CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

.:: Renungan ::.

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih."
(riwayat Tarmizi)

Saturday, August 2, 2008

Solat Istikharah


Assalamualaikum wbt...
Bila sebut saja perkataan 'Solat Istikharah', kebnyakkan di kalangan kita akan hanya terfikir & terkenangkannya bila hendak memilih jodoh. Solat istikharah ni, bak kata orang, sinonim skali dlm kita nak buat keputusan utk memilih teman hidup, tak kira la lelaki ke perempuan. Betul tak..?hehe...
Semalam, chatting ngan kawan satu matrik dulu via YM.. Tetiba dia tnya, mcm mana nk buat solat istikharah. Dia tahu solat istikharah dua rakaat, sama sprti solat2 sunat yg lain. Tapi, bacaan pada rakaat pertama & kedua, dia kurang pasti nak baca surah apa. Dan doa akhir solat. Pd pndangan sy, mgkin dia sdg dlm dilema nk pilih something. Sy pun tembaklah dia dgn soalan cepumas "ai, skrg dilema nak pilih pasangan hidup ke..?". Soalan sy sprti org lain yg anggap nak solat istikharah, hny nak pilih jodoh..(hehehe..). Sahabat sy berdalih. Katanya, "adalah..''. Sy tak bertanya lebih la..

Sbnarnya, sy bukanlah org yg terlalu arif dlm bab2 solat istikharah ni, sekadar utk berbincang dgn sahabat2 & mencari sumber rujukan yg sahih. Sejak kebelakangan ni, byk perkara yg selalu buat kita jadi "tak tahu antara dua". Dlm pd itu, sempat sy mencari artikel2 berkenaan Solat Istikharah dlm laman2 web, utk rujukan diri sy sendiri & juga utk sahabat2..


Solat istikharah ni sbnarnya satu amalam yg mempunyai skop yang luas. Bukan dlm skop nk pilih jodoh je. Kita ni kdang2 tak diberi peringatan ttg perkara ni. Sedangkan amalan Solat Istikharah ni amat2 digalakkan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana dlm hadith yg di riwayatkan oleh Imam Bukhari:
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatanMu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkanlah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Mengikut beberapa buah kitab spt Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, scr ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adlh spt berikut :

  • Waktu yg terbaik adalah pd 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimanapun, boleh dilakukan pd bila2 masa dlm waktu yg diharuskan sembahyang. Cthnya, slps solat Maghrib.
  • Niatnya " Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua raka'at kerana Allah Ta'ala ".
  • Pada raka'at yg pertama, slps baca Surah Al-Fatihah, baca Surah Al-Kafiruun atau apa2 saja surah yg terbaik kita boleh baca.

  • Pada raka'at yg kedua, slps baca Surah Al-Fatihah, baca Surah Al-Ikhlas atau apa2 saja surah yg terbaik yg kita boleh baca.

  • Selepas beri salam, baca doa berikut (mulakan dgn bismillah & selawat) :

Terjemahan Doa’ :

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

~Ini pula soal-jawab antara seorang hamba Allah dgn Ustaz Zaharuddin:

Soalan:

Soalan saya berkisarkan tentang solat istikharah. A telahpun berjanji untuk
melamar B. Hal ini telah pun membawa kepada perkenalan pihak keluarga antara
kedua-dua pihak, sekaligus memberikan harapan besar kepada B. Namun, apabila
A melakukan solat istikharah, hasilnya B bukanlah jawapan dari istikharah tersebut. Akhirnya A memutuskan untuk membatalkan janjinya. Soalan saya, sejauh manakah kita perlu berpegang dengan keputusan istikharah kita? Sedangkan tindakan A mungkin mendatangkan kemudaratan emosi kepada B dan keluarganya. Adakah wajib untuk kita menuruti petunjuk dari istikharah?

Jawapan oleh Us Zaharuddin :

Istikharah adalah merupakan suatu doa, ia boleh dibuat dengan berdoa sahaja atau solat sunat dan diikuti oleh doa.


Imam As-syawkani mengatakan ianya disyariatkan di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya (Naylul Awtar, 3/71).


Kedua-dua amalan ini mempunyai asas dan amat digalakkan di dalam Islam. Asasnya termaktub di dalam hadith shohih riwayat al-Bukhari (Al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, no 6382; Sohih menurut Al-Bukhari, At-Tirmidzi & Abi Hatim tetapi dhoif menurut Imam Ahmad Hanbal; Shohih dengan shawahid menurut Syeikh Syuaib Arnout),

Dari Jabir r.a bahawa Nabi bersabda : “Apa seseorang kamu inginkan sesuatu maka hendaklah ia rukuk ( solat ) dua rak’at yang bukan solat fardhu (yakni solat sunat) kemudian berdoa :
“ Allahumma inni astakhiruka bi`ilmika, wa astaqdiruka bi-qudratika, wa as’aluka min fadlika al-azim, fa’innaka taqdiru wala aqdiru, wa ta`lamu wa la a`lamu, wa anta `allamu-l-ghuyub.
Allahumma, in kunta ta`lamu anna hadhal-amra [here mention your case] khairun li fi dini wa ma`ashi wa `aqibati ‘amri (or ‘ajili amri wa`ajilihi) faqdurhu li wa yas-sirhu li thumma barik li fihi. Wa in ta`lamu anna hadhal-amra sharrun li fi deeni wa ma`ashi wa `aqibati ‘amri (or `ajili amri wa ajilihi) fasrifhu `anni was-rifni `anhu, waqdur liya al-khaira haithu kana thumma ‘ardini bihi.”

Ertinya : “Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu dan agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang maha berkuasa dan tiadalah aku berkuasa, Dikau Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan dikau maha mengetahui perkara Ghayb, Ya Allah sekiranya urusan ini (sebutkan urusannya) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, maka taqdirkan ia bagiku, dan sekiranya urusan / perkara ini buruk bagiku, agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkan ia dariku dan jauhkan ku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya

Perlu juga diingat bahawa :-
Tidaklah menjadi suatu kemestian di dalam Istikharah; seseorang itu mendapat tanda di dalam mimpi, justeru ia lalu perlu tidur terlebih dahulu. Amalan istikharah sebelum tidur dan kemudian tidur dengan berwudhu' bagi mendapat mimpi tanda istikharah adalah hanya cadangan dari Al-Allamah Ibn ‘Abidin (rujuk Hasyiah Ibn ‘Abidin).


Manakala ulama Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali pula menggalakkan istikharah dibuat dalam bentuk yang paling meyakinkan tanpa menyebut “tidur”. Hakikatnya tanda istikharah boleh diperolehi dengan pelbagai cara, antaranya; selepas berdoa atau solat, berbincang dengan orang yang boleh dipercayai dan berpengalaman, juga melihat kepada tanda-tanda sekeliling termasuk bakal pasangan(dalam hal nikah kahwin).

Solat istikharah 7 kali berturut ; adapun panduan agar solat istikharah dibuat sebanyak 7 kali datang dari sebuah hadith yang dhoif iaitu : “Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada tuhanmu sebanyak 7 kali kemudian perhatilah petanda / perasaan yang datan terlebih dahulu(dominan) di dalam hatimu” ( Riwayat Ibn Sunni dari Anas, Al-Hafidz Al-‘Iraqi, An-Nawawi, Ibn Hajar mengatakan sanadnya amat lemah, rujuk Fath al-Bari, 11/223 cet Maktabah Risalah Hadithah & Naylul Awtar, 3/71)

Terdapat juga ulama yang mencadangkan si pembuat istikharah agar jangan mempunyai kecenderungan tertentu kepada salah satu antara dua(atau lebih pilihannya) sebelum membuat istikharah. Demikian pandangan Ibn Hajar Al-‘Asqolani (Fath Al-Bari, 11/223)


Adapun soalan penanya, sejauh manakah kita perlu berpegang dengan jawapan istikharah, jawapannya tiada sebarang paksaan, malah jika gerak hati kita tiba-tiba berat untuk menolak walapun tanda-tanda menunjukkan “terima”, sebenarnya berat hati menolak itu jugalah tanda hasil istikharah.

Cuma tidak di nafikan bahawa kemungkinan membenci keputusan hati kita yang berkehendakan sesuatu itu adalah hasil hawa nafsu sebelum istikharah dimulakan, maka tatkala itu adalah digalakkan agar kita menuruti tanda-tanda Istikharah, ia berdalilkan doa yang diajarkan oleh nabi di atas yang menyebut “..berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”, sebutan ini jelas menunjukkan bahawa mungkin nafsu tidak begitu redha dengan keputusan istikharah tetapi kita memohon agar hati menjadi redha kerana keyakinan dengan petunjuk dari Ilahi."

Mengutamakan keputusan istikharah perlu diutamakan dalam hal ini, tetapi tidaklah sampai ke tahap wajib. Pandangan ini dipilih oleh Syeikh Ahmad Kutty (Senior Lecturer/Imam di Islamic Institute, Toronto). Menurut As-Syawkani, Imam An-Nawawi juga cenderung kepada perlunya seseorang meredhakan dirinya untuk menerima keputusan istikharah yang dibuat. ( Naylul Awtar, 3/71)

Galakkan menuruti tanda istikharah juga datang dari riwayat hadith Nabi SAW ertinya : “ Salah satu sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukkan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telag ditentukan kepadanya” (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi ; Hasan Menurut Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari 11/155 ; Bagaimanapun terdapat perawi dhoif dalam sanadnya kata Syeikh Syuaib ; Rujuk Zad al-Ma’ad , Ibn Qoyyim, 2/406 cet muassasah ar-risalah).


Imam Ibn Qoyyim juga mengulas kepentingan tawakkal kepada Allah dengan keputusan yang di dapati dari istikharah, lalu perlu menurutinya.(Zad al-Ma’ad, 2/406)


Persoalan keputusan itu mendatangkan mudarat kepada orang lain, maka sepatutnya istikharah dibuat sebelum apa-apa langkah pertemuan dengan pihak keluarga dibuat. Dalam hal di atas, kelihatan istikharah dibuat tidak pada masanya. Wallahu ‘alam, dalam keadaan ini perbincangan dan penjelasan antara pihak terlibat perlu dibuat dengan baik bagi menyelesaikan konflik yang berlaku.


Bagaimanapun, pada hemat saya, ia perlu bergantung kepada sejauh mana kekuatan petunjuk istikharah itu, dan adakah ia benar-benar kuat agar berpisah atau masih samar-samar kurang jelas. Implikasi sehingga menyebabkan mudarat mental kepada keluarga yang satu lagi juga patut di ambil kira. Bagaimanapun, jika petunjuk kuat dan tepat, maka ia perlualah diutamakan.
Wallahu a’lam.


~Selepas rujuk beberapa artikel yg sy cari, sbnrnya byk berikan kesedaran pd diri sy, bahawa dlm byk2 perkara yg kita lakukan dlm kehidupan seharian selama ni byk melibatkan kita utk membuat keputusan di dlm byk2 pilihan selain dr pemilihan pasangan hidup. InsyaAllah, smg slps ni terbukalah hati kita utk berusaha menadikan amalan Solat Istikharah bersama amalan2 yg lain sbgai panduan utk kita dlm mnjalani kehidupan seharian, terutamanya dlm nak selesaikan sesuatu masalah serta menambahkan keimanan & ketaqwaan kita pd Allah. Semoga artikel pendek ni dpt memberi manfaat yg besar pd diri kita dan pada saudara seIslam kita. Wallahu'alam. wassalam..

No comments: