CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Thursday, May 22, 2008

Salam Ukhuwah..

Salam alaik...

Sgl pujian bg Allah SWT, Pencipta & Pemilik skelian alam... dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..ahli keluarga bginda, shabat2 baginda...

Alhamdulillah hi rabbil 'alamiin..dgn lafaz syukur, sy pnjatkan ke hadrat Ilahi krn..coretan yg xseberapa ni lahir jg akhirnya..smg ilmu2 yg sy ada, dpt dikongsikan dgn teman2 di luar sn.. & jg komen2 yg sy kira dpt membantu sy utk menjdi lbih baik dr skrg..insyaAllah..

Sy bukanlah seorg hamba Allah yg pandai berkata2..tp hnya mampu utk meluahkan kata2 dlm cara sy sndiri... hnya mampu mncoretkan apa2 yg terdaya.. dan menegur hnya pd kekuatan yg sedia ada.. sesungguhnya tiada satu pun makhluk Allah yg sempurna melainkan DIA...

Di sini... sy titipkan sebuah puisi (dr teman..) ... hayati & fahamilah.. serta tanamkanlah keinginan utk memilikinya..insyaAllah..salam ukhuwah dr sy.. ^_^

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih AllahSusah dan senang rela bersama…

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan…

Mengalir air mataku
Dengan pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga…

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah….

Tabahlah jiwaku
Setabah ummi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar….

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah….


Sebuah puisi yg sy kira amat2 memberi makna yg besar utk diri sy & juga muslimah2 di luar sn, yg inginkan title "wanita solehah"..ya, wanita solehah..bukanny skadar title, tp memiliki keperibadian sbg seorang wanita solehah..siapa yg x mahu title itu..? wanita solehah.. impian setiap muslimah & diri sy jg.. mudah2an Allah memperkenankan doa sy utk mnjadi wanita solehah yg benar2 solehah...amiin..

No comments: