CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Friday, August 22, 2008

Aku. Dia. Dingin

Aku melangkah masuk dengan hati resah. Dia ok ke tak ni..?? Sambil merenung tajam ke arahnya yang diam di suatu sudut. Hendak di tegur atau mahu buat endah tak endah?? Hati mula keliru. Diam seketika memikirkan tindakan seterusnya. 1minit.. 2minit.. 3minit.. masa terus berlalu. Aku tetap di sini, dia tetap di sana. Masing-masing buat donno je. Aku mengeluh kecil dan mengambil tuala yang tergantung di dinding dan melangkah keluar tanpa sepatah kata. Dia pun tetap begitu!
****************

Seusai mandi, aku terus ke bilik, tanpa melencong ke mana-mana. Dengan penuh tekad di hati, nak jadi apa pun, aku tak peduli.. Seperti tadi, dia masih di situ. Diam seribu bahasa. Bukan seribu, malah sejuta bahasa dia diam. Aku menjeling tajam. Melihat jam di atas meja, pukul 8.30 malam. Sebentar lagi, masuk waktu Isya'. Lantas, aku ambil telekung solat dan duduk di atas sejadah, menanti azan. 1minit... 2minit.. 3minit... Aku berpaling ke arahnya. Diam lagi yang aku dapat. Aku meraup muka dan tunduk, memikirkan sesuatu. Selang beberapa minit kemudian, azan berkumandang. "Allah Maha Besar.. Allah Maha Besar..".
****************

Lipatan telekung solat itu, aku gantung pada hanger. Sunyi. Aku, dia. Dingin.
****************
Alunan lagu "Di pondok kecil" berbunyi melalui telefon mudah alih. Butir-butir perkataan di skrin telefon menunjukkan orang tersayang memanggilku. Serta-merta senyum terukir di bibir, lupa seketika pada dia yang 'dingin' di situ. Salam dihulur dan aku menjawab. "Mak, kenapa..?" , intro dengan soalan kenapa dan aku bercerita tentang hari-hari aku di sini dan bertanya khabar tentang keadaan rumah. Sungguh aku rindu untuk pulang ke rumah. Rindu!
****************

Salam mengakhiri perbualan aku dengan emak. Keadaan tadi kembali lagi. Dingin. Aku fikir lagi, mahu ditegur atau tidak..? Mestikah aku dulu yang memulakannya..? Aku melangkah ke arahnya dan menarik kerusi di sisi. Duduk. Berdehem dua tiga kali, mewajarkan tindakanku ini.
****************

Aku mencuitnya. Diam lagi. "Ooo...protes ye..!" bisik hati aku yang paling dalam. Mengusiknya lagi dengan harapan dia ok.
****************

Dia mengisyaratkan aku untuk menunggu dua tiga minit, aku akur pada dudukku. Mata tetap menatapnya yang kelihatan agak sibuk.
****************

Dia kemudiannya menyuruh aku mengurut tangannya. Ada-ada sajalah dia ni...! Pantas, jari-jari aku yang tak seberapa runcing menari-nari di tangannya. Dan harapanku masih seperti tadi, berharap agar dia ok.
****************

1 minit... 2minit.. dia diam tak berkutik. Aku pun diam. Letih betul!
3 minit berlalu.. tapi mata aku tetap menghadapnya kerana harapan aku tinggi! Setinggi gunung Everest, mungkin...
****************

Tiba-tiba dia memberikan satu kotak dengan bait-bait perkataan kepada aku. "Sorry, the system of this computer has serious error! "
****************

Argghh..tidakkk! Laptopku kena virus!!! Dia masih tidak ok... Dia. Laptopku. Tetap diam. Plup! Akhirnya, aku mematikan suis. Harapan hancur berkecai. Esok, mesti kena format ni!! Titik.

p/s : byk betul dugaan minggu ni.. sabar2x..

2 comments:

nawwar aqilah said...

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa lawak gile za..org da t'pk yg bukan2 da...aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

pelangii said...

aiii, kata think +ve... baru acah sket, da mengelabah pkir laen..ape la, qila ni..haha..tp pe2 pun, menjadi jg suspen yg dirancang..kikikik..tp mmg tgh geram pon...virus ni asyik kacau 'dia' jew..sabar2x..