CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Sunday, August 3, 2008

sin-ya-ha-ya-ro

Tertarik dgn tajuk ni, sy cuba mencari hal2 berkenaan sihir. Sbb zaman moden serba canggih ni, masih ada segelintir manusia dlm masyarakat kt mengamalkannya. Kita mesti pernah dengar kan antara perkara2 yg berkait ngan sihir ni. Sy ambil contoh yg famous, kalau perniagaan seseorang hamba Allah tu berjaya & baru nak naik, pasti ada yang mula nak hasad dengki. Mula cari dukun2 @ bomoh2 nak puaskan hati mereka utk hilangkan rasa cemburu tu. Orang yg mengamalkan sihir ni kebanyakkannya iman mereka lemah & kurang bersyukur dgn apa yg Allah berikan pdnya. Oleh itu, sama2lah kita baca artikel2 di bawah;



Diingatkan bhw perlu berhati2 nak jumpa, mendapatkan & percaya dgn dukun2. Ini krn ada dlm satu hadith Nabi Muhammad SAW yg mengingatkan kita :

“Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu), telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW” [Riwayat Al-Bazar & Abu Ya’ala, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285]


Definisi Sihir

Sihir dr segi bahasa adalah sesuatu yang halus dan lembut. Menurut dr segi syaria’t pulak, sihir adalah azimah”, ruqyah, buhulun (tali), ucapan, ubat-ubatan & asap.

Untuk melindungkan diri dari terkena sihir, yg terbaik adalah kita menjaga solat 5 waktu serta meningkatkan kualiti solat. Membaca al-Quran dan berzikir secara berterusan dan komited. Ini terdapat dlm firman Allah SWT ertinya :

“Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (syaitan) terhadap hamba2Ku kecuali (kamu punya kuasa) ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang2 yg sesat” [Al-Hijr:42]

Juga dlm surah An-Nahl, ayat 99 yang bermaksud:

“Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang2 yang beriman dan bertawakkal kpd Tuhannya”
Fakta mengenai sihir
  • kewujudan sihir telah diiktiraf oleh Allah swt did lm Al-Quran & boleh dtg dlm pelbagai bentuk.
  • Sihir boleh termasuk dlm perkara yg membawa sesuatu manfaat & kejahatan. Berdasarkan firman Allah swt yg bererti :

…mereka mengamalkan apa yg diajarkan oleh syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Padahal Sulaiman itu bukanlah dari golongan yang ingkar. Mereka mengajarkan manusia ilmu sihir, yang diturunkan kepada kedua malaikat di negeri Babel, iaitu Harut dan Marut. Sedang keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang pun sebelum mengatakan “sesungguhnya kami hanya cubaan dan janganlah kamu kufur dan menyalah gunakan”. Tetapi manusia mempelajari dari keduanya dan digunakan (mengikut ajaran syaitan) untuk mencerai beraikan suami isteri…. Bahkan mereka yang ingkar akan merasakan amalannya itu semata-mata menyakitkan dan tidak memanfaatkan mereka pun” [Al-Baqarah:102]

  • Sihir tidak boleh berfungsi dan memberi sebarang kesan kecuali dengan izin Allah swt, berdasarkan firman Allah yg bermaksud :
Sesungguhnya mereka tidak dapat membinasakan sesiapa pun tanpa izin
Allah
” [Al-Baqarah :102]
  • Amaran Allah dan RasulNya terhadap pengamal ilmu sihir :

Erti :

Oleh itu mereka akan ketahui dengan sepenuhnya sesiapa yang mengamalkan
ilmu sihir, tidak akan mendapat bahagian yang baik di hari Akhirat kelak
."
[Al-Baqarah : 102]
  • Nabi Muhammad saw bersabda :
“Jauhilah tujuh dosa besar, syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi yang adil).” [Riwayat al-Bukhari & Muslim]


(gambar hiasan)

Beberapa cara boleh di amalkan untuk mengelak sihir:

  1. Al-Fatihah
  2. Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

    Berdasarkan hadith nabi saw yg bermaksud “Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (Al-Ikhlas) dan surah an-Nas dan surah al-Falaq sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. (At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih)
  3. Ayat al-Kursi slepas solat
  4. Membaca doa ini dengan setiap hari sebanyak 3 kali : “Bismillahillazi La Yadhurru Ma’asmihi Syai un Fil Ardhi Wala Fissamaie, wa huwas Sami’ul ‘Alim”.
  5. Membaca dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah pada waktu malam.
  6. Membaca zikir : “Laa ilaha illallah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit, wa huwa’ala kulli syai’in qodir” – 10 kali
    Yang bermaksud : “Tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu
    bagiNya, bagi Nyasegala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha berkuasa atas segala sesuatu
  7. Membaca : “ A’uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq ”. Yang bermaksud : “Aku berlindung dengan kalimah Allah yang Maha Sempurna dari segala kejahatan makhluk



Hukum mempelajari sihir

~Para ulama’ berselisih pendapat mengenai hukum mempelajari ilmu sihir.

Pendapat pertama : Al-Imam Malik berkata bhw belajar sihir atau mengajarkannya menyebabkan pelakunya kafir meskipun dia tidak menggunakannya. Kerana, pd ilmu sihir terdapat unsur2 pengagungan kpd syaitan dan mengaitkan semua kejadian yg ada di alam ini kpd mereka. Dan tidak akan dikatakan oleh orang yang beriman kpd Allah dan hari akhirat bhw mereka tidak kafir. Pernyataan ini juga diucapkan oleh Al-Imam Ahmad dlm riwayat darinya yg lebih masyhur dinukil dr sahabat ‘Ali ra. Dan dikuatkan oleh Ibnu Qudamah dlm kitab Mughni.

Pendapat Kedua : Al-Hanafiyyah memperincikan hal demikian. Apabila mempelajari sihir agar dia terjaga darinya, maka tidak kafir. Bila dia mempelajarinya dgn keyakinan bhw dibolehkan atau akan memberi manfaat baginya, maka ini adalah kufur. Yang berpendapat demikian juga ialah Asy-Shafi’i & majoriti pengikut beliau, serta dikuatkan oleh Al-Qurafi, Asy-Syinqithi, dan Al-Hafidz Ibnu Hajar. (Al-Fath, 10/224 dan Adhwaul Bayan, 4/44)


Pendapat ketiga : Belajar sihir tidak kafir. Ini merupakan salah satu pendapat Al-Imam Ahmad yang tidak kuat, dan dicela pendapat ini oleh Ibnu Hazm. (Lihat Fathul Bari, 10/224, Adhwaul Bayan, 4/44, Tafsir Ibnu Katsir, 1/128, Tafsir Al-Qurthubi, 2/43, Fathul Qadir, 1/151, dan Tafsir As-Sa’di, hal. 42)Ash-Shan’ani dalam kitab Tath-hir Al-I’tiqad (hal. 44) mengatakan: “Belajar ilmu sihir bukan perkara yang sulit, bahkan pintunya yang paling besar adalah kufur kepada Allah dan menghinakan apa-apa yang diagungkan oleh Allah seperti meletakkan mushaf di WC dan sebagainya.”


Rasulullah pernah disihir

Hadis
Aisyah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah di sihir oleh seorang Yahudi dari Bani Zuraiq yang bernama Labid bin Al-A'sham sehingga Rasulullah s.a.w merasakan seolah-olah melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh baginda.

Pada suatu hari atau pada suatu malam Rasulullah s.a.w berdoa dan terus berdoa, kemudiannya bersabda: “Wahai Aisyah, apakah engkau merasa bahawa Allah memberiku pertunjuk mengenai apa yang aku tanyakan kepadaNya?

Dua Malaikat telah datang kepadaku. Salah satu di antara keduanya duduk di samping kepalaku, kemudian yang satu lagi duduk dekat kakiku. Malaikat yang berada di samping kepalaku berkata kepada Malaikat yang berada dekat kakiku atau sebaliknya (bercakap-cakap): Apa sakit orang ini?

Yang ditanya menjawab: Tersihir. Seorang lagi bertanya: Siapakah yang menyihirnya?

Yang satu lagi menjawab: Labid bin Al-A'sham Salah seorang bertanya: Di manakah sihir itu ditempatkan?

Yang satu lagi menjawab: Pada sikat dan rambut gugur yang berada di sikat serta pundi-pundi yang diperbuat dari kurma jantan.

Salah seorang bertanya: Di manakah benda itu diletakkan?

Yang satu lagi menjawab: Di dalam telaga Zu Arwan. Aisyah menyambung lagi: Lalu Rasulullah s.a.w pergi ke telaga tersebut bersama beberapa orang sahabat baginda. Kemudian baginda bersabda: Wahai Aisyah demi Allah, seolah-olah air telaga itu berwarna inai (berwarna kuning kemerahan), kemudian pokok-pokok kurma yang ada di situ bagaikan kepala-kepala syaitan.

Aku (Aisyah) bertanya: Ya Rasulullah, Mengapakah engkau tidak membakar saja benda itu? Rasulullah s.a.w menjawab: Tidak. Mengenai diriku, Allah telah berjanji menyembuhkanku dan aku tidak suka membuatkan orang ramai menjadi resah, kerana itulah aku menyuruh menanamnya”.


Na'uzubillahi minzalik.

Wallahu’alam.


Sumber

1. belajar-tauhid

2. Ustaz Zaharuddin.net

3. Hadith-al-Islam

4. Asy-Syariah

No comments: