CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Sunday, July 19, 2009

pelangi..

.
dah lama tak berkunjung ke jemari seni . tup tup, dah berlambak novel baru sekarang ni. kabur mata menilik satu-satu.. nak order ke tak, nak beli ke tak... persoalan yang berlegar2 dalam kepala dari tadi.. nak order, boleh je.. tapi, takut jadi kes satu buku dot... dot... sudah...
.
satu hari....
usai makan ngan kawan2, berlegar2 depan satu kedai buku. tiba2 mata terpandang buku dot...dot... yang di cari2 selama ni. memang dah jodoh agaknya. tanpa berlengah, terus melangkah masuk, ambil dari rak, terus ke kaunter. bayar.. ting! duit dah masuk dalam mesin duit. dengan bangga+gembira+segala perasaan yang ada berkumpul dalam jiwa sebab benda yang kita nak, dah ada kat tangan kan...terus bawak balik..
.
ditakdirkan, minggu tu agak busy ngan aktiviti blok+kolej. last, buku tu tersadai kat hujung meja dalam masa 2 minggu lepas beli. perasaan excited waktu awal2 beli ari tu, dah takde. pandang buku tu pun, macam nak tak nak je.. hehe~ dan sampai sekarang, masih di muka surat yang sama, baca tak baca pun.. huhu~maafkan daku, wahai buku...
.
betul la, penah ade orang cakap kat saya.. kadang2, sesetengah orang akan mengalami satu mood yang teramat malas untuk meneruskan hobi.
.
contohnya, seperti di atas. kalau sebelum ni, pantang nampak novel, terus melonjak perasaan nak baca...
.
....pantang nampak kat kedai, tak fikir panjang, terus beli.
.
TAPI, sampai satu masa, mood yang tak berperasaan terhadap novel akan ada. dan mood tu la yang sekarang ni sedang menguasai diri ini. percaya atau tak, tu la kenyataannya.. huhu~
.
dan kali ini, tiba2, ter'excited' nampak satu lagi novel.. serius, memang rasa nak beli.. sebabnya, title novel tu adalah PELANGI...cover buku tu pun cantik...
.
wah..wah.. ni patut kena baca ni.. (semangat je lebih..) ^____________^
.
patut beli ke x, ye..? (kena fikir semula hal ni...)
.
nak upload gambar depan buku tu kat sini, tapi entah kenapa, asyik problem je nak upload gambar. satu pun tak berjaya.. sedih betul.. tapi, takpe, boleh taruk sinopsis kat sini.. sebagai rujukan pada mereka yang berminat.. mane la tau kan, minat kan bleh sama.. hehe~
.
Tiga ceritera berwarna-warni dalam sebuah Pelangi...
.

Ceritera I
PELANGI – SYUD
.
Iman bukan pelangi awak. Iman cuma Iman. Iman tak cantik macam pelangi...Tapi,Iman tetap ada kat sini walau pelangi dah pergi...
.
Menjadi anak yatim piatu pada usia muda bukannya bermakna Iman Aisyah tidak berani hidup sendiri apalagi berdikari. Cuma kalau tiba-tiba ada yang melamar, apa salahnya kalau dia menerima, kan?
.
* * * *
.
Ceritera II
KED’S STORY – HLOVATE
.
Khalid Faizal... Ked ... Hadiah ...Nawala lady... a romeo... a skater...Florida-Virginia ... Malaysia-USA
.
Hadiah deck daripada gadis tak bernama membuat dia gelabah. Macam mana budak perempuan FELDA tu tahu tentang skate? FELDA Florida barangkali, sebab budak berbaju kurung tu kenal juga Bruce Walker!
.
kalau nak diikutkan logik....cinta pandang pertama dan cinta antara benua tu...masuk akal ke?
.
* * * *
.
Ceritera III
RUMAH KECIL DI UJUNG PADANG – NOOR SURAYA
.
Akukah kunang-kunang yang dilupai orang tika mentari menyingsing?
.
“... papamu jadi bimbang kalau sapi-sapi itu mencintai aku lebih daripada dia.” Kata doktor veterinar itu sambil tersenyum.“Semua orang bilang mas sangat pendiam.”“... tetapi tidak dengan gadis yang aku suka.”
.
Gadis yang aku suka? Durrah selalu melarikan diri jika hatinya tercalar. Masihkah dia perlu ‘berlari’ jika hatinya sudah tersangkut pada penghuni rumah kecil di hujung padang ini?
p/s : baca komen dari pengunjung JS, katanya, karya Hlovate ---rooftop rant best, tapi ada juga katanya tak macam hasil penulisan Hlovate.. em.. ye ke..?

4 comments:

nawwar aqilah said...

best ke novel tu Za?? qila nk cari la..kt sini ade 2 pesta buku..haha..bile time lunch je, trus jln2 cari novel tp x tau nk bli yg ne..

pelangii said...

qila ~

baca title, rasa cam interesting.. hehe~

tp rasanya best, sbb gabungan ceritera & penulis yg berbeza + penulis yg za suke..

syud ~ za penah bace sket karya die, kira orite la.. bila baca sinopsis yg die tulis, terasa nk explore kehidupan seseorg bernama 'iman'..

kak sue ~ yg ni antra penulis feveret za. yg surat ungu utk nuha tu, die la yg tulis. penulisan die kira bagus la nk baca..

hlovate ~ yg ni, za penah story kt qla kn, kisah 5 tahun 5 bulan.. karya die jenis santai.. tu yg rasa nk baca.. sbb skrg ade mood yg jenis baca kisah yg x brapa heavy sgt..

em, klu cm2, bleh r nk suh tlong belikan..hehe~

nawwar aqilah said...

bleh2..tp klu jupe la..sbb rasenye cam jemari seni x join je pesta buku ni..

pelangii said...

tp rasenye, besok maybe nk gi jalan2 kt kdai buku smntara nk tggu naek bus..

hrap2 jumpa 'pelangi'...

amiiin...