CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Monday, July 20, 2009

Saya punya impian....?

.
waktu kecik2 dulu, ingatan, kenangan dan segala memori yang mampu saya ingat hanya bermula berumur 4 tahun.. sebelum 4 tahun tu, tak ingat apa yang berlaku. ye la, kecik lagi kan...
.
al-kisah bermula (nak berhikayat seketika, nak abaikan pun takpe..)
.
ketika 5 tahun...
saya punya impian.. nak jadi pembaca berita.. hehehe... kelakar kan..? sebenarnya, bukanlah terus nak bercita-cita nak jadi pembaca berita. cuma sebagai angan2, angan2 nak masuk tV, pakai blazer, bla.. bla depan tv.. haha~ seingat saya, kalau keluar je berita kat tV, terus cepat2 pergi tengok, bukan nak dengar berita sgt pun, tapi nak tengok pembaca berita tu bergaya depan tV.. hehe... tapi, angan2 nak jadi pembaca berita tu tak bertahan lama.. ye la, budak2 lagi kan...
.
6 tahun...
kalau selama ni, tiap2 hari, duk kat umah, asyik2 main ngan adik, pastu gaduh, pastu main smula. masuk 6 tahun, kena hantar pra-sekolah -- PASTI --memang gembira+extra excited+dll... punyala excited terlebih, hari sebelum sekolah, asyik duk cek je pakaian seragam - jubah kat belakang pintu (waktu tu, pakaian standard untuk budak2 pasti perempuan - jubah hijau gelap + tudung bulat hijau cerah, sekarang dah tukar warna, klu tak silap la..)., takut hilang.. hehe.. sejak ke pasti tu, saya punya impian bertukar lagi.. nak jadi ustazah. sebabnya, ada seorang ustazah yang agak comel la, yang selalu kami baca doa makan ramai2 kat dewan makan. ustazah tu memang baik, ramai2 budak2 suka. start dari situ, terus angan2 nak jadi ustazah. kadang2, sementara tunggu nak balik rumah, sempat main conteng2 kat papan hitam. konon2 je tu.. hehe~
.
8 tahun...
yang ni saya ingat2 lupa, tapi yang pasti, impian saya nak jadi ustazah waktu pra-sekolah da bertukar... waktu tu, budak2 tahun 6 kan, nak kena suntik jarum BCG kan. pastu, nampak berduyun2 nurse yg agak bergaya turun dari van kesihatan daerah kat kawasan sekolah. memang ternganga habis la... pastu, ade sesi rawatan untuk gosok gigi. ada nurse yang ajar macam mane nak berus gigi dengan cara yang betul.. sejak dari tu, saya punya impian... nak jadi nurse.. haha...
.
12 tahun...
dah dekat nak tamat sekolah, masing2 bawa buku a.k.a buku biodata. biasalah, bila dah nak berpisah, semua nak ambik contact no la, alamat utk pos kad raya, dll... tapi, kalau nak kira sampai sekarang, berapa kerat je yg still contact.. huhu~ pastu, nak di jadikan cerita, mula la start berhikayat tentang diri sndiri dalam buku orang.. sedar tak sedar, tulis cita2 nak jadi doktor.. hehe.. entah bila, dan bagaimana, dan bila pun tak tahu la.. mungkin terilham dari kepala sendiri kot.. lepas berimpian nak jadi nurse, up sikit nak jadi doktor..mungkin da mula nak matang.. hehe~ konon2 je tu.. ^________^
.
the end... sedikit sebanyak tentang impian2 waktu kecik2 dulu.. kalau nak di kira, impian nk jadi doktor boleh menang juara paling lama dalam carta impian diri.. sebab, waktu form3, cita2 nak jadi doktor tu kekal lagi, that's way, ambil aliran sains tulin, nak belajar biologi.. basic nak jadi doktor, kata orang..
.
tapi, tu la, impian ni boleh berubah.. tapi yang penting matlamat hidup tu kena tahu dan perlu tetap pendirian - nak berjaya dunia dan akhirat. nak kerja apa lepas ni, asalkn halal dan di redhaiNya.. bohong la, kalau cakap tak kisah atau tak memilih kerjaya.. kadang2 minat & cenderung kita pada sesuatu tu berbeza..
.
sesetengah orang minat nak kerja A, tapi keupayaan diri lebih cenderung kepada kerja B. nak tak nak, mestilah kerja B yang lebih sesuai utk diri kan..?lagipun, kerja ni mestilah menepati tahap keupayaan kita.. ini saya punya pandangan, mungkin berbeza dengan orang lain..
.
dan... sehingga sekarang, saya punya impian sudah ada.. tapi, masih dalam usaha untuk ke arah itu. doanya, semoga impian tercapai dan matlamat hidup dapat di gapai.. amiinn... paling kurang, jasa mak ayah yang besarkan & didik kita boleh di balas, selagi mereka masih ada di sisi kita, kan...InsyaAllah.. kita hanya mampu merancang, hanya DIA yang menentukannya..
.
anda punya impian, bagaimana..?? [^__^ ]v
.
.
mari layan lagu ni i have a dream - westlife
.
semoga Allah kabulkan doa kita.. amiinn....
.
.

2 comments:

Dwif said...

setiap orang pasti punya impian, dan seringnya memang slalu berubah, tergantung kondisi, umur, tingkat pola fikir dan termasuk stimulus dr luar.

nice post...
semoga Alloh memberikan kemudahan atas impian kita jika itu memang yg terbaik bagi diri untuk kebaikan dunia akhirat.:)

pelangii said...

dwi_shuhuf ~ amiin... ^___^