khazanah cinta
atapnya kalimat kesetiaandindingnya keluhuran peribadi warisan
tiangnya dipacak kukuh mercu bangsa
.
Inilah negeri tempat lahirnya para pejuang kemerdekaan
suara tegar masih segar menentang penjajah
tidak rela pelabur kebohongan datang bertandang
dan peraih yang sesekali menawarkan harga dagangan
konon, menanam pepohon keamanan di halaman
sedangkan di hati bersarang kerakusan dan kedengkian
.
Dengan bekal budi bahasa pusaka bangsa
teguhkanlah pekerti anak-anak peribumi
kuasa teknologi usah dibiar bebas menyangkar
kesucian budi menakluk jati diri bangsa
kerana bimbang nanti akan menggigit jari
menjadi hamba di tempat sendiri
.
Di bawah bumbung langit-Mu tempat kita berdiri
usah dilupa bapa empunya pondok cinta
dan laluan yang masih basah jejak sejarah
di sinilah tempat kita belajar mengangkat tamadun bangsa
di sinilah tempat kita mengibar jalur gemilang
belajar dari kesilapan kepada kebenaran
.
Di bawah pohon tempat anak-anak watan menjunjung kasih
usah di biar dedalu menjalar di halaman cinta
atau layu dilanda kemarau sepanjang musim
kerana pada setiap 31 Ogos akan tumbuh subur pepohon
yang merimbun kedamaian dan kesejahteraan.
.
.
mungkin ni puisi kemerdekaan tahun lepas, kerana rangkap pertama baris kedua -- telah tertuang ke bumi lima puluh tujuh kolah air mata --.. tahun ni sudah merdeka 51 tahun.. tai, puisi bagus.. menyentuh hati sy juga.. kadang2 sy terfikir, adakah merdeka tahun ini sama srti merdeka tahun2 sebelum ni..? adakah sambutannya tetap spt sebelumnya..?
.
sedih lihat remaja sekarang yang terlalu lagha dgn khidupan duniawi. Orang laen sambut merdeka, mereka pun sambut. Orang laen angkat tangan sambil melaungkan "merdeka!", mereka jg ikut buat.. tp mereka tahu ke erti kemerdekaan yg sebenar..?
.
Tak usah pergi jauh, lihat keadaan sekeliling... di mulut, terlafaz ucapan " selamat hari merdeka! ".. tp yg laen, merdeka ke..? pengaruh budaya barat ke atas diri mereka ( sy tujukn pada mereka khususnya remaja2 yg tiada arah tujuan..) sgt kuat.. jiwa mereka masih sebegitu.. lari pada agama.. lihat pd pakaian, ketat sana ketat sini.. ikut trend negara lain.. org Barat bertindik di telinga sebelah, org Melayu (sy khususkan remaja sebangsa dgn sy) ikut jg.. kalau perkara yg +ve jadi ikutan, tak mengapa.. ini perkara2 yg kebanyakkannya meninggalkan kesan -ve yg di ambilnya..
.
tak hairanlah kalau gejala2 tak sihat makin meningkat. Lagikan batas pergaualan antara bukan muhrim tak dijaga.. mengucap kalimah syahadah hanya di mulut, tasdiq di hati, wallahu'alam.. bahkan di zahirkan dgn amalan, jauh sekali.. sungguh kasihan melihat mereka yang berbangsa Melayu & beragama Islam yang semakin jauh dgn addin. Ditegur pula, dikatakan penyibuk, jaga kain..
.
banyak yg mnjadi isu skrg. Hanya teguran scr berhikmah dpt sy berikan, dan berdoa dlm hati, mudah2an Allah memberikan mereka petunjuk dan hidayah. Merdeka pada perkataan tidak cukup. Merdeka dgn akal dan hati adalah perlu.. Org kafir tak akan duduk diam selagi tidak lihat orang Islam jatuh tersungkur di hadapan mereka. Ingat tu.. Mereka gunakan kaedah dalaman untuk rosakkan org Islam.. melemahkan akidah anak2 skrg dgn prkara yg lalai dan jauh dari mengingati Allah.. Nauzubillahi min zalik.. jauhkan benda2 itu dr kita, pelihara iman kita, jaga akidah... berfikirlah scr +ve.. merdekakan jiwa, hati dan akal kita dr perkara2 yg mendatangkan effect yg buruk ke atas kita, keluarga, masyarakat, negara dan tentunya agama Islam...
.
Merdeka tak bererti merdeka pada segala2nya.. jaga batas2 kita sbg seorang Muslim.. berusahalah utk ke arah menjadi Mukmin yang cemerlang.
.
So, apa erti kemerdekaan pada anda..??
.
wallahu'lam..
~salam merdeka dari pelangii ~
Merdekakan diri anda dgn sebenarnya!
.
.
.
.
p/s : ini luahan hati sy ttg kemerdekaan, sebarang percanggahan atau ketidakpuashatian, boleh di bincang.. hehe.."peace"

No comments: