CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Sunday, May 25, 2008

Sekadar mengingatkan kita semua..

...dan utk diri sy sndiri jg..

1) Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak 5 kali :

  • Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
  • Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
  • Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
  • Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillahirrahmanirrahiim sebagai penawar.
  • Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan “Laa Ilahaillah, Muhammadar Rasulullah”,supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

2) 5 Jenis Racun dan 5 Penawarnya :

  • Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya.
  • Harta itu Racun, Zakat itu ubatnya.
  • Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya.
  • Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya.
  • Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

3) Ada 4 dipandang sebagai ibu, iaitu :

  • Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN
  • Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA
  • Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BERBUAT DOSA
  • Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR

4) Orang yang tidak melakukan Solat :

  • Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
  • Zohor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinyac
  • Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
  • Maghrib : Tidak dihormati oleh anak-anaknya.
  • Isya’ : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya


"Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran"

No comments: